MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Wednesday, December 12, 2012

Dewan Negara 12 Dis 2012


Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah bentuk pemantauan yang diambil oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap mana-mana syarikat yang melanggar Akta Syarikat 1965 terutamanya yang melibatkan keselamatan negara seperti isu SUARAM yang jelas menerima dana asing dalam menjalankan aktivitinya sebagai sebuah NGO yang tidak berdaftar dan berselindung di sebalik pendaftaran Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (SISB).   

2. Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman  minta  MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perancangan Kerajaan bagi memastikan negara dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan bertaraf  dunia memandangkan peranan sukan di dalam pembinaan semangat nasionalisme dan perpaduan rakyat.    

3. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan masih mengekalkan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan pada tahun 1982, jika ya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memenuhi matlamat tersebut.   

4. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad  minta  MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah Terminal Feri Jabatan Laut Kuala  Perlis yang sering mengalami masalah feri untuk berlabuh disebabkan dasar laut cetek akibat pemendapan lumpur.   

5. Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara mengikut sektor serta sejauh manakah kejayaan usaha untuk menarik rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara kembali berkhidmat dan menyumbangkan khidmat mereka di 
negara ini.    

6. Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah pemantauan yang dilakukan oleh pihak Kementerian terhadap guruguru yang bermasalah di sekolah-sekolah seperti gangguan mental dan LGBT kerana ia memberi kesan yang negatif kepada generasi Malaysia akan  datang.  

7. Datuk Raja  Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang sistem yang diguna pakai sekarang dalam penawaran Central Contract dan mencadangkan supaya Kerajaan mengkaji semula sistem  Central Contract yang dilaksanakan sekarang untuk menentukan harga yang kompetitif dan terbaik sekali dapat diperoleh oleh Kerajaan yang pada jangka panjangnya boleh menjimatkan perbelanjaan negara dengan mendapat kualiti yang tinggi dan harga terbaik sekali.   

8. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat pembelian komponen yang sudah tidak digunakan lagi atau outdated bagi tujuan kawalan trafik udara.   

9. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh Kementerian dalam usaha menurunkan harga kenderaan dari segi duti eksais dan cukai-cukai lain supaya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.  

10. Datuk Kadzim M. Yahya  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah Petronas bercadang untuk membina lagi Pusat Latihan Teknikal separa mahir bagi memastikan lebih ramai anak-anak tempatan Sabah menceburi bidang petroleum dan gas memandangkan kegiatan menggali minyak dan gas giat dijalankan di perairan Sabah dan Sarawak.   

11. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah  minta  MENTERI BELIA DAN SUKAN  menyatakan kenapa gejala rasuah bola sepak masih berlaku di negara ini walaupun langkah-langkah tegas telah diperkenalkan. Apakah pasukan khas yang dibentuk yang terdiri daripada PDRM, SPRM dan FAM masih lagi berfungsi dan memantau keadaan.   

12. Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam  minta  MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Bank Negara sedang memantau tindakan sesetengah syarikat insurans yang memaksa pembeli insurans pihak ketiga juga membeli insurans kemalangan peribadi.   

13. Dato' Nalla K. S.  minta  MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan atau peratusan kaum India yang telah memohon bantuan pinjaman industri kecil dan sederhana (IKS) melalui SME Corp. dan berapa yang telah diluluskan.   

14. Dato' Lim Nget Yoon  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan tindakan diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah orang ramai membuang sampah daripada kenderaan-kenderaan dalam  perjalanan. Pembuangan sampah daripada kenderaan boleh membawa  maut kepada penunggang motosikal dan basikal.   

15. Tuan Khoo Soo Seang  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan bilangan bangunan yang sudah siap dibina dan diduduki tetapi masih belum lagi mendapat   strata title   di negeri Johor. Apakah tempoh paling lama yang belum dapat   strata title  serta sebabsebabnya dan tindakan susulan yang diambil untuk menjaga kepentingan para pemilik unit. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  (  11 Disember, 2012 ) [ Menteri Kewangan ] 

2. (D.R. 35/2012) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 [ Menteri Kewangan ]

3. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]

5. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]

6. (D.R. 37/2012) Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2012 Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 4 Disember, 2012 ) [ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ]

7. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ] 

8. (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]

9. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]

10. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008