Dewan Rakyat 26 Jun 2012 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-
(a) apakah cadangan atau langkah positif Kerajaan Persekutuan dalam usaha menerokai kawasan-kawasan
baru untuk penanaman komoditi seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan sekaligus mengutamakan penyertaan rakyat dalam memperbaiki tahap kecapaian ekonomi mereka; dan
(b) langkah konkrit untuk memastikan rakyat menikmati pendapatan tinggi menjelang tahun 2020. [ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, DAP Ipoh Barat ]
2. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-
(a) berapakah bekas tentera yang tidak mendapat pencen akibat berhenti awal yang didaftarkan hingga Disember 2011; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan bantuan Kupon Makanan bulanan kepada mereka memandangkan pengorbanan mereka kepada negara sama seperti tentera yang mendapat pencen. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Jasin ]
3. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah koperasi yang berdaftar di negara ini dan nyatakan bilangan koperasi yang aktif serta nyatakan bilangan koperasi yang memberikan dividen kepada ahli bagi tahun 2011. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Terengganu, PKR Indera Mahkota ]
4. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) adakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mempunyai satu polisi bagi mengeluarkan Kad Pengenalan yang mengandungi tarikh pelupusan tertera diatasnya; dan
(b) jika ya apakah rasional untuk JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) berbuat demikian dan berapakah bilangan Kad Pengenalan seumpama ini telah dikeluarkan setakat ini. [ Soalan Tambahan : DAP Teluk Intan, Bebas Pasir Mas ]
5. Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan jabatan Kerajaan dan sektor awam memberikan ruang yang secukupnya kepada kaum wanita berkeluarga seperti waktu kerja yang lebih fleksibel, mempergiatkan penubuhan lebih banyak taska atau tadika di bangunan Kerajaan supaya mereka boleh terus bekerjaya dan menyumbang kepada negara. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, DAP Bukit Mertajam ]
6. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah dan bilakah Kementerian akan meliberasasikan sepenuhnya dasar cabotage di Sabah supaya sektor-sektor perniagaan dapat mengurangkan kos pengangkutan yang seterusnya akan mengurangkan harga barangan di Sabah. Adakah sebarang pertimbangan untuk pembatalan dasar cabotage itu supaya sektor-sektor eksport di Sabah akan menjadi lebih berdaya saing. [ Soalan Tambahan : Bebas Tawau, BN Labuan ]
7. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan projek-projek perumahan swasta yang terbengkalai di seluruh negara dan langkah-langkah Kementerian bagi memulihkan projek-projek berkenaan serta langkahlangkah bagi membantu meringankan beban pembeli projek perumahan terbengkalai ini. [ Soalan Tambahan : BN Arau, PAS Kubang Kerian ]
8. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:-
(a) jumlah pengeluaran tahunan produk tembakau sejak tahun 2001 hingga sekarang; dan
(b) sumbangan pengeluaran tembakau tempatan berbanding yang diimport untuk pengeluaran berkenaan. [ Soalan Tambahan : ]
9. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek membina jambatan Sg. Liwago di Kg. Badukan yang menghubungi jalan raya ke Kg. Badukan, Kg. Kigiok, Kg. Kinapulidan, Kg. Kituntul Lama dan Kg. Marakau. Ketiadaan jambatan tersebut adalah menyebabkan masalah ketiadaan jalan pintas dengan menggunakan kenderaan ke Pekan Ranau. [ Soalan Tambahan : ]
10. Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan butir-butir cadangan menswastakan Krematorium DBKL di Jalan Kuari, Kuala Lumpur yang telah dikemukakan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. [ Soalan Tambahan : ]
11. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sejauh manakah kempen "Malaysia Truly Asia" mampu mengetengahkan kepelbagaian untuk menggerakkan industri pelancongan negara dan nyatakan produk-produk pelancongan inovatif yang diperkenalkan Kerajaan bagi memastikan sektor pelancongan terus mampan dan meyumbang kepada kebangkitan ekonomi negara. [ Soalan Tambahan : ]
12. Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu pendidikan sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini seperti input terlatih, peruntukan kewangan peralatan pengajaran serta program sokongan yang diagihkan secara adil ke semua sekolah untuk mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah. [ Soalan Tambahan : ]
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.
d. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
[ Dalam Jawatankuasa ]
[ Kementerian Sains, teknologi & Inovasi - BN Ledang, BN Hulu Selangor, PAS Kubang Kerian ]
[ Kementerian Perlancongan - DAP Bakri, BN Jempol, BN Silam, PKR Machang, BN Sri Gading, BN Arau, PAS Pokok Sena ] [ Rehat ] [ Penggulungan - ]
[ Kementerian Pelajaran - BN Johor Bharu, DAP Rasah, BN Jempol, PAS Kubang Kerian, BN Tenggara, PKR Balik Pulau, BN Hulu Selangor, DAP Bukit Mertajam, BN Hulu Terengganu, PKR Lembah Pantai, BN Silam, PAS Sik, DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading, PKR Sungai Petani, BN Arau, PAS Kuala Krai, DAP Beruas, BN Rembau, PKR Gopeng, DAP Bakri, DAP Serdang, BN Ranau, PAS Kuala Selangor, PAS Padang Terap ] [ Penggulungan - DAP Rasah, BN Pasir Salak, BN Arau, PAS Tumpat, PAS Kuala Selangor, BN Pasir Salak, PAS Kubang Kerian, BN Kapit, DAP Rasah, BN Rembau, DAP Bukit Mertajam, PKR Lembah Pantai, DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Krai, DAP Beruas ]
[ Kementerian Kesihatan - BN Arau, PAS Pendang, Bebas Tawau, DAP Rasah, PSM Sungai Siput ] [ Penggulungan - PAS Pendang, DAP Rasah ]
[ Kementerian Sumber Manusia - PKR Kuala Langat, DAP Kota Melaka, PKR Balik Pulau, DAP Ipoh Barat, DAP Bakri ] [ Penggulungan - PKR Kuala Langat, DAP Kota Melaka, DAP Ipoh Barat, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Mertajam, DAP Ipoh Barat, DAP Bukit Mertajam, DAP Kota Melaka ]
[ Kementerian Pertahanan - BN Jasin, PKR Lembah Pantai, BN Kota Belud, PKR Batu, BN Hulu Selangor ] [ Penggulungan - PKR Batu, PKR Lembah Pantai ]
[ Kementerian Dalam Negeri - BN Sri Gading, DAP Batu Gajah, BN Tangga Batu, PKR Kelana Jaya, BN Lipis, PKR Indera Mahkota, BN Putatan, DAP Kota Melaka, BN Padang Besar, DAP Bakri ] [ Penggulungan - DAP Batu Gajah, BN Kota Belud, DAP Batu Gajah, BN Kota Belud, DAP Batu Gajah, BN Simpang Renggam, DAP Batu Gajah, DAP Kota Melaka, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota ]
Ucapan Penangguhan -
1. PSM Sungai Siput - Kesengsaraan Pekerja Kontrak.
2. PKR Lembah Pantai - Dakwaan Penjualan Dokumen Sulit Pertahanan Negara.
Dewan di tangguhkan pada jam 11.54 malam.
0 comments:
Post a Comment