Dewan Rakyat 1 November 2010 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah kesan hubungan politik dan ekonomi di antara Malaysia dengan Singapura hasil daripada lawatan khas Mr. Lee Kwan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura ke Malaysia.
[ Soalan Tambahan : BN Pasir Salak, PKR Machang]
2. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah keganasan dan jenayah terhadap wanita yang semakin meningkat dalam negara. [ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang, BN Batang Sadong ]
3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah pihak Kementerian dalam memperkasakan agensi di bawah pihak Kementerian seperti FAMA dalam usaha memastikan hasil pertanian petani kecil dapat dipasarkan. Sehingga kini berapakah jumlah pusat pengumpulan hasil pertanian di seluruh negara dan berapakah jumlah hasil jualan yang dihasilkan melalui program pusat pengumpulan ini. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Kuala Selangor ]
4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah kedudukan terkini nilai eksport kita dan apakah langkah untuk memperbaiki prestasi FDI negara. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Ledang]
5. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan daripada pakej rangsangan sebanyak RM67 bilion setakat 30 September 2010 dan apakah 'outcome' serta impaknya kepada rakyat dan negara.
[ Soalan Tambahan : BN Jasin, DAP Kepong]
6. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar penasihat undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah peguam yang telah dibuang dari beramal di mahkamah sivil. Berapa ramaikah peguam-peguam panel di dalam MAIWP dan berapa banyak kes yang diberikan kepada peguam panel MAIWP mengikut firma. [ Soalan Tambahan : PAS Bachok]
7. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pada zaman ini, penggunaan kereta manual sudah berkurangan sebaliknya permintaan kereta auto semakin bertambah, adakah perlu pihak Kementerian memperkenalkan lesen penggunaan kereta auto yang lebih praktikal. [ Soalan Tambahan : BN Paya Besar]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kerajaan sedar bahawa kecurian kabel-kabel Telekom masih berleluasa di kebanyakan tempat menyebabkan orang ramai tidak dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan tersebut sedangkan mereka masih dibebankan bayaran-bayaran sewa talian dan tindakan saman dikenakan sekiranya gagal membayar.
14. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan dalam membantu kemajuan sektor pelancongan di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.
16. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan atas asas apakah JPJ enggan menerima pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan pendaftaran kenderaan baru bagi nama-nama yang disenarai hitam oleh PDRM.
20. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional di sebalik pembayaran ‘bonus’ sebanyak RM500 kepada setiap kakitangan Kerajaan Persekutuan dan pesara setelah baru sahaja mengurangkan subsidi barang keperluan rakyat atas alasan ingin mengurangkan defisit dan rasionilisasi subsidi.
30. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik terkini kejadian pelbagai jenayah sejak 10 tahun yang lalu di Kuala Lumpur berbanding dengan negerinegeri lain di seluruh Malaysia. Berapa bilangan jenayah berat seperti pembunuhan yang masih belum selesai sejak 10 tahun lalu.
32. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memulih dan meningkatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia berhasil.
36. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan untuk program “ROAD TO LONDON 2012” yang dilancarkan pada 16 Februari 2009 lalu dan sejauh manakah prestasi atlet-atlet negara dalam memastikan negara memperolehi pingat emas di sukan yang paling berprestij itu.
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28 Oktober, 2010)
Penggulungan Perbahasan Bajet 2011 Mengikut Kementerian :-
[1] [Kementerian Pelajaran - Timbalan Menteri (Batu Pahat)] - Pencelahan - (DAP Taiping, DAP Bukit Mertajam, DAP Kepong, PKR Balik Pulau, BN Tebrau, BN Jempol, PAS Bachok, DAP Batu Gajah)] [Rehat]
Sambungan Penggulungan Perbahasan - [2 (1)] [ Jabatan Perdana Menteri - (Menteri - BN Padang Rengas) - Pencelahan - (PAS Pokok Sena, DAP Ipoh Barat, PAS Kubang Kerian, PAS Pokok Sena, Bebas Wangsa Maju, PAS Pokok Sena, DAP Ipoh Timur, DAP Ipoh Barat, PAS Kuala Selangor, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Timur, PAS Pokok Sena, DAP Batu Gajah, PAS Pokok Sena) ]
[2 (2)] [ Jabatan Perdana Menteri - (Menteri - Senator) - PKR Indera Mahkota, DAP Klang, PAS Kuala Selangor ]
[2 (3)] [ Jabatan Perdana Menteri - (Menteri - BN Tasik Gelugor) - Pencelahan- (PAS Pokok Sena, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, Bebas Wangsa Maju]
[2 (4)] [ Jabatan Perdana Menteri - (Menteri - Senator) - Pencelahan - PAS Baling, BN Kanowit, PAS Bachok, BN Batang Sadong, PAS Pokok Sena, PAS Kubang Kerian, BN Sri Gading ]
[3] [ Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - (Menteri - BN Penampang) - Tiada Pencelahan ]
[4] [ Kementerian Luar Negeri - (Timbalan Menteri - BN Serian) - Pencelahan - DAP Teluk Intan, BN Jasin, BN Sri Gading, BN Putatan, PAS Tumpat, BN Sekijang, BN Tangga Batu, PAS Kuala Krai, ]
[5] [ Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ] - (Menteri) - Pencelahan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam kepada 10.00 pagi 2 November 2010.
2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010) [ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
4. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]
0 comments:
Post a Comment