MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Wednesday, December 19, 2012

Dewan Negara 19 Dis 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad  minta  MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-  
(a) sejauh manakah arahan Menteri bagi kualiti perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi (Ministerial Direction on Quality of Service, Direction No.1 of 2002) di bawah Seksyen 55 dan 104(2), Communications and Multimedia Act 1988 (Act 588)telah pun dipatuhi oleh syarikat-syarikat telekom dan adakah Kementerian telah menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) daripada segi mutu perkhidmatan syarikat telekomunikasi; dan
(b) sejauh manakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah bertindak terhadap syarikat telekom yang mendapat aduan mengenai panggilan yang tiba-tiba terputus (dropped calls) disebabkan masalah teknikal dan adakah Kementerian telah mengenakan denda terhadap syarikatsyarikat tersebut yang gagal memberi perkhidmatan yang memuaskan.

2. Tuan Khoo Soo Seang  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan bagaimana Kementerian boleh memastikan calon-calon latihan perguruan adalah mereka yang betul-betul berjiwa guru dan bukan mereka yang hanya berkelayakan tinggi tetapi egocentric.  

3. Datuk Chiw Tiang Chai  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan Akta Patriotik dan Kesejahteraan Kaum dalam usaha membendung sebarang anasir negatif menyusup masuk ke negara ini dan meracuni pemikiran rakyat, termasuk cubaan menyalurkan dana daripada luar kepada golongan berkepentingan.    

4. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah kes kemalangan jalan raya pergi dan balik ke tempat kerja yang menyebabkan  kematian dan kecederaan kekal sepanjang tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan sehingga 31 Oktober 2012. Dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk membasmi kemalangan ini.  

5. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan satu sistem untuk memberi latihan kepada guru-guru sekolah dalam menerapkan  'soft skills' kepada mereka di samping mengajar pelajaran-pelajaran seperti biasa.  

6. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah projek PR1MA akan dibangunkan segera di Wilayah Persekutuan Labuan untuk keperluan golongan  sederhana memandangkan penduduk Labuan semakin bertambah setiap tahun.  

7. Dato' Nalla K. S.  minta  MENTERI KEWANGAN  menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan di dalam memastikan kesemua rakyat termasuk kaum India diberi peluang dalam memiliki dan mengambil bahagian di dalam Skim Rumah Pertama Ku secara adil dan saksama. 

8. Datuk Raja  Ropiaah binti Raja Abdullah  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membendung gejala gangsterism dan bully oleh pelajar-pelajar sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah serta apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa kualiti pembelajaran yang diberikan di sekolahsekolah kerajaan adalah yang terbaik dengan disiplin yang tinggi dan tenaga pengajar yang komited berbanding dengan sekolah-sekolah swasta.  

9. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan setakat manakah pencapaian Kementerian untuk membangunkan prasarana luar bandar melalui NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar bagi tempoh 2010 hingga 2012.  

10. Datuk Chin Su Phin  minta  MENTERI PENGANGKUTAN  menyatakan bilakah Kementerian akan menubuhkan sebuah syarikat penerbangan baru dalam usaha memperbaiki laluan masuk ke kedua-dua buah negeri ini melalui udara seterusnya memberi kebaikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.  

11. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop  minta  PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berpandangan supaya Institusi Parlimen perlu diberi kuasa 'eksklusif' bagi menghalang sebarang aktiviti menghina kepercayaan dan agama yang dianuti oleh penganut lain.  

12. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kenapa operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tergendala selama 2 hari baru-baru ini. Berapakah jumlah kerugian yang dialami oleh semua sektor yang terlibat dan apakah langkah-langkah pencegahan yang akan dikuatkuasakan.  

13. Puan Chew Lee Giok  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membendung masalah kehamilan di kalangan gadis muda yang masih bersekolah.  

14. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerap dijadikan isu politik berbanding usaha untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang kenapa ia perlu dilaksanakan serta kebaikan-kebaikannya. Apakah langkah-langkah yang akan dan telah diambil oleh Kementerian dalam menangani isu ini.  

15. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud  minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR  menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil dalam menangani dampak akibat perubahan cuaca ke atas kualiti air.

Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 40/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  ( 18 Disember, 2012 ) [ Menteri Kewangan ]
2. (D.R. 41/2012) Rang Undang-undang Perkhidmatan  Kewangan Islam 2012 [ Menteri Kewangan ]
3. (D.R. 39/2012) Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2012 [ Menteri Kewangan ]
4.  (D.R. 38/2012) Rang Undang-undang Reka Bentuk Perindustrian (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  ]
5. (D.R. 43/2012) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan)2012 [ Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan ]
6. (D.R. 42/2012) Rang Undang-undang Binatang (Pindaan) 2012 [ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ]
7. (D.R. 32/2012) Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012  [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008