Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. PR-1253-L52403 Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) pandangan Kementerian berkaitan merosotnya semangat kejiranan yang suatu masa dahulu begitu kukuh dan harmoni tanpa mengira agama, bangsa dan budaya; dan
(b) apakah langkah-langkah yang dikenal pasti oleh Kementerian dalam usaha mengembalikan semangat kejiranan terutamanya di bandar-bandar besar selaras dengan konsep 1Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Jasin, PAS Rantau Panjang ]
2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan statusnya di negara ini. Apakah kriteria untuk bangunan dan mutu pendidikan IPTS dan keberkesanan kawalannya termasuk sebuah kolej swasta di Vista Magna, Batu 7, Kepong. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, BN Sri Gading, PAS Bachok ]
3. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan projek menaik taraf hingga menjadi dual carriage Jalan Kota Kinabalu/Beaufort terus ke Sindumin. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, PKR Gombak ]
4. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan prestasi ekonomi negara setakat ini dan apakah peratusan perkembangan ekonomi negara (KDNK) lebih baik daripada Indonesia, Singapura, Filipina dan lain-lain negara Asean. [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas, BN Arau ]
5. Datuk Dr. Muhammad Leo Michael Toyad [ Mukah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pelajar asing yang telah ditahan atas sebab penglibatan dengan jenayah pada 2011 dan 2012. [ Soalan Tambahan : BN Mukah, PAS Pokok Sena ]
6. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan asing (FDI) sejak 2008-2012 mengikut negeri-negeri destinasi. [ Soalan Tambahan : PKR Gopeng, BN Silam ]
7. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kesediaan memberi peruntukan kewangan yang besar di kawasan Libaran dan Sandakan bagi menjayakan kawasan tersebut sebagai hab pendidikan utama Pantai Timur Sabah. [ Soalan Tambahan : BN Libaran ]
8. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh mana kajian keberkesanan penggunaan teknologi perubatan (nuklear) dalam 'diagnosa' dan rawatan perubatan. [ Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jalan-jalan, jambatan dan kemudahan berkaitan yang akan dinaiktaraf dengan bermulanya operasi pelabuhan Tok Bali yang kini digunakan untuk mengeksport bijih besi.
33. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai berapakah jumlah kutipan jualan dan duti eksais untuk jualan kereta setiap tahun sejak tahun 2000.
c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kewangan * Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012
d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bagi Bacaan Kali Kedua dan Usul
1. (D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 September, 2012)
DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus
empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan butiran
perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 September, 2012)
[ Perbahasan - PKR Permatang Pauh ] [ rehat ] [ Sambungan Perbahasan - PKR Permatang Pauh, BN Rembau, DAP Bagan, BN Tebrau, PAS Marang, BN Hulu Selangor, ]
2. (D.R. 32/2012)
Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” ( 27 September , 2012 ) [ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
0 comments:
Post a Comment