Dewan Negara 11 Dis 2012 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dengan penambahan 'in patient' di hospital-hospital Kerajaan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan bilangan katil mencukupi dan memenuhi syarat World Health Organization Standard.
2. Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah mekanisme bakal diguna-pakai di bawah Pelan Pembangunan (PPM) dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama oleh semua peringkat masyarakat berbilang kaum.
3. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan kebanjiran iklan-iklan pinjaman berlesen, khidmat urut dan sebagainya yang dilekatkan di merata tempat, sedikit sebanyak mencacatkan usaha pihak DBKL untuk
menjadikan Kuala Lumpur setaraf dengan Bandaraya lain di dunia. Sejauh mana usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak DBKL untuk mengatasi masalah ini memandangkan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini masih berleluasa.
4. Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauhmanakah Transformasi Pendidikan Nasional 2013-2025 telah memberi perhatian kepada kepentingan sekolah agama rakyat di negara ini terutama dalam menyediakan prasarana dan silibus yang bersesuaian dengan aliran sekolah arus perdana.
5. Datuk Pau Chiong Ung minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengakui soal selidik terdekat yang menamakan pemandu teksi Kuala Lumpur sebagai pemandu paling teruk di dunia dan apakah tindakan SPAD untuk mengubah keadaan tersebut; dan
(b) adakah masalah tabiat pemandu teksi yang teruk tersebut disebabkan oleh kesusahan permohonan lesen pemilikan teksi peribadi, masalah kesesakan lalu-lintas, keadaan jalan yang tidak memuaskan serta tarif yang rendah menyebabkan pendapatan pemandu teksi tidak mencukupi.
6. Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalam usaha mengindah dan mencantikkan Pulau Gaya seterusnya menjadikan pulau ini salah sebuah pulau pelancongan terkemuka di Sabah.
7. Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan strategi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduangraduan dengan nilai-nilai kreatif, inovatif dan keusahawanan. Bila dan bagaimanakah strategi ini dapat dilaksanakan.
8. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan bersetuju dengan penubuhan Pusat Mediasi Islam untuk menyelesaikan kes pertikaian membabitkan orang Islam secara efektif, cepat dan murah sebagaimana yang dicadangkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
9. Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk mengelakkan kemalangan kenderaan berlaku akibat daripada haiwan seperti lembu memasuki kawasanlebuh raya.
10. Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah produk kesihatan dan kecantikan keluaran syarikat tempatan dan luar negara yang telah dirampas kerana dikenal pasti mengandungi racun serta membahayakan kesihatan pengguna, serta langkah-langkah bagi mencegah
kebanjiran produk sedemikian di negara ini dan langkah-langkah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya produk sedemikian.
11. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan menaikkan jumlah pelepasan cukai ke atas pembelian buku-buku yang pada masa ini berjumlah hanya RM1000 setahun bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.
12. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian menangani permasalahan parkir untuk motosikal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sangat terhad berbanding dengan jumlah motosikal yang sentiasa meningkat. Ini telah menyebabkan berlaku banyak masalah seperti pengguna motosikal akan sewenang-wenangnya meletakkan motosikal di merata tempat termasuk di tempat letak kereta yang mana ia mengganggu pengguna kenderaan lain dan pejalan kaki. Selain itu jarak di antara parkir motor juga agak jauh dan tahap keselamatan terhadap motosikal di parkir agak rendah.
13. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status dan cadangan penswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan kesannya terhadap organisasi tersebut yang jika dinilai, merupakan satu-satunya organisasi yang masih menggunakan perkataan 'Melayu' pada jenamanya.
14. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keupayaan Malaysia dalam hal pembuatan ubat-ubat generik.
15. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah jaminan yang dikeluarkan oleh Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) kepada syarikat-syarikat mengikut sektor perniagaan yang telah mendapat kemudahan tersebut sejak tiga tahun lalu. Nyatakan apakah Danajamin mampu memberi impak besar ke atas perkembangan pasaran tempatan. Jika ya, apakah Kerajaan mempunyai strategi ke arah memperkemas dana berkenaan selari dengan tuntutan semasa negara melalui Model Baru Ekonomi (MBE) negara.
16. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kontraktor dan usahawan kecil Bumiputera dapat memanfaatkan pembangunan Projek RAPID Pengerang Johor (Refineries and Petroleum Industries Integrated District) yang bakal menjadi kawasan baru industri minyak dan gas di Johor serta garis panduan yang jelas mengenai jumlah pakej kerja yang bakal diberikan dan bagaimanakah cara pelaksanaan bidaan atau tawaran yang akan dibuat.
17. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah Kementerian memperkasakan subjek Sejarah dalam usaha menjadikan ia salah satu subjek teras di peringkat sekolah rendah dan menengah.
18. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sebenarnya isu dan faktor yang telah menyebabkan penangguhan perlaksanaan GST (Goods & Services Tax) di Malaysia yang telah dirancang sejak tahun 1992 lagi dan apakah benar GST akan menurunkan dalam jangka masa panjang Tingkat Harga Umum barangan di Malaysia. Jika benar mengapakah Kementerian Kewangan teragak-agak untuk melaksanakan GST di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment