Dewan Rakyat 5 Oktober 2011 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) apakah usaha Kementerian bagi memastikan pelajar sekolah memahami sejarah negara, menghargai perpaduan dan sayangkan negara; dan
(b) apakah Kementerian berpuashati dengan penekanan mata pelajaran Sejarah di sekolah sekarang dan apakah ada cadangan untuk mengkaji semula fakta sejarah dalam sistem pendidikan negara sekarang. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong, PAS Pokok Sena ]
2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah berperanan di dalam memudahkan urusan perbicaraan di mahkamah syariah dan apakah usaha yang dilakukan oleh JKSM dari sudut penggubalan kaedah, arahan amalan dan pekeliling bagi mempercepatkan perbicaraan di Mahkamah syariah. [ Soalan Tambahan : PAS Bachok, BN Sri Gading ]
3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah warga asing yang telah diberikan dokumen IMM13, (khususnya di negeri Sabah), sejak tahun 2000, menurut pecahan negara asal mereka; dan
(b) dimanakah mereka ini ditempatkan dan jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi maksud ini, serta jumlah yang ditampung oleh sumber lain seperti UNHCR. [ Soalan Tambahan : BN Putatan, Bebas Sepanggar ]
4. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) kos keseluruhan bagi projek membaik pulih dan menaik taraf Bangunan Parlimen dengan memberikan pecahan untuk setiap kerja tertentu; dan
(b) nyatakan kemudahan tambahan akan diperolehi selepas projek ini dan berapakah jumlah kerusi tambahan Ahli Parlimen dapat disediakan. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Melaka, PAS Pokok Sena ]
5. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha positif pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) di seluruh negara. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Krau, DAP Kepong, DAP Seputeh]
6. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) apakah Kerajaan telah berjaya melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua bagi teras pertama iaitu mewujudkan 163, 000 peluang latihan dan pekerjaan ; dan
(b) peratusan peluang pekerjaan yang telah disediakan serta senaraikan sektor tersebut. [ Tidak ada ]
7. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelarian di Malaysia dan berapakah bajet tahunan untuk menguruskan pelarian ini. Apakah faktor yang menyebabkan mereka menjadi orang pelarian. [ Soalan Tambahan : BN Kanowit, BEBAS Sepanggar ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bencana alam yang berlaku dalam negara sepanjang lima tahun kebelakangan ini akibat dari perubahan iklim "climate change".
24. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan menyenaraikan syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) yang ada dan namakan ahli-ahli lembaga pengarah serta elaun bulanan yang dinikmati setiap dari mereka.
37. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
(a) persiapan yang telah dibuat oleh rombongan bantuan kemanusiaan ke Somalia dari segi keselamatan ahli rombongan, dan persiapan sebenar yang patut dan perlu dibuat bagi menghadapi situasi disana; dan
(b) langkah-langkah oleh Kerajaan Malaysia dengan pihak Kerajaan Somalia dan Askar Pengaman Afrika.
Usul 12 (1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan Rang Undang-undang 1 hingga 3 mengikut aturan mesyuarat hari ini.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. <!--[if gte mso 9]>
[ Perbahasan - DAP Kepong ( BN Batang Sadong ), BN Kinabatangan ( PAS Shah Alam, BN Ledang, BN Jempol, PKR Gombak, Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud, BN Tangga Batu, BN Hulu Terengganu), PAS Pokok Sena (BN Kinabatangan, BN Sri Gading, PAS Shah Alam, BN Pasir Salak ), Bebas Pasir Mas ] [ Rehat ]
[ Sambungan Perbahasan - Bebas Pasir Mas ( BN Kota Belud, BN Pasir Salak ) ] [ Penggulungan - PAS Rantau Panjang, PAS Pokok Sena, DAP Puchong ]
2. (D.R.28/2011) Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 [ Perdana Menteri ]
[ Perbahasan - PKR Balik Pulau, BN Sri Gading, Bebas Padang Serai ( DAP Taiping ), PAS Parit Buntar ( Bebas Padang Serai, BN Sri Gading, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, DAP Klang, PKR Indera Mahkota ), BN Pasir Salak ( Bebas Padang Serai ), DAP Seremban, BN Sekijang, PKR Batu ( PKR Lembah Pantai )] [ Penggulungan - PKR Balik Pulau, PKR Batu, PKR Lembah Pantai, PKR Batu ] - Lulus
3. (D.R. 25/2011) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 [ Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ]
[ Perbahasan - PAS Kota Raja ( PAS Rantau Panjang, PAS Shah Alam ), BN Sri Gading ( BN Kinabatangan ), PKR Batu ( PKR Balik Pulau, PAS Shah Alam, PKR Lembah Pantai, PKR Balik Pulai, PKR Subang ), BN Pasir Salak ( BN Tangga Batu, PKR Balik Pulau ), PAS Kubang Kerian ( PKR Indera Mahkota, BN Jasin, PAS Shah Alam, PKR Indera Mahkota, DAP Bukit Bintang ), BN Kinabatangan ( BN Kota Belud, BN Labuan, PAS Pokok Sena, BN Pasir Salak, PKR Balik Pulau, PAS Shah Alam, PKR Batu ), Bebas Wangsa Maju ( PAS Pokok Sena )]
[ Penggulungan - PKR Balik Pulau, PAS Pokok Sena ] [ Usul 46 (4) Belah bahagian - BN 72, PR 28 ] - Lulus
[ Dalam Jawatankuasa - Lulus ]
Dewan Tamat pada jam 9.40 malam
0 comments:
Post a Comment