Dewan Rakyat 10 Mac 2011 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah Kerajaan memperketatkan pemberian kelulusan lesen pemilikan senjata api kepada individu amat dialukan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, tetapi dalam masa yang sama proses permohonan lesen ini memakan masa begitu lama untuk mendapat jawapan dan kelulusan. Sehingga kini berapakah jumlah lesen senjata api yang dimiliki setiap individu dan berapa yang telah ditarik balik serta jumlah kes pelanggaran undang-undang yang melibatkan senjata api dalam tempoh lima (5) tahun lepas. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Bachok ]
2. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) rasionalnya penswastaan pengurusan sisa pepejal dan juga penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; dan
(b) tindakan yang akan diambil memandangkan sekarang Kerajaan telah menanggung hutang sebanyak RM349 juta kepada Syarikat-syarikat Konsesi. [ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, BN Putatan ]
3. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kadar pengangguran negara terkini dan nyatakan jumlah peluang pekerjaan di pelbagai bidang dalam sektor Kerajaan dan swasta di seluruh negara yang ditawarkan melalui portal Jobmalaysia yang masih belum terisi sehingga kini. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, Bebas Pasir Mas]
4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian Kerajaan terhadap nasib guru-guru sandaran di negara ini. Nyatakan berapakah jumlah sebenar guru-guru sandaran ini dan apakah jaminan Kerajaan terhadap masa depan mereka. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Rembau ]
5. Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan susulan terhadap Jalan "Southern Ring Phase 2" atau Lintas Sandakan yang termasuk dalam RMK-8 dan RMK-9 tetapi masih tidak dapat dilaksanakan kerana jalan tersebut adalah terlalu penting dan mendesak dan merupakan jalan sambungan dari "Southern Ring Road Fasa 1, Batu 4, Jalan Utara ke Bokara (Pantai Pasir Putih) dan mengikut Sandakan Road System Plan. [ Soalan Tambahan : DAP Kota Kinabalu ]
6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor di negara ini termasuk graduan bidang perubatan setiap tahun serta kualiti dan matlamatnya. Apakah moratoriumnya dan peranan berkesan Majlis Perubatan Malaysia untuk mengawal kualiti doktor. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, BN Jempol ]
7. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pencapaian pelaksanaan bagi kemudahan asas iaitu bekalan elektrik, air dan jalan dalam lingkungan 30km persegi dari pusat bandar khususnya Sarawak dan Sabah sudah tercapai. [ Soalan Tambahan : Tidak Hadir ]
8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh mana Kementerian sebenarnya mampu mengawalselia harga barangan utama bagi memastikan barang-barang ini berada pada harga berpatutan dan tidak membebankan pengguna, apakah masalah yang menyebabkan rakyat berpendapat Kementerian sebenarnya tidak mampu mengawal keadaan ini. [ Soalan Tambahan : PAS Sik, BN Sabak Bernam ]
9. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pemantauan yang dilakukan oleh Kerajaan terhadap setiap laman web rasmi yang dikendalikan operasinya oleh syarikat-syarikat swasta memandangkan terdapat rungutan yang disuarakan oleh pelbagai pihak dari segi kurangnya kemantapan "corporate look" dan "user-friendly". [ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, DAP Batu Gajah ]
10. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan objektif penganjuran Persidangan Mufti-mufti Negara ASEAN Kali Pertama dan Ijtima' Mufti dan Ahli-ahli Majlis Fatwa Seluruh Negara Kali Pertama yang bakal diadakan pada tahun ini. [ Tiada soalan tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada ia bercadang untuk mewajibkan lulus mata pelajaran agama dan pendidikan akhlak seperti mana yang diwajibkan ke atas mata pelajaran Sejarah peperiksaan sekolah menengah.
26. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kepada siapakah peruntukan tahunan berjumlah RM500,000 untuk Ahli Parlimen Jerai bagi tempoh 2008 hingga 2010 disalurkan dan ke manakah ia dibelanjakan.
40. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pencapaian kepada program Koridor Utara yang telah terlaksana dan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan terbabit setakat ini.
50. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah kos terkini pembinaan projek Istana Negara dan nyatakan jumlah kos perbelanjaan penyediaan hiasan dalaman bagi istana tersebut.
51. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan komitmen beliau kepada 'inclusivity - keterangkuman' apabila menggugurkan cadangan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dalam Model Ekonomi Baru 2 kerana mencetuskan persepsi dan tanggapan buruk di pihak pelabur asing dan tempatan.
54. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapa Kerajaan telah mengambil masa terlalu lama untuk bertindak membantu pelajar-pelajar kita di Mesir untuk keluar dari Mesir semasa suasana politik gawat.
62. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jumlah kes juvana yang terlibat di seluruh negara pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 dan apakah langkah-langkah penyelesaiannya.
Usul 18 (1) oleh DAP Bukit Bintang mengenai tanah-tanah dan penempatan para peniaga dalam kawasan bukit bintang - Usul di tolak
c. Perbahasan Titah Diraja dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011)
[ Perbahasan - BN Sri Gading ( BN Kinabatangan, Bebas Padang Serai, BN Arau, BN Kinabatangan ), DAP Bandar Kuching ( PKR Indera Mahkota, BN Padang Besar, DAP Rasah, PAS Bukit Gantang ), BN Pengerang, PAS Kubang Kerian ] [ Rehat ]
[ Perbahasan - PAS Kubang Kerian ( PKR Balik Pulau, PAS Pokok Sena ), BN Batong Sadong ( PKR Kuala Langat ), PKR Indera Mahkota ( DAP Beruas, PKR Balik Pulau, BN Jasin ), BN Putatan (DAP Beruas, PKR Batu, PKR Ampang, Bebas Padang Serai, Bebas Kulim Bandar Baru, Bebas Padang Serai ), Bebas Bagan Serai, BN Silam (BN Arau, PKR Sungai Petani, BN Arau, PKR Balik Pulau), DAP Petaling Jaya Utara ]
Persidangan Dewan Di tangguhkan pada Jam 5.33 petang dan bersambung pada hari Isnin, 14 Mac 2011 jam 10.00 pagi
0 comments:
Post a Comment