Dewan Rakyat 27 Sept 2012 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah pelaksanaan jalan dari Ba'kelalan ke Bario dan Ba'kelalan ke sempadan Indonesia di bawah Projek Jiwa Murni dijalankan.
2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah rasional pelaburan Proton melalui Frazer-Nash Research (FNR) untuk membangun 'Electric Vehicles' (EV) atau kereta hybrid. Apakah implikasi kewangan dan pulangan kepada pelaburan tersebut.
3. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan nilai keuntungan perolehan eksport produk-produk berasaskan sawit pada masa ini dan berapa jumlah negara yang ditumpukan bagi mengeksport produk berasaskan sawit.
4. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa bangunan Mahkamah baru di Klang terbengkalai dan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memajukannya semula.
5. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai satu polisi untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak Autisme dan memberi bantuan kewangan kepada ibu
bapa yang mempunyai anak Autisme terutama di luar bandar untuk mendapat rawatan.
6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kejayaan “Ops Selamat” sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang baru lalu dalam meminimumkan kadar kemalangan jalanraya seluruh negara.
7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana dasar mengenai pengisian perjawatan kenaikan gred guru bukan siswazah kepada gred guru siswazah
dilaksanakan.
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah keseluruhan kos terkini Projek
Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), tarikh jangka siap dan jumlah kos
yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang menanggung
50% pembiayaan kos projek tersebut sehingga kini.
14. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan setakat ini apakah sumbangan dan pencapaian sebenar yang diperolehi oleh Majlis Profesor Negara yang diwujudkan dan sehingga kini, apakah manfaat yang diperolehi Kerajaan dan rakyat dengan
pewujudannya itu.
15. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tujuan cadangan Kerajaan menswastakan pemantauan dan penyenggaraan cerun di seluruh Semenanjung Malaysia.
39. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sempadan kelautan bagi negerinegeri Semenanjung Malaysia terutama bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu berbanding
selepas menyertai Persekutuan.
[ Sambungan Perbahasan - PAS Kota Raja, BN Pandan, DAP Rasah, PKR Gombak ] [ Rehat ]
[ Sambungan Perbahasan - PKR Gombak, DAP Bukit Bintang, PSM Sungai Siput, DAP Kota Melaka, PKR Balik Pulau ]
[ Menteri Gulong ]
0 comments:
Post a Comment