Aturan Urusan Mesyuarata [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan berapakah orang yang terlibat dalam kes
rogol gadis bawah umur yang telah dihukum penjara bagi 10 tahun yang lalu.
2. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk
menambahbaik sistem pengangkutan di Lembah Klang memandangkan banyak
tempat di Lembah Klang tidak dilalui oleh bas, LRT dan teksi. Apakah
masalah dan halangan yang dihadapi oleh Kementerian dalam pelaksanaan perancangan
tersebut.
3. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ]
minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan
apakah beliau sedar harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju kepada
rakyat sekitar Lembah Klang dan beberapa bandar lain meningkat
dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan apakah langkah Kerajaan
dalam menangani masalah ini agar rakyat berpeluang membeli
rumah dengan harga yang berpatutan.
4. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ]
minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR
menyatakan nama tempat-tempat di kawasan Segambut yang terlibat
dalam banjir kilat pada 21 Ogos 2012, puncanya dan berapa buah keluarga
yang menjadi mangsa. Apakah sumbangan Kerajaan yang diberikan
kepada mangsa dan projek jangka panjang serta kosnya untuk
menyelesaikan masalah ini.
5. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit
Sulong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah
diambil Kementerian dalam usaha mengesan kes kolej swasta melakukan
penipuan dengan mendakwa ijazah dan diploma ditawarkan memperoleh
akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
6. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta
MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah peruntukan dibawah program
1Bestari:-
(a) senaraikan
sekolah-sekolah yang terlibat; dan
(b) adakah kaji selidik
telah dijalankan kepada PIBG dari sekolah-sekolah yang terlibat dan adakah
YES4G dibenar menggunakan fasiliti yang dibina oleh mereka dalam
kampus sekolah untuk tujuan komersial. Jika ya, mengapa.
7. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sejauh manakah
pelaksanaan Program "Blue Ocean Strategy" (oleh
agensi yang berkaitan) telah memperkasakan 10 juta belia negara ini agar
mereka mengamalkan semangat kesukarelawan; dan
(b) apakah
jenis-jenis program yang telah dirangka bagi Gagasan Belia
"1M4U", jumlah perbelanjaan dan impak yang diharapkan.
8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala
Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah kadar harga
minimum minyak mentah dan kadar pengeluaran harian (tong sehari) yang
diperlukan untuk menjadikan projek penerokaan medan minyak dan gas
bersaiz kecil (marginal oil and gas field) melalui konsep Risk Service
Contract (RSC) yang berdaya saing dan ekonomikal.
9. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [
Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak
kebelakangan ini kerapkali Mesin Juruwang (Automated Teller Machine-ATM)
telah dilarikan oleh perompak, apakah langkah-langkah keselamatan yang
sewajarnya diambil oleh bank yang terlibat supaya kejadian ini dapat
dikekang.
10. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan pendapatan isi rumah bulanan
purata dan penengah bagi kumpulan isi rumah tertinggi 20%, pertengahan 40%
dan terendah 40% mengikut etnik Melayu Semenanjung, Bumiputera Sabah
dan Bumiputera Sarawak pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masingmasing.
11. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [
Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan :-
(a) apakah
perancangan Kerajaan untuk menentukan tiada berlaku 'overfishing' di laut
Malaysia; dan
(b) apakah
perancangan Kerajaan untuk mengurangkan import makanan.
12. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ]
minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR
menyatakan adakah wajar Timbalan Pengarah Unit Pentadbiran,
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia mewajib dan merekodkan
kehadiran pegawai dan kakitangan DBKL bagi menghadiri Himpunan
Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil.
Soalan MP PAS
yang disenaraikan:
28. Dato' Seri
Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan
apakah hasil daripada Sidang Kemuncak Luarbiasa Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) yang diadakan di Kota Suci Mekah pada 14 hingga 15 Ogos 2012
yang lalu.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. (D.R. 30/2012)
Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.”
(24 September, 2012) [ Menteri Kesihatan ]
2. (D.R. 33/2012)
Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]
3. (D.R. 32/2012)
Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 [ Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan ]
4. (D.R. 34/2012)
Rang Undang-undang Pemindahan Antarabangsa Banduan 2012 [ Menteri Dalam Negeri ]
0 comments:
Post a Comment