MP PAS TV

Install adblocks untuk elak iklan
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/adblock-plus/

yang ini untuk browser chrome:
http://adblockplus.org/en/chrome

TV MP PAS

Prompt: If you cannot view program, please download and install plug-in or player. P2P boleh dilayari dengan menggunakan pelayan Internet Explorer.

Wednesday, June 20, 2012

Dewan Rakyat 20 Jun 2012 (Rabu)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ]  minta MENTERI PERTAHANAN  menyatakan berapakah jumlah bilangan banduan-banduan yang terlibat di dalam Program Pemasyarakatan Banduan serta apakah kejayaan yang telah dicapai dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk memperluaskan program tersebut.   


2. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI  menyatakan apakah sikap Kerajaan dalam menjalin hubungan dengan Negara-negara Timur Tengah yang baru membentuk Kerajaan selepas  “Arab Spring” yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas.   

3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ]  minta  MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH  menyatakan usahausaha konkrit pihak pengurusan RISDA untuk mengukuhkan lagi amalan prinsip  “good governance”, ketelusan dan integriti dalam menguruskan pembelian/penjualan buah kelapa sawit para pekebun kecil RISDA.   

4. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kegunaan bahan tenaga untuk penjanaan elektrik di seluruh negara. Apakah  perancangan 
Kerajaan/Kementerian untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.   

5. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ]  minta  MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan industri hartanah di Malaysia selepas tahun 2008 didapati melambung tinggi 
dan sukar di mampu milik oleh masyarakat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Apakah  pihak Kerajaan bercadang untuk menetapkan harga syiling dalam industri hartanah.   

6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kedudukan Parlimen Belia di dalam Perlembagaan dan bagaimanakah perwakilan dipilih serta minta dibentangkan kajian kos bagi menjalankan rancangan ini.   
  
7. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-   
(a) jumlah penerima Bantuan Tabung Amanah Warisan Polis; dan 
(b) jumlah permohonan yang ditolak dan punca-punca utama kegagalan permohonan.    

8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kedudukan Malaysia di pasaran sawit antarabangsa 
sepanjang tahun 2012 serta tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil untuk menstabilkan harga sawit negara.    

9. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Kerajaan boleh membantu pekerja swasta di syarikat-syarikat kecil dan tanpa slip gaji boleh meminjam keperluan wang seperti membeli rumah dan kenderaan kerana selama ini hak mereka dinafikan.   

10. Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ]  minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT  menyatakan apakah langkah-langkah diambil untuk menyedarkan rakyat terhadap bantuan-bantuan yang disediakan dan kriteria-kriteria yang membolehkan mereka mendapat  bantuan oleh Kementerian.   

11. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan tindakan yang dilaksanakan untuk membendung penularan ajaran sesat di negara ini, termasuk yang berselindung di sebalik pelbagai institusi keagamaan.    

12. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:-  
(a) apakah tujuan Kerajaan mensyaratkan ibu bapa menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebelum mendapat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dari 2008 hingga 2011 dan berapakah jumlah yang terkumpul; dan 
(b) adakah Kerajaan menggunakan wang simpanan SSPN sebagai wang pinjaman kepada PTPTN.  

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Kementerian mengambil masa terlalu lama untuk menarik balik PPSMI, keadaan ini membayangkan ketidaksungguhan Kementerian untuk menarik balik program ini, dan dalam masa yang sama Kementerian telah tidak lagi memberi peruntukan untuk memastikan program ini dapat dilaksana secara sempurna. Apakah pendirian Kementerian dalam soal ini.

22. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ]  minta  MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI  menyatakan perkembangan terkini Projek Rancangan Pengairan Bukit Sena Padang Terap. Sila nyatakan kos terkini serta masalah yang berlaku ketika ini dan cadangan penyelesaian segera. 

35. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang lahir di luar negara sejak tahun 1957 hingga 1990, serta nyatakan negara mereka 
dilahirkan.

39. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ]  minta MENTERI PERTAHANAN  menyatakan apakah Kerajaan bercadang mengkaji balik pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan pendekatan yang lebih bersepadu di peringkat sekolah lagi.

46. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan sama ada YAB. Perdana Menteri akan memohon maaf dan menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang 
dihamburkannya dalam ucapan beliau di Felda Jengka  8, Jerantut pada 8 Mei lalu.

49. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menyelesaikan masalah pendatang haram dan pemberian kad pengenalan palsu yang berlaku di seluruh negara seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. 

59. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ]  minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan semua terma-terma penyelesaian yang dipersetujui antara Kerajaan Negeri Terengganu 
dengan Kerajaan Pusat dan Petronas apabila saman tuntutan royalti petroleum terhadap Petronas dan Kerajaan Malaysia ditarik balik oleh  Kerajaan Terengganu baru-baru ini.

61. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menaikkan taraf perkhidmatan kereta api  ke Pantai Timur Semenanjung dan membuka 
laluan-laluan baru kereta api termasuk di Sabah dan Sarawak. 

64. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan tindakan ke atas media cetak dan elektronik yang memaparkan aksi-aksi mengghairahkan dan berbaur 
lucah untuk tatapan umum.  

79. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Fatwa tentang perhimpunan Bersih 3.0 dibuat secara rasmi dan telah digazetkan.  

91. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan syarikat manakah di bawah Khazanah Nasional Berhad yang akan dijual kepada Bumiputera, apakah proses dan tatacara dalam proses penjualan dan pembelian itu, dari mana sumber kewangan untuk aktiviti penjualan dan pembelian tersebut.  

97. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan Kerajaan menarik balik pelaksanaan Sistem Saraan Baru 
Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.

100. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan kadar cukup tenaga elektrik dalam negara untuk 5 tahun akan datang 
dan dari sumber mana serta peratusan dari sumber tenaga boleh baharu.

102. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ]  minta  MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR  menyatakan status kajian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) merangkumi  dari bahan api fosil dan tenaga boleh diperbaharui dalam memastikan kestabilan pembekalan tenaga di Malaysia.  

c. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 27/2012) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 [ Menteri Kewangan ] 

2. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling(Pindaan) 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”  (18Jun, 2012) [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ] 

3. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung(Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ] 

4. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ] 

0 comments:

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008