Sunday, March 20, 2011

Dewan Rakyat 21 Mac 2011 (Isnin)

Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

1. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah rumusan dan dapatan daripada kajian konsolidasi atau penggabungan Proton Holdings Bhd. dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd. [ Soalan Tambahan : BN Rembau, PAS Kuala Selangor ]

2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah fungsi Suruhanjaya Diraja jika saranan mereka tidak wajib dilaksana oleh Kerajaan dan jika benar, adakah Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan sahaja mekanisme Suruhanjaya Diraja. [ Tidak Hadir ]

3. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) syarikat-syarikat milik FELDA yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa; dan
(b) benarkah bilangan pelajar sekolah rendah di Rancangan FELDA semakin kurang sekarang dan apakah usaha Kerajaan mengatasinya. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong ]

4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kes yang dianggap atau dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang telah sempurna disiasat oleh SPRM dari tahun 1990 hingga 2010. Daripada jumlah itu berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara dan berapakah jumlah kes yang telah selesai dibicarakan. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Lipis ]

5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak berkuat kuasanya undang-undang Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, berapa orangkah telah didakwa dan didapati bersalah di bawah Akta ini. [ Soalan Tambahan : BN Sekijang, PAS Bachok ]

6. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan usaha-usaha yang akan dilakukan bagi memastikan harga komoditi getah dan kelapa sawit terus kekal diparas yang tinggi. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu, BN Sekijang ]

7. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang pada bulan Februari yang lalu. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, PAS Pokok Sena ]

8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan konsep pendidikan percuma yang pernah dimaklumkan sebelum ini tetapi telah menimbulkan kekeliruan terhadap ibu bapa yang masih membayar yuran persekolahan serta nyatakan perbelanjaan untuk memastikan pendidikan percuma berjaya dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : PKR Balik Pulau, BN Jempol ]

9. Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dan menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan perniagaan akibat peningkatan kos hidup di negara ini. [ Soalan Tambahan : BN Bukit Katil, PKR Machang ]

10. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan dalam Komitmen Malaysia (Kerajaan Pusat) untuk mengamalkan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management) apakah kerjasama yang disumbangkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melaksanakan komitmen ini. Sebagai balasan apakah sumbangan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan komitmen ini. [ Soalan Tambahan : PKR Merbok, BN Pasir Salak ]

11. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah untuk mempromosikan homestay dan rancangan untuk memperbaikinya; dan
(b) jumlah pelancong asing yang menggunakan kemudahan homestay. [ Tidak Hadir ]

12. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memansuhkan plaza tol PJS 2 di New Pantai Ekspres Highway (NPE) supaya selari dengan slogan rakyat didahulukan dan yang selama ini dituntut oleh semua penduduk di Taman Medan dan Taman Dato’ Harun. [ Soalan Tambahan : PKR Petaling Jaya Selatan ]

Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilakah Kementerian akan menyerapkan 1600 pegawai pemantau harga yang telah melewati lebih dua tahun menjawat jawatan tersebut secara kontrak.

26. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kenapa perparitan bersebelahan jalan-jalan bertar yang di bawah JPS tidak diserahkan penyelenggaraannya kepada JKR atau PBT (contoh Jalan Bukit Kemuning di kawasan Kota Raja) untuk memastikan penyelarasan pengurusan masalah perparitan dan jalan yang menimbulkan ketidakselesaan rakyat.

28. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa siling hospital Sungai Buloh runtuh, siapa kontraktor dan perunding yang bertanggungjawab dan apakah tindakan ke atas mereka serta kos pemulihan.

32. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam menyelesaikan krisis Mindanao dan setakat manakah pencapaiannya.

39. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada pihak Kementerian telah mengambil persiapan yang sewajarnya melalui Akta, Peraturan dan Insentif yang relevan bagi menjamin penawaran barangan keperluan harian seperti bawang dan ikan yang amat tidak stabil pada ketika ini supaya kesejahteraan rakyat tidak terjejas.

42. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam membina pengangkutan awam, sama ada beliau telah memikirkan apakah yang menjadi wawasan beliau sama ada untuk menjual lebih banyak kereta nasional atau membina Mass Rapid Transport (MRT) serta LRT, Monorail, bas, teksi dan sistem Komuter yang benar-benar mempunyai rangkaian dan 'interconnectivity' yang baik dan berkesan.

46. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa purata kos penapisan di semua kilang penapisan milik Petronas, Shell dan Esso di Malaysia; dan
(b) Petronas sedang membina sebuah terminal minyak mentah berkapasiti 260 ribu tong sehari di Kimanis Sabah. Soalnya, kenapa hanya membina terminal eksport minyak mentah, bukan sebuah loji penapisan.

48. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah polisi Kerajaan terhadap pekerja asing dari Bangladesh dan adakah Kerajaan akan memperbaharui dan melanjutkan visa kepada 350,000 orang pekerja yang berada di Malaysia.

50. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menghadapi bencana banjir khususnya di negeri-negeri di selatan dan pantai timur negara.

56. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) prestasi penyediaan jalan-jalan baru dan naik taraf jalan luar bandar di Kuala Krai berbanding KPI bagi NKRA Infrastruktur Luar Bandar; dan
(b) sama ada Jalan Pasir Kelang - Buyong - Kg. Taku dalam Parlimen Kuala Krai termasuk dalam NKRA ini bagi RMK10.

57. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anak yang tidak sah taraf yang dilahirkan dan jumlah kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan di seluruh negara mengikut pecahan negeri-negeri pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

61. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah kadar pelaburan yang diterima oleh Pulau Pinang dan faktornya.

64. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelaksanaan sistem menunaikan Fardu Haji secara berpakej dikatakan menghalang peluang jemaah haji biasa untuk dapat peluang dalam perjalanan sepatutnya. Sila kemukakan data kedudukan haji secara berpakej diberi kepada syarikat-syarikat pengurusan haji sejak 5 tahun lalu (2005-2010) berbanding pemergian haji biasa dalam jangka masa yang sama.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah punca masalah banjir di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan apakah perancangan penyelesaiannya.

BN Padang Rengas mengusulkan 12 (1) bahawa mesyuarat tidak akan ditangguhkan sehingga 9.30 malam dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, selasa, 22 Mac 2011 - Lulus.

c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011.

d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul 18 (1) oleh YB Padang Terap - Isu Libya - Di Tolak bawah Peraturan 18 (2), Tidak perlu disegerakan atas kenyataan Perdana Menteri pada 23 febuari 2011 di Turki. ( PAS Padang Terap, DAP Batu Kawan )

2. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (17 Mac, 2011)

[ Penggulungan - Kementerian Pertahanan - BN Bagan Datok - Menteri Pertahanan - BN Tangga Batu, BN Lipis, DAP Petaling Jaya Utara, BN Sri Gading, DAP Petaling Jaya Utara, BN Sri Gading, BN Rembau, DAP Batu Kawan, DAP Seputeh, BN Jasin, DAP Petaling Jaya Utara, BN Rembau, DAP Petaling Jaya Utara, PKR Machang, Bebas Padang Serai, PKR Indera Mahkota, DAP Petaling Jaya Utara, BN Pasir Salak, BN Lipis, PAS Kuala Krai, DAP Petaling Jaya Utara, PKR Balik Pulau, DAP Petaling Jaya Utara ]

[ Rehat ]

[ Sambungan Penggulungan - Kementerian Pertahanan - BN Bagan Datok - BN Ledang, DAP Ipoh Barat, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat ]

[ Penggulungan - Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan - BN Beaufort - Timbalan Menteri - PAS Kota Raja, BN Jempol, PAS Kota Raja, BN Jempol, BN Pasir Salak, BN Arau, ... , PAS Kuala Selangor, PAS Kota Raja, DAP Bukit Mertajam ]

[ Penggulungan - Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi (KPPK) - BN Larut - Timbalan Menteri - BN Sri Gading, PAS Kubang Kerian, BN Lenggong, BN Sri Gading, PKR Indera Mahkota, PAS Pasir Puteh, PKR Indera Mahkota ]

[ Penggulungan - Kementerian Dalam Negeri - BN Masjid Tanah - Timbalan Menteri - BN Pasir Salak, Bebas Pasir Mas, BN Padang Besar, BN Pasir Salak, BN Padang Besar, PKR Kuala Langat, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, BN Pasir Salak, BN Kota Belud, PAS Pokok Sena, Bebas Pasir Mas, BN Kota Belud, PKR Ampang, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Bebas, PKR Indera Mahkota, DAP Seremban, Bebas Pasir Mas, DAP Kota Melaka, BN Maran, BN Kota Belud, BN Lipis, DAP Kota Melaka, DAP Serdang, DAP Kota Melaka, PKR Ampang, DAP Bakri, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah ]

[ Penggulungan - Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan - BN Senator - Timbalan Menteri - DAP Serdang, DAP Bakri ]

[ Penggulungan - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air - BN Sungai Besar - Timbalan Menteri - BN Putatan, BN Maran, BN Kota Belud, DAP Serdang, BN Sri Gading, DAP Puchong, BN Ledang, BN Arau, PKR Petaling Jaya Selatan ]

[ Penggulungan - Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah - BN Kuala Pilah - Timbalan Menteri - BN Arau, BN Tenom, BN Lipis, BN Sri Gading, BN Parit Sulong, BN Sri Gading, BN Sekijang, BN Arau, PKR Balik Pulau, BN Sri Gading ]

[ Penggulungan - Kementerian Pengajian Tinggi - BN Temerloh - Timbalan Menteri - BN Limbang, Bersambung ... ]

Dewan ditangguhkan pada jam 9.30 malam dan bersambung jam 10.00 pagi, Selasa, 21 Mac 2011

0 comments:

Taqwim Parlimen ke 12

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 24 September hingga 27 November 2012. (Tambahan 2 hari - 28 - 29 Nov 2012)
2. Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Bajet 2013) pada 28 September 2012.
3. Dewan Negara pada 3 Disember hingga 20 Disember 2012.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke 12
1. Dewan Rakyat pada 11 Jun hingga 28 Jun 2012
2. Dewan Negara pada 9 Julai hingga 17 Julai 2012

Mesyuarat Pertama Penggal ke 5 Parlimen ke 12
1. Mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Mac hinga 12 April 2012.
2. Perasmian Pembukaan Penggal Kelima oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 12 Mac 2012.
3. Mesyuarat Dewan Negara pada 23 April hingga 10 Mei 2012.

Mesyuarat Lalu
1. Mesyuarat Ketiga Penggal Ke 4 Parlimen Ke 12
1.1. Dewan Rakyat pada 3 Oktober hingga 1 Disember 2011. (33 hari)
1.2. Pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) jam 4.00 petang.
(Nota: Cuti Hari Raya Korban pada 7 Nov 2011 -Isnin)
1.3. Dewan Negara pada 7 Dis hingga 22 Dis 2011 (10 hari)

2. Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke 12
2.1. Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 30 Jun 2011 (12 hari)
2.2. Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

3. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011.

3.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
3.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

Takwim Dewan Rakyat 3 Okt - 1 Dis 2011

Penyata Dewan Rakyat 3 Oktober hingga 1 Disember 2011

1 Nov 2011 2 Nov 2011 3 Nov 2011
8 Nov 2011 9 Nov 2011 10 Nov 2011
14 Nov 2011 15 Nov 2011 16 Nov 2011
17 Nov 2011

Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) telah DILULUSKAN

Perbahasan Dewan Rakyat 15 Mac hingga 22 April 2010
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010 (Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)

Perbahasan Rang Undang-Undang pada Mesyuarat Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke 12 pada 19 Oktober hingga 17 Disember 2009
19. D.R.34/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 - 16 Disember 2009
18. D.R.14/2009 Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2009
17. D.R.28/2009 Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2009
16. D.R.23/2009 Rang Undang-Undang Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009
15. D.R.26/2009 Rang Undang-Undang Yayasan Labuan 2009
14. D.R.27/2009 Rang Undang-Undang Amanah Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
13. D.R.29/2009 Rang Undang-Undang Syarikat Luar Pesisir (Pindaan) 2009.
12. D.R.31/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009
11. D.R.30/2009 Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2009
10. D.R.25/2009 Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
9. D.R.24/2009 Rang Undang-Undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 2009
8. D.R.33/2009 Rang Undang-Undang Kewangan (No. 2) 2009 [ 14 Disember 2009 ]
7. DR 32/2009 Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 [ 23 Oktober,
6 Oktober hingga 14 Disember 2009 ]
6. Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. [ 22 Oktober 2009 ditangguhkan sehingga 14 Disember 2009 ]
5. Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 – 22 Oktober 2009 ]
4. Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. [ 21 Oktober 2009 ]
3. Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008 [ 20 - 21 Oktober 2009 ]
2. (D.R.13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009 [ 19 - 20 Oktober 2009 ]
1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan) [ 19 Oktober 2009 ]

USUL-USUL MP PAS

Usul-usul yang dikemukakan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Rakyat ke 12 (19 Oktober hingga 15 Disember 2009)

68. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menghentikan siasatan kebocoran kertas Kabinet berkaitan isu PKFZ dan mengisytiharkan dokumen tersebut bukan lagi di bawah OSA memandangkan isi dokumen tersebut bukannya mengandungi isu keselamatan dan pertahanan negara sebaliknya ia menyentuh isu penyalahgunaan kuasa-kuasa Kabinet yang menyebabkan berlakunya skandal PKFZ. Jika Kerajaan mengamalkan prinsip integriti yang tinggi, rakyat sewajarnya diberi peluang untuk mengetahui dan memiliki secara bebas dokumen tersebut”. (Menteri Dalam Negeri )

69. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-
"Bahawa dewan ini mewakili rakyat Malaysia merakamkan kekesalan yang amat sangat atas keengganan Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal PKFZ sebaliknya Kerajaan dilihat cuba untuk menutup skandal ini dan melindungi pemimpin politik UMNO/BN. Sekali lagi Kerajaan dituntut demi kepentingan negara dan rakyat perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas untuk menyiasat secara keseluruhan skandal PKFZ yang merupakan skandal terburuk negara yang menelan wang rakyat bernilai RM12 bilion”. - (Perdana Menteri)

Penyata Dewan Rakyat 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011

7 Mac 2011 8 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Mac 2011
14 Mac 2011 15 Mac 2011 16 Mac 2011 17 Mac 2011
21 Mac 2011 22 Mac 2011 23 Mac 2011 24 Mac 2011
28 Mac 2011 29 Mac 2011 30 Mac 2011 31 Mac 2011

4 Apr 2011 5 Apr 2011 6 Apr 2011 7 Apr 2011

Penyata Dewan Rakyat 11 Oktober hingga 15 Disember 2010

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 15 Disember 2010
3 Nov 2010 2 Nov 2010 1 Nov 2010

28 Okt 2010
27 Okt 2010 26 Okt 2010 25 Okt 2010
21 Okt 2010 20 Okt 2010 19 Okt 2010
18 Okt 2010 15 Okt 2010 14 Okt 2010
13 Okt 2010 12 Okt 2010 11 Okt 2010

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat

MP PAS bersama Speaker Dewan Rakyat
Kunjungan Hormat sebahagian MP PAS keatas Speker Dewan Rakyat pada 5 Mei 2008. Duduk dari kiri: Dato’ Abdul Halim (Pengkalan Chepa), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Speaker Dewan Rakyat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailat bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Tiada dalam gambar - Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin (Baling) dan Dato Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Taqwim Dewan Rakyat Ke 12

1. Penggal Keempat
1.1. Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 13 Jun hingga 28 Jun 2011 (10 hari), tambah dua hari 29-30 Jun 2011
1.2. Mesyuarat Kedua Dewan Negara pada 4 Julai hingga12 Julai 2011 (6 hari)

2. Mesyuarat Pertama, Penggal Ke Empat
2.1. Perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2011 jam 10.00 pagi.
2.2. Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat pada 7 Mac hingga 7 April 2011.
2.3. Mesyuarat Dewan Negara pada 18 April hingga 28 April 2011.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
3.1. Dewan Rakyat mulai 3 Oktober hingga 7 Disember 2011
3.2. Pembentangan Bajet pada 7 Oktober 2011 (Jumaat - 4.00 petang)
3.3. Dewan Negara mulai 6 hingga 21 Disember 2011 (10 hari)

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 15 Mac hingga 15 April 2010 dan ditambahkan sehingga 22 April 2010.

2. Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 7 Jun hingga 15 Julai 2010.

3. Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat ke 12 pada 11 Oktober hingga 9 Disember 2010

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari hingga 19 Mac 2009 (19 hari) ditambah 3 hari lagi (23 hingga 25 Mac 2009).

2. Mesyuarat kedua pada 15 Jun hingga 30 Jun 2009 (10 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 19 Oktober hingga 15 disember 2009 (35 hari)

Penggal Pertama
1.Mesyuarat Pertama pada 28 April hingga 27 Mei 2008 (16 hari). Maklumat Lengkap

2. Mesyuarat Kedua pada 23 Jun hingga 15 Julai 2008 (14 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat Ketiga pada 18 Ogos hingga 11 Disember 2008 (41 hari). Pembentangan Bajet pada 29 Ogos 2008 (Jumaat) jam 4.00 petang. Maklumat lengkap

Waktu Persidangan

Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Takqwim Dewan Negara ke 12

Penggal Ketiga
1. Mesyuarat pertama pada 15 Mac, 26 April hingga 6 Mei 2010.

2. Mesyuarat Kedua mulai 19 Julai hingga 3 Ogos 2010 (10 Hari)

3. Mesyuarat Ketiga mulai 13 Disember hingga 22 Disember 2010 (7 hari)

Penggal Kedua
1. Mesyuarat pertama pada 16 Februari, 30 Mac hingga 8 April 2009 (8 hari).

2. Mesyuarat kedua pada 6 Julai hingga 14 Julai 2009 (6 hari).

3. Mesyuarat ketiga pada 9 Disember hingga 22 Disember 2009 (8 hari)

Penggal Pertama
1. Mesyuarat pertama pada 29 April dan 26 Mei hingga 4 Jun 2008 (8 hari). Maklumat lengkap

2. Mesyuarat kedua pada 15 Julai hingga 24 Julai 2008 (7 hari). Maklumat lengkap

3. Mesyuarat ketiga pada 1 Disember hingga 18 Disember 2008 (10 hari). Maklumat lengkap

Waktu Persidangan
Waktu Persidangan ialah dari pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.

Rang Undang-Undang Yang diluluskan pada 7 Mac hingga 7 April 2011

Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke 12 pada 7 Mac hingga 7 April 2011 (Dewan Rakyat), 18 hingga 28 April 2011)

1. Perbahasan Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011 – 24 Mac 2011)

2. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 - dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua 2010 seperti berikut :

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

“Bahawa Dewan ini mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak satu bilion sembilan ratus empat puluh enam juta lima ratus sembilan puluh lapan ribu enam ratus lapan ringgit (RM1,946,598,608) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2011 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”

2. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu 2010 -[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

4 April 2011
3. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2010 - [ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6 April 2011
4. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 - [ Kementerian Kesihatan ]

5. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

6. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010 - [ Kementerian Pengangkutan ]

7 April 2011
7. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2010 - [ Perdana Menteri ]

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Danalnfra Nasional Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham."

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM15,500 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK) yang diterima di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut.”

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-
‘Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni’.”

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 dan ST.15 tahun 2011 disahkah.”

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.16 tahun 2011 disahkan.”

Blogger Templates by OurBlogTemplates.com 2008