Dewan Rakyat 25 Oktober 2010 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi Jawab lisan
1. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah pihak Kerajaan telah memperkukuhkan kekuatan pertahanan dan kebajikan anggota-anggota tentera. [ Soalan tambahan: BN Tenom, PAS Rantau Panjang]
2. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah peruntukan bajet yang disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)sepanjang dua tahun lalu. Senaraikan ke semua program yang telah dijalankan oleh JHEOA berserta pecahan bajet yang digunakan sepanjang dua tahun lepas.
[ Soalan tambahan: PKR Gombak, BN Arau]
3. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi meningkatkan agensi agama Islam negara ini bagi menghasilkan lebih banyak produk halal inovatif, pengurusan syariah, perundangan dan perbankan Islam yang mampu memberi impak positif kepada rakyat dan syiar Islam. [ Soalan tambahan: BN Sabak Bernam, PAS Kubang Kerian]
4. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kerajaan sedar beban tugas guru-guru di sekolah bukan sahaja mendidik dan mengajar, tetapi juga dibebankan dengan tugas pengkeranian dan penjagaan stor. Apakah ini termasuk dalam bidang tugas perguruan dan langkah selanjutnya untuk mengatasinya.
[ Soalan tambahan: PAS Baling, BN Kinabatangan]
5. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) pencapaian dan perubahan yang berjaya PEMANDU laksanakan sehingga kini dalam meningkat keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat; dan
(b) pencapaian atau kedudukan terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP), dan kesannya kepada rakyat di luar bandar. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, DAP Ipoh Timur]
6. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa PDRM antara agensi yang paling banyak dibuat aduan di Biro Pengaduan Awam dan apakah langkah-langkah untuk menambah baik perkhidmatan PDRM. [ Tidak Hadir ]
7. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memberi insentif kepada industri yang merawat dan menggunakan air yang telah dirawat bagi mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara. [ Soalan tambahan : BN Parit Sulong]
8. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memperkenalkan daya keupayaan Institut Pendidikan Tinggi Awam, memandangkan Universiti Malaya telah turun dari tempat 180 ke tempat 207dalam 2010 QS World University Rankings. [ Soalan tambahan : DAP Bukit Bendera, DAP Taiping]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
26. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik unjuran ekonomi kakitangan Kerajaan rendah, kakitangan swasta, peniaga, petani dan nelayan berdasarkan pertumbuhan 10 peratus ekonomi negara seperti yang diumumkan barubaru ini.
28. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan aspek pengurusan korporat dan tanggungjawab fudisiari kepada rakyat tentang hal kedudukan Dana 1-1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa mempunyai pelbagai ‘inconsistencies’ dalam Laporan Kewangan Tahunan berakhir Mac 2010 sehingga tidak mahu ditandatangani oleh pihak auditor.
32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) sama ada Kerajaan bersedia menimbang permintaan rakyat bagi menurunkan semula harga barangan keperluan harian seperti gula dan bahan bakar petrol dan gas memasak; dan
(b) Kerajaan akan melakukan sebarang kenaikan lagi sepanjang tempoh berbaki tahun ini.
33. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah keseluruhan dana mengikut tahun (2005 hingga 2009) yang diminta oleh sekolah-sekolah di Malaysia bagi menganjurkan program di luar bilik darjah.
36. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah jenis dan bentuk perbelanjaan yang telah dibuat semasa kenaikan minyak yang melibatkan penjimatan wang negara sebanyak RM4.4 bilion khususnya kepada prasarana pengangkutan awam negara, di mana ia dibelanjakan dan apakah jenis projek serta berapa jumlah perbelanjaan setakat ini.
Usul 12 (1) diusulkan oleh BN Padang Rengas menyambung persidangan hingga jam 7.30 malam dan disambung semula jam 10.00 pagi 26 Oktober 2010
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN
Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 Oktober, 2010)
[Perbahasan - [PAS Kuala Selangor] [BN Sri Gading (PAS Baling, PAS Shah Alam, BN Arau, )] [Bebas Bayan Baru (BN Maran)] [Rehat]
[Bebas Bayan Baru (Bebas Kulim Bandar Baru)] [BN Ranau (DAP Klang)] [DAP Bukit Bintang (Hulu Terengganu)] [BN Sibuti] [DAP Bakri (Bebas Kulim Bandar Baru)] [BN Hulu Terengganu (BN Lenggong, PAS Sik, PAS Shah Alam)]
[Perbahasan - [PAS Shah Alam (PAS Pendang)] [BN Limbang (BN Lenggong, PKR Sg Petani)] [BN Parit Sulong (BN Lenggong, PAS Sik, BN Ledang)] [PAS Sik (BN Hulu Terengganu)] [BN Lenggong]
6. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
7. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
0 comments:
Post a Comment