Dewan Rakyat 8 Mac 2011 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pemasyhuran
c. Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pengundi baru yang telah mendaftar sebagai pengundi dan apakah rancangan Kerajaan bagi memastikan setiap penduduk berusia 21 tahun ke atas didaftarkan sebagai pengundi dan berikan pecahan pengundi baru yang berdaftar di bandar berbanding dengan yang berdaftar di luar bandar. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, PAS Pengkalan Chepa]
2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kos terkini bagi Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd untuk membina enam Kapal Peronda Generasi Kedua dan adakah proses tender dibuat sebelum kontrak dikeluarkan kepada BNS Sdn Bhd. Kini berapakah jumlah nilai kontrak pertahanan telah diberikan kepada anak-anak syarikat kumpulan Boustead sejak tahun 2005. [ Soalan Tambahan : DAP Segambut, BN Lipis]
3. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mempunyai kaedah tertentu atau mencari jalan penyelesaian secara pantas semasa berurusan di kaunter Pembaharuan Cukai Jalan dan Pembaharuan Lesen Memandu di dalam kes-kes saman Polis atau JPJ di mana berlakunya pemalsuan nombor kenderaan tanpa pengetahuan pemilik kenderaan - kesalahan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PAS Pokok Sena]
4. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai persediaan Kementerian di dalam menghadapi persaingan pengangkutan apabila siapnya double tracking kelak. [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, BN Tebrau]
5. Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak Kerajaan dalam membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir baru-baru ini dan apakah status dan situasi terkini hubungan dua hala Malaysia dan Mesir. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading, PKR Balik Pulau]
6. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan FDI masuk dan keluar untuk Malaysia tahun 2010 dan daya saing Malaysia berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur untuk menarik FDI masuk. [ Soalan Tambahan : PKR Selayang, BN Rembau]
7. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kedudukan dan perancangan serta kajian penyelesaian banjir di negeri Johor setelah banjir besar yang melanda negeri itu pada tahun 2006. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, DAP Ipoh Timur]
8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapa ramaikah pekerja asing terlibat dalam sektor getah dan kelapa sawit berbanding pekerja-pekerja tempatan. [ Soalan Tambahan : PAS Kota Bharu]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah keseluruhan kutipan tol lebuhraya bagi tempoh 2008 hingga 2010 mengikut syarikat-syarikat konsesi dan nyatakan jumlah pulangan kepada Kerajaan Malayisa dari kutipan tol tersebut.
16. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam menyelesaikan krisis Selatan Thailand dan setakat manakah pencapaiannya.
32. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah bilangan lawatan rasmi dan lawatan kerja di luar negara serta kos perbelanjaan yang terlibat untuk rombongan lawatan Yang Amat Berbahagia isteri Perdana Menteri sejak tahun 2008 hingga kini.
45. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah nama dokumen-dokumen yang terkandung di dalam senarai Akta Rahsia Rasmi dan berapakah senarai dokumen yang dikategorikan tidak rahsia lagi mengikut peruntukan Seksyen 2C, Akta Rahsia Rasmi.
51. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah dasar dan syarat untuk memastikan yang drama dan filem sama ada tempatan atau dari luar Negara yang disajikan di televisyen mempunyai unsur serta nilai yang mampu membina nilai positif, sahsiah mulia kepada minda penonton.
58. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci jumlah warga asing yang bertaraf penduduk tetap mengikut negara, berapa lama masa mereka berada di Malaysia dan berapakah jumlah yang telah diberi kerakyatan setakat ini dan jumlah yang layak diberi kerakyatan.
62. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia dalam membantu menyelesaikan krisis di Mesir dan apakah perancangan penerusan pelajaran pelajar Malaysia di Mesir sehingga sekarang.
65. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Dasar Penapisan dan Filem dan Drama Televisyen yang mutakhir banyak menayangkan filem drama bercorak mistik, khurafat dan amalan berunsur syirik.
Usul oleh Bebas Sepanggar - Berita Penabalan Sultan Sulu Oleh Rakyat Malaysia di Sabah baru-baru ini di kawasan Likas dan Kewarganegaraan di Sabah bagi rakyat bukan berasal dari malaysia. Di Tolak bawah Usul 18 (2), perkara ini masih dibawah siasatan Kementerian Dalam Negeri.
d. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri * Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2011 - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
2. Menteri Pertahanan * Rang Undang-undang Veteran 2011 - Menteri Pertahanan
e. Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ - Timbalan Menteri Dalam Negeri & Di sokong Timbalan Menteri Kerjaraya - Terima
2. Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.”
[ Perbahasan - BN Jasin ( BN Tangga Batu, PAS Padang Terap, BN Ledang, PKR Balik Pulau, BN Lenggong, BN Maran, BN Kinabatangan, PKR Batu, Bebas Padang Serai, PKR Batu, PKR Sungai Petani, BN Ledang, PKR Balik Pulau, BN Jempol, Bebas Pasir Mas, BN Lenggong, PAS Shah Alam, BN Kinabatangan, PKR Indera Mahkota)] [ Rehat ]
[ Sambungan - BN Jasin ( BN Sri Gading, BN Kinabatangan), BN Hulu Selangor ( BN Sri Gading, PKR Sungai Petani, DAP Teluk Intan, BN Lenggong, BN Pasir Salak, DAP Teluk Intan, BN Pasir Salak, BN Sri Gading, BN Lenggong, Bebas Pasir Mas, PKR Batu),
[ PKR Machang ( PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PAS Pokok Sena, PAS Kuala Krai, PKR Batu, BN Padang Besar, PAS Shah Alam, BN Pasir Salak, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, BN Batang Sadong, PAS Shah Alam, PAS Kuala Krai, PKR Indera Mahkota, PAS Rantau Panjang, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena, PAS Shah Alam, PAS Pokok Sena )]
[ Bebas Pasir Mas ]
Dewan ditangguhkan pada jam 5.36 petang dan bersambung pada jam 10.00 pagi, 9 mac 2011.
0 comments:
Post a Comment