Dewan Rakyat 24 Sept 2012 (Isnin)
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2012) bermula hari ini 24 SEPTEMBER HINGGA 27 NOVEMBER 2012
Aturcara Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pencapaian yang telah dikecapi melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memastikan rakyat menikmati kestabilan ekonomi dan ekonomi negara sentiasa berdaya saing dalam ekonomi global.[ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PAS Kuala Selangor ]
2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan Kerajaan Persekutuan memandangkan sumber pendapatan tidak berkembang secara signifikan serta peningkatan hutang negara ke paras yang membimbangkan berjumlah RM437 billion dan defisit yang berterusan. [ Soalan Tambahan : PKR Permatang Pauh, ]
3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah tema sambutan hari kebangsaan "Janji Ditepati" diterima rakyat keseluruhannya berbanding dengan tema hari kebangsaan oleh negeri-negeri pembangkang serta sejauh manakah perbezaan tema menggambarkan kurangnya semangat "Kebangsaan". [ Soalan Tambahan : BN Tenggara, DAP Ipoh Timur ]
4. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh Bank Negara dalam pasaran pertukaran mata wang asing (Forex) dari tahun 1990 hingga 2012. Siapakah yang dikenalpasti bertanggungjawab dan mengapakah tidak ada sebarang tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab. [ Soalan Tambahan : DAP Bagan, BN Rembau, PKR Permatang Pauh ]
5. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) pencapaian, kelemahan dalam Program Olimpik London 2012; dan
(b) perancangan Kementerian untuk Olimpik akan datang. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong, DAP Batu Gajah ]
6. Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna di Lembah Klang. [ Soalan Tambahan : PKR Bandar Tun Razak, BN Sri Gading ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Tuan Salahuddin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI
PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kemajuan dan perkembangan
jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran kebangsaan serta apakah
bidang-bidang utama yang dikaji.
12. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan jumlah kutipan tol di lebuhraya berbayar semasa musim
perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.
15. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh Negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundingan dengan seorang pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino.
20. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri dalam isu royalti. Memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli. Minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan Menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.
b. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan 2013
2. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar * Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012
3. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan * Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012
4. Menteri Dalam Negeri * Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan
2012
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-usul
1. (D.R. 30/2012) Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 [ Menteri Kesihatan ]
[ Perbahasan - ] [ Rehat ] [ Perbahasan - ]
0 comments:
Post a Comment