Dewan Rakyat 14 Mac 2011 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapakah masih lagi terdapat ramai anak-anak sekolah yang meminta derma dan sumbangan di kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya di negara kita tidak mengira masa. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, PAS Titiwangsa ]
2. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah takrifan oleh Jabatan Perdana Menteri, terhadap Wanita Pertama Malaysia sama ada Isteri Perdana Menteri atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong; dan
(b) jika isteri Perdana Menteri ialah Wanita Pertama Malaysia, berapa peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan beliau untuk 2011. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Hulu Selangor ]
3. Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes rogol di bawah umur yang telah berlaku sejak tahun 2000 dan apa tindakan yang telah diambil. [ Soalan Tambahan : BN Alor Gajah, ]
4. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab teksi-teksi Kuala Lumpur tidak boleh memasuki kawasan Suria KLCC jika tidak membayar yuran masuk dan mengapakah LPKP memberi hak eksklusif kepada syarikat terbabit mengutip yuran masuk dan menggunakan kekerasan untuk mengusir teksi yang membawa penumpang-penumpang. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, DAP Kepong ]
5. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) jumlah Lesen Pinjaman Wang dan Lesen Pemegang Pajak Gadai yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian bagi tahun 2009 dan 2010; dan
(b) adakah Kerajaan berhasrat untuk mengeluarkan lagi lesen-lesen ini pada masa yang akan datang. [ Soalan Tambahan : BN Tanjong Piai, DAP Rasah ]
6. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapa ramaikah pelajar-pelajar kita yang kini menuntut di luar negara yang mendaftarkan diri mereka dengan "Malaysian Student Department" mengikut negara-negara seperti Britain, Singapura, China, Amerika, Perancis dan Jerman. [ Soalan Tambahan : DAP Seremban, BN Jempol ]
7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan dengan perkembangan penyelidikan dan pembangunan R&D di Malaysia oleh badan-badan Kerajan dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, apakah usaha yang dilakukan untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan ini untuk manfaat masyarakat. Apakah adanya usaha mendesimasikan hasil penyelidikan untuk meningkatkan mutu serta jumlah pengeluaran produk terutamanya di sektor swasta. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Rajang, PAS Hulu Langat ]
8. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah langkah untuk menangani isu kehilangan hasil negara dan imej Negara mengenai laporan GFI berkenaan jumlah RM889 billion wang Negara yang lesap. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Sekijang, BN Jasin ]
9. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memajukan:-
(a) pelancongan kembara yang melibatkan aktiviti seperti menjelajah gua-gua di Parlimen Silam seperti Gua Madai, Gua Madok dan Gua Hambuk; dan
(b) pelancongan budaya dengan menaik taraf tempat bersejarah seperti di Lembah Tinkayu yang merupakan tempat bertapaknya Tamadun Islam di Asia Tenggara bagi menukar struktur ekonomi Parlimen Silam dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan. [ Soalan Tambahan : BN Silam ]
10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapa filem yang ditayangkan melalui TV Malaysia banyak berunsur tahyul, khurafat serta ganas yang memberi kesan negatif kepada penonton remaja khususnya. Sejauh manakah penguatkuasaan dibuat oleh pihak Kementerian.
[ Tiada Soalan Tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kutipan saman PDRM dan JPJ yang dikutip dari pesalah jalan raya bagi tempoh 2008 hingga 2010 dan apakah hasil tersebut terkandung dalam bajet yang dibentangkan Perdana Menteri setiap tahun.
28. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan program Amal Jariah yang dijalankan oleh Prokhas Sdn Bhd (PROKAS), sejauh mana program ini telah berjalan dan status kedudukan terkini program ini setelah peruntukan tidak diberikan selepas 2009.
32. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah serius dan pro-aktif FELDA terhadap isu-isu yang dihadapi oleh peneroka seperti isu wang tanam semula, penggredan buah kelapa sawit dan tanah untuk generasi kedua FELDA.
42. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengemukakan satu pelan transformasi terhadap bidang agama sebagaimana yang dilakukan terhadap bidang ekonomi (ETP) dan Kerajaan (GTP), bagi mengangkat status Islam sebagai agama Persekutuan agar pembangunan masa depan Islam adalah lebih terancang dan bersepadu.
44. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah benar hospital-hospital Kerajaan mengalami kekurangan jururawat yang kritikal kerana banyak yang berhijrah ke hospital swasta atau ke luar negara serta berapa peratus dari bilangan jururawat yang telah meletak jawatan untuk berhijrah setiap tahun sejak 10 tahun yang lalu.
49. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sasaran yang diletakkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi meningkatkan penguatkuasaan ekuiti golongan Bumiputera dalam negara yang kini menjangkau 18 peratus sahaja.
50. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah justifikasi kos sebanyak RM36 bilion untuk sistem MRT.
58. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes-kes saman di mahkamah oleh peneroka terhadap FELDA dan keputusan mahkamah serta implikasi kewangannya kepada FELDA.
64. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah kerugian yang ditanggung mengikut negeri akibat banjir pada hujung 2010 dan awal 2011 di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor; dan
(b) jumlah rakyat terlibat yang dipindahkan semasa banjir di negeri-negeri berkenaan.
71. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah kemajuan projek tambak menambak tebing Sungai Golok daripada Pekan Rantau Panjang ke Pengkalan Kubur bagi tujuan pencegahan banjir. Berapakah peruntukan yang telah dibelanja dan berapakah peruntukan yang diperlukan.
Usul 12 1 oleh Menteri Belia & Sukan bahawa Mesyuarat tidak akan menangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan di sokong oleh Menteri Kerjaraya - Di Lulus.
usul 18 1 oleh MP PSM Sungai Siput berkeaan surat arahan keluar dari kawasan perumahan yang ingin dirobohkan oleh penduduk bekas pekerja ladang Bukit Jalil - Di tolak.
c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Belia dan Sukan * Rang Undang-undang Institut Sukan Negara 2011
d. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Usul dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] dan masalah dicadangkan :-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.” - Menyambung semula Perbahasan atas masalah (9 Mac, 2011)
[ Perbahasan - DAP Petaling Jaya Utara ( DAP Batu Gajah, PAS Kuala Selangor, PAS Kuala Krai ), BN Kinabatangan ( BN Sri Gading, BN Arau, BN Sri Gading, PAS Kuala Krai ), PAS Kota Raja ]
[ Rehat - Siaran diberhentikan bagi memberi laluan upload vedio persidangan minggu lepas ]
[ Perbahasan - PAS Kota Raja, BN Ranau, PKR Kuala Langat ( BN Batang Sadong, PKR Balik Pulau ), BN Sabak Bernam ( PAS Pokok Sena, BN Padang Besar, BN Lenggong, PKR Indera Mahkota, BN Parit Sulong ), PAS Marang, BN Pasir Salak ( PKR Indera Mahkota, PKR Batu, PAS Kota Raja, DAP Teluk Intan, PAS Kuala Selangor, BN Lenggong ), DAP Klang, PKR Sungai Petani ( PAS Pendang, PKR Balik Pulau ), PAS Jerai, BN Kuala Krau ( PAS Kuala Selangor, BN Lenggong ), PSM Sungai Siput, BN Tenom ]
Sidang Dewan di tangguhkan pada jam 7.30 malam dan bersambung hari Selasa, 15 Mac 2011, jam 10 pagi.
0 comments:
Post a Comment