Dewan Rakyat 15 Mac 2011 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK }
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah kos penjagaan kesihatan negara ini dapat dikurangkan melalui pelaksanaan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1Care bagi meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan Kerajaan dan swasta mengikut pilihan tanpa mengambil kira status kewangan. [ Soalan Tambahan : BN Tenggara, DAP Ipoh Barat ]
Point Of Order 36 4- BN Kalabakan - Perkataan Kesat.
2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan anggaran perbelanjaan Mass Rail Transit (MRT) bersepadu di Lembah Klang, peringkat dan tempoh pelaksanaannya serta syarikat-syarikat yang mengemukakan tender atau terlibat dengan MRT ini. Apakah masalah-masalahnya. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, BN Rembau ]
3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan Apakah Standard Operating Procedure (SOP) bagi pengurusan di semua empangan air dalam negara dan apakah perancangan, langkah-langkah dan persiapan seterusnya khususnya dalam mengawal kejadian banjir buruk. [ Soalan Tambahan : BN Ledang, PAS Padang Terap ]
4. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah bilangan rumah kebajikan di negara ini dan berapakah antaranya tidak berdaftar dengan Kementerian. Nyatakan jumlah kes jenayah seksual ke atas kanak-kanak di rumah kebajikan dan langkah mengatasi masalah ini. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam, BN Labuan ]
5. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan pelajar Malaysia yang dihantar ke luar negara dalam jurusan perubatan dan berapakah jumlah kos. [ Soalan Tambahan : BN Jempol, ]
6. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) tentang laporan akhbar bahawa kontrak pengiklanan dan promosi 2011 (bagi pasaran domestik dan peristiwa) telah diberikan kepada Impact Creations Sdn. Bhd. menerusi sahabat Menteri bernama Juni Ewe, Pengarah Urusan Impact Challenger Sdn Bhd; dan
(b) apakah kontrak pengiklanan bagi ASEAN diberikan kepada Naga DDB Sdn Bhd juga mengikut laluan politik menerusi pengarah urusannya, Datuk Vincent Lee Fook Long, yang merupakan Pengarah Bukan Eksekutif akhbar The Star milikan MCA. [ Soalan Tambahan : DAP Jelutong, BN Ledang, BN Sri Gading ]
7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peratusan pelajar-pelajar dari sekolah sukan yang terlibat dalam acara sukan negeri/negara atau antarabangsa. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong, PKR Machang ]
8. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil lawatan rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ke Hong Kong baru-baru ini, nyatakan senarai peserta delegasi serta kos secara terperinci untuk lawatan tersebut. [ Soalan Tambahan : DAP Rasah ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keberkesanan tonik tanaman padi yang disyorkan penggunaannya kepada pesawah dan apakah Kementerian membuat kajian yang terperinci sebelum membekalkannya kepada pesawah.
12. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang pertikaian kehilangan RM52 bilion dari pegangan ekuiti Melayu dan bagaimana prestasi EKUINAS bagi memacu kembali pegangan ekuiti Melayu.
28. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kamera pengesan lalu lintas yang telah dibeli oleh JPJ untuk operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
34. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah dasar Kerajaan terhadap pemberian taraf kewarganegaraan kepada rakyat asing. Apakah syarat-syarat utama yang dipertimbangkan bagi memberikan mereka taraf kerakyatan dan penduduk tetap.
36. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah purata Unit Production Cost (UPC) bagi semua medan minyak di Malaysia bagi tahun 2010.
48. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah yang diambil untuk membantu Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi mencapai sasaran setiap rakyat mendapat bekalan air bersih.
52. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berlakunya penyelewengan akidah dan bertambahnya kes jenayah di kalangan belia hari ini menunjukkan gagal dan tidak berjaya/berkesan Pendidikan Islam (Agama Islam) di sekolah-sekolah. Apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi perkara ini bagi menambah baik lagi keberkesanan P&P Pendidikan Islam di sekolah-sekolah.
66. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah penggunaan AES oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi merekod dan menyaman pesalah trafik secara pantas dan segera tidak membebankan lagi pengguna jalan raya, walhal di bawah sistem lama masih terdapat jutaan saman yang belum dibayar.
Usul 12 (1) bahawa dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan bersambung pada jam 10.00 pagi 16 Mac 2011 - BN Padang Rengas - Lulus
Usul 14 k berkenaan dengan ucapan-ucapan takziah kepada penduduk - penduduk di negara Jepun yang terkorban dalam bencana alam yang telah dilalui - MP DAP Ipoh Barat - Usul akan dibentangkan esok oleh Pihak Kerajaan
c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011
2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011
d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011)
[ Perbahasan - BN Tenom ( BN Tuaran, BN Putatan, BN Arau, BN Kinabatangan, BN Kota Belud ), DAP Bakri, BN Arau ( BN Sri Gading, PAS Rantau Panjang, BN Kinabatangan, BN Pasir Salak, BN Kinabatangan, DAP Batu Gajah ) ]
[ Rehat ]
[ Perbahasan - Bebas Wangsa Maju (DAP Batu Gajah ), BN Simpang Renggam ( PKR Petaling Jaya Selatan ), PKR Lembah Pantai ( PAS Kota Bharu, PKR Gopeng, PAS Shah Alam, PKR Indera Mahkota ), BN Lawas ( BN Kapit ), DAP Batu Gajah ( PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Kota Melaka ), PAS Parit Buntar, BN Tebrau, PKR Kuantan, BN Tanjong Piai, DAP Seremban, BN Langkawi ( BN Arau ), DAP Ipoh Barat ( BN Hulu Terengganu, DAP Kota Melaka, BN Tuaran, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PAS Hulu Langat, BN Kota Belud ), BN Tenggara ( PAS Pokok Sena ), Kita Nibong Tebal, BN Sipitang (PAS Pokok Sena, BN Kota Belud ), PAS Kuala Krai ]
Dewan ditangguhkan pada jam 8.32 malam dan bersambung pada jam Rabu, 10.00 pagi, 16 Mac 2011
0 comments:
Post a Comment