Dewan Rakyat 11 Oktober 2011 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ klik ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan hala tuju pembangunan teknologi angkasa negara dan sebanyak manakah komitmen kewangan tahunan yang dilaburkan untuk meneruskan pembangunan teknologi angkasa Malaysia selaras dengan hala tuju ini. [ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, PAS Hulu Langat ]
2. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) bilangan pusat dialisis buah pinggang di sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan yang disediakan di negeri Pulau Pinang dan Malaysia; dan
(b) bilangan pesakit yang menerima rawatan di sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan setiap tahun bagi lima tahun yang lepas. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam, BN Maran ]
3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah anggaran jumlah kos penggunaan tenaga dalam mod sedia (standby mode) di Malaysia dan apakah strategi dan langkah Kerajaan bagi mengurangkan pembaziran tenaga yang digunakan dalam mod sedia kerana terdapat banyak peralatan elektrik yang menggunakan 80 peratus bekalan tenaga semasa berada dalam keadaan mod tersebut. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PAS Kubang Kerian ]
4. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersetuju untuk menggubal Akta Profesion Guaman Syarie dalam masa terdekat di peringkat Persekutuan dan bilakah Rang Undang-Undang tersebut akan dibentangkan di Parlimen. [ Soalan Tambahan : PAS Bachok, BN Sri Gading, DAP Ipoh Barat ]
5. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi membolehkan golongan belia dipupuk dengan budaya pemikiran keusahawanan menerusi penerapan kurikulum bersepadu terutama di kalangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) [ Soalan Tambahan : BN Tenom, Bebas Sepanggar ]
6. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah perbelanjaan yang telah dibelanja terhadap pembangunan pendidikan di Parlimen Balik Pulau semenjak tahun 2008 sehingga sekarang. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, ]
7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah rancangan-rancangan CSR yang telah dijalankan oleh syarikat-syarikat perladangan dan komoditi gergasi seperti Shin Yang, KTS, SEB, Sarawak Hidro yang telah memajukan kehidupan penduduk setempat. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Rajang, ]
8. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah kenderaan di Malaysia pada masa kini dan pecahan mereka mengikut kategori-kategori berikut:-
(a) Lori dan lori tangki, bas, kereta, motosikal; dan
(b) kenderaan berat seperti backhoe, excavator dan lain-lain. [ Soalan Tambahan : DAP Beruas, Bebas Tawau ]
9. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilangan rekrut angkatan tentera dari kalangan anak-anak Sabah dari tahun 2000 sehingga September 2011dengan pecahan kaum dan pencapaian dari segi pangkat-pangkat teratas yang boleh dibanggakan. [ Soalan Tambahan : BN Ranau, Bebas Sepanggar ]
10. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan setakat mana perundingan dengan Indonesia mengenai jerebu. Apakah masalah yang sebenar dan syor untuk mengatasinya. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, ]
11. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [ Tuaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa ramai penerima bantuan di bawah Program Cari-cari telah digugurkan tanpa diberi sebab dan penjelasan setelah menerima bantuan hanya dalam beberapa bulan sahaja semenjak program tersebut bermula. [ Soalan Tambahan : BN Tuaran, ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
13. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan opsyen terbaik yang dipilih dalam penjanaan tenaga Negara bagi menggantikan bahan bakar fosil.
16. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab musabab penghantaran pulang pelarian politik Uighur ke China dan apakah kesudahan nasib mereka.
38. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan menjelaskan sama ada dalam isu seperti penjualan Esso Malaysia Sdn. Bhd. (ESSO) kepada syarikat asing, adakah pihak Kerajaan melihatnya sebagai satu penjualan kepentingan strategik negara dalam sektor ini dan kenapakah pihak Kerajaan menerusi Petronas Dagangan Sdn. Bhd. tidak mengambil langkah perlu untuk mempertahankannya.
Usul 12 (1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R.29/2011) Rang Undang-undang Perbekalan 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (10 Oktober, 2011) DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (10 Oktober, 2011)
[ Perbahasan - BN Jasin, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading ( BN Kinabatangan, BN Arau, PKR Kuala Kedah, PKR Gombak) ] [ Rehat ]
[ Sambungan Perbahasan - PKR Gombak ( PKR Kuala Kedah, PKR Kuala Langat, PKR Indera Mahkota ), Bebas Tawau (PKR Kuala Kedah), BN Putatan, (PKR Sg Petani, PKR Indera Mahkota, BN Tenom), PAS Baling, BN Pasir Salak ( PAS Shah Alam, PKR Kuala Kedah ), DAP Jelutong (PAS Kota Raja), BN Ranau, PKR Lembah Pantai ( PKR Gopeng, BN Arau), BN Hulu Selangor (BN Arau), PAS Kuala Selangor, BN Batang Sadong ]
Mesyuarat ditangguhkan jam 7.30 malam pada 10.00 pagi 12 Oktober 2011.
2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
3. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 [ Kementerian Kewangan ]
4. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”
Dewan Tamat jam 7.30 malam
0 comments:
Post a Comment