Dewan Rakyat 10 Oktober 2011 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan Dasar Jaminan Makanan Negara yang turut melibatkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta keseriusan Kerajaan bagi menjamin pengeluaran hasil makanan
negara. [ Soalan Tambahan : BN Arau, PKR Machang ]
2. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah status terkini rancangan Kerajaan untuk membina kereta kabel di Bukit Larut (Maxwell Hill) serta langkah-langkah Kerajaan untuk membangunkan industri perlancongan di bandar Warisan Taiping. [ Soalan Tambahan : DAP Taiping, BN Lenggong ]
3. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah hutang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Kerajaan
Persekutuan bagi tempoh 10 tahun khususnya dalam pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, DAP Bagan ]
4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) butiran terakhir jumlah peneroka yang masih terhutang dengan FELDA serta jumlah keseluruhannya; dan
(b) jumlah wang caruman tanaman semula dalam Tabung Tanam Semula setakat ini [ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, Bebas Pasir Mas ]
5. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan adakah terdapat acara (event) baru dan usaha mengenal pasti tarikan baru di Labuan oleh Kementerian di dalam usaha membawa lebih ramai pelancong dari dalam mahupun
luar negara mengunjungi Labuan sekaligus menghidupkan Industri Pelancongan di Labuan. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, PKR Balik Pulau ]
6. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir atau 'dropout' daripada aliran sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut pecahan kaum dari tahun 2006 hingga 2010. [ Soalan Tambahan : DAP Rasah, BN Dungun ]
7. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah pengguna yang telah menggunakan Program SAVE. Kenapa program ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, PKR Petaling Jaya Selatan ]
8. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan dalam membangunkan semula projek perumahan terbengkalai sehingga kini mengikut negeri. Berapa pula projek perumahan yang
mula/baru yang terbengkalai dalam 3 tahun kebelakangan ini, apakah peranan Kerajaan Pusat untuk menangani supaya masalah ini tidak berulang. [ Dikemukakan Tanpa Soalan Tambahan ]
Soalan Ahli-Ahli Parlimen PAS :-
16. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan pendirian Kerajaan ke atas perlunya usaha untuk menulis semula sejarah kemerdekaan Malaysia dengan mengiktiraf pejuang-pejuang
yang anti-penjajah seperti Belanda, Portugis, Jepun dan Inggeris dan dalam masa yang sama memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada golongan ulama seperti Tok Ku Paloh sebagai pejuang kemerdekaan.
20. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sikap Kerajaan Malaysia terhadap beberapa anggota Parlimen Pihak Berkuasa Palestin yang diculik oleh Regim Israel, adakah Malaysia membuat bantahan.
22. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang dakwaan bahawa Empangan Bakun yang menelan RM7.3 bilion, bakal menyaksikan malapetaka andainya peraturan EIA tidak dipatuhi di segi keselamatan, pembinaan dan impak alam sekitar.
34. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kajian yang dibuat terhadap dasar luar negara yang melibatkan kemasukan pendatang asing ke dalam negara dari negara jiran berbanding dengan syarat rakyat tempatan ke luar negara termasuk caj visa dan lain-lainnya.
PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan
* Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
Usul 20 oleh DAP Batu Gajah mengenai laporan audit ketua negara bagi menerima maklumat bagi dibahaskan dalam perbahasan bajet 2012.
usul 12 (1) bahawa dewan hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga 7.30 malam.
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (7 Oktober, 2011)
DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (7 Oktober, 2011) (8 hari untuk berbahas & 3 hari untuk di jawab oleh pihak kementerian )
[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh ( BN Lenggong, BN Ledang, BN Kuala Krau, BN Jasin, PKR Machang, BN Jasin, PAS Kuala Selangor, BN Padang Besar, PKR Machang, BN Padang Besar, PKR Kuala Langat, BN Padang Besar ) bersambung... ]
[ Rehat ]
[ PKR Permatang Pauh ( PKR Balik Pulau, PKR Subang), BN Rembau ( PKR Balik Pulau, BN Jasin, BN Kinabatangan, PKR Machang, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau, PKR Permatang Pauh, PKR Machang, BN Jasin, BN Penggerang, DAP Petaling Jaya, BN Sri Gading, PKR Machang ), DAP Petaling Jaya Utara ( BN Rembau, BN Padang Besar, BN Ledang, PKR Indera Mahkota, BN Padang Besar, BN Kuala Kangsar ), BN Ledang, PAS Kubang Kerian (BN Sri Aman, PAS Kuala Krai, BN Pasir Salak ), BN Pengerang ( PKR Kuala Kedah ), PKR Machang ( PAS Tumpat, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau ), BN Jasin (BN Ledang)]
2. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ] Bacaan Kali Yang Kedua
Dewan Tamat Jam 7.30 malam
0 comments:
Post a Comment