MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Tuesday, December 4, 2012

Dewan Negara 4 Dis 2012 (Selasa)


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan dasar serta garis panduan baru yang bakal diperkenalkan bersesuaian dengan hasrat Kementerian untuk mengawal kenaikan harga rumah terutamanya di bandar-bandar besar.   

2. Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah sistem permit syarikat teksi yang wujud sekarang akan ditukar kepada permit individu atau syarikat koperasi pemandu 
untuk mengelakkan monopoli dan penyalahgunaan serta menjamin kebajikan pemandu teksi.
   
3. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah langkah Kerajaan Negeri Selangor meneruskan hasrat menstrukturkan semula perkhidmatan air di negeri tersebut seperti terkandung dalam Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA) yang bakal memberi impak kepada lebih 2 juta penduduk di Selangor dan Lembah Klang.   

4. Datuk Pau Chiong Ung  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-   
(a) semenjak pemberian Komputer Riba 1Malaysia dilancarkan, berapakah jumlah buah komputer riba yang telah pun diagihkan dan berapakah perbelanjaan yang terlibat; dan 
(b) adakah kerja-kerja susulan dijalankan bagi mengenal pasti pemberian komputer riba tersebut betul-betul memanfaatkan penerimanya dan peratus kerosakan komputer serta adakah projek ini akan diteruskan. 

5. Puan Hajah Noriah binti Mahat  minta  PERDANA MENTERI menyatakan jumlah individu yang dibebaskan daripada muflis atau bankrap sejak 5 tahun lalu dan sejauh manakah iklan yang diadakan oleh Jabatan Insolvensi  di televisyen dan media massa lain berjaya membantu dan mendidik orang ramai menyelesaikan masalah kebankrapan mereka melalui Jabatan Insolvensi.  

6. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta yang mendapat kelulusan tetapi gagal mendapatkan sijil akreditasi dalam tempoh yang ditetapkan dan nyatakan program pengajian yang berkaitan.   

7. Datuk Raja  Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN  menyatakan dalam Bajet 2013, diumumkan 57 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dibuka di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana jarak satu kampung ke satu kampung adalah jauh, adalah perlu produk-produk KR1M ini sampai ke kampung pendalaman supaya barang-barang kos lebih murah dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar dan penduduk yang tiada kemudahan pasar raya yang harganya lebih berpatutan. Bolehkah pihak berkenaan melantik kedaikedai runcit kampung sebagai agen produk-produk KR1M supaya lebih banyak lagi KRIM ini beroperasi dan manfaatnya boleh dirasai oleh rakyat yang betul-betul susah dan kurang kemampuan.   

8. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan jumlah penjawat awam masa kini serta nyatakan jumlah penjawat awam perkhidmatan kontrak, sambilan dan sementara serta nyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk menetapkan penjawat awam ini ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan mereka.   

9. Dr. Syed Husin Ali  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk memberi dana kepada aktivis yang menjalankan projek mikro hidro elektrik di pedalaman Sabah dan Sarawak. 

10. Puan Hajah Rohani binti Abdullah  minta  PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah jemaah haji Malaysia tahun ini mendapat tarikh jadual penerbangan untuk menunaikan fardhu haji yang agak lewat berbanding dengan tahun sebelumnya. 

11. Datuk Paul Kong Sing Chu  minta  MENTERI PELANCONGAN menyatakan prestasi terkini Program Homestay di bawah Kementerian. 

12. Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan SPNB mengkaji semula harga penjualan rumah-rumah yang diluluskan kepada pemohon-pemohon kerana dahulu rumah yang bersaiz 850 kaki persegi berharga RM60,000 dan sekarang rumah bersaiz 1000 kaki persegi hanya RM55,000 dengan menaik taraf kegunaan ADEX kepada jenis genting dan kualiti rumah yang bagus dan baik terus memberi peluang kontraktor kelas F dengan memberi kerja, seperti setiap kontraktor kelas F diberi buat kerja 5 buah rumah dan bukan lantikan dari syarikat-syarikat besar.   

13. Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-   
(a) jumlah tol yang dikutip oleh setiap  'concessioner' lebuh raya di tahun 2011 dan 2010; dan 
(b) bilakah 'concession' ini akan tamat setiap 'concessioner'.
  
14. Datuk Paul Kong Sing Chu  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN  menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian dalam menggalakkan amalan 3R, mengapa tarikh penguatkuasaan pengasingan sisa di peringkat punca secara mandatori asyik ditangguhkan seolah-olah Kementerian tidak serius terhadap inisiatif ini dan lebih cenderung untuk membina insinerator dalam pengurusan sisa pepejal.   

15. Dato' Muhammad Olian b Abdullah  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan kesediaan pihak Kerajaan untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai Badan Berkanun Persekutuan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dalam membangunkan masyarakat Orang Asli.  

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 33/2012) Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 3 Disember, 2012 ) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

2. (D.R. 34/2012) Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ] 

3. (D.R. 36/2012) Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja  (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

4. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

5. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

7. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

8. (D.R. 31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 [ Menteri Kewangan ] 

9. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

10. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

11. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

12. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

13. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008