Dewan Rakyat 26 Sept 2012 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menyediakan Pelan Pembangunan
Pendidikan (Education Blueprint) menjadikan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib sebagai asas dan menjurus kepada pembentukan perpaduan negara dalam kalangan murid serta usaha menyatupadukan murid daripada pelbagai kaum.
2. Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah satu kajian semula dibuat berkenaan bayaran pampasan kepada keluarga mendiang A.Tamilarasi. Jika ya, bila. Nyatakan berapakah peningkatan kos jika cadangan pembinaan kolam renang di kem-kem dilaksanakan.
3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang telah dijalankan bagi memastikan kuota haji Malaysia tidak terjejas berikutan insiden
perhimpunan haram memandangkan senarai menunggu yang ramai iaitu 930,000 orang dan kuota yang sedia ada hanya 28,000 orang sahaja.
4. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai mengapa anggota RCI yang dipilih dan dilantik untuk menyiasat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah adalah
orang-orang yang telah mengangkat sumpah di bawah Akta Sumpah Kerahsiaan. Ini bermakna mereka tidak boleh kemukakan apa yang mereka tahu tentang perkara yang lalu. Apakah kesannya jika mereka
tanpa kuasa untuk bersuara. Bagaimana pula dengan pegawaipegawai Kerajaan yang telah membuat sumpah yang sama dan terikat oleh OSA.
5. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa harga tiket/tambang penumpang penerbangan pesawat MAS, MASWING dan AirAsia di negeri Sarawak adalah terlalu mahal. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Kementerian agar ada jaminan kepada rakyat bahawa tambang penerbangan akan diturunkan ke tahap yang lebih sesuai dengan kemampuan rakyat.
6. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah kebajikan dan keistimewaan diberikan kepada Duta Khas ke China dan India serta peranannya mewakili Perdana Menteri; dan
(b) nyatakan jumlah kos bagi setiap rombongan rasmi dan tujuan sejak dilantik.
7. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kerajaan dapat menyediakan peruntukan di bawah Program Jiwa
Murni untuk membina dan menaik taraf jalan daripada simpang jalan Rumah Juing, Rantau Kurra ke Rumah Stephen, Liang Datu, ke Rumah Brian, Meruyu dan ke Rumah Sing, Karangan Ma.
8. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah bilangan pelajar dan negara asalnya di IPTA dan IPTS. Apakah bilangan (peratusan) pelajar yang menyalahgunakan
visa atau permitnya untuk kegiatan bukan pendidikan serta langkahlangkah untuk mencegahnya.
9. Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan setakat mana cadangan pembinaan 2 jalan iaitu Jalan menuju ke Ulu Lemanak dengan jarak 36
kilometer dan jalan menuju ke Ulu Engkari dengan jarak 30 kilometer mendapat pertimbangan daripada Kementerian.
10. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan setakat ini, berapakah jumlah syarikat telah diberi 'soft loan' di bawah
skim perladangan hutan, siapakah syarikat tersebut. Adakah sasaran penanaman semula hutan (re-forestation) itu telah dicapai. Berapa hektar hutan telah ditanam semula di bawah skim tersebut atau skim
lain.
11. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa peratus Bekalan Elektrik Luar Bandar di kawasan Bahagian Mukah telah disiapkan dalam rancangan 2012 dan apakah masalah kelewatan dalam menyiapkan projek yang tertangguh di luar bandar.
12. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan program Transformasi Mega Luarbandar (RTP), serta
keberkesanan rancangan jangka panjangnya.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan beban akibat daripada pelaksanaan dasar baru dalam kiraan bil elektrik sehingga pengguna menanggung beban kos berkali ganda.
37. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi menyelesaikan secara jangka panjang masalah air
yang berlaku di seluruh negara.
0 comments:
Post a Comment