Dewan Rakyat 28 Oktober 2010 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah pihak Kementerian sedar semakin banyak lambakan barang-barang buatan China yang terdapat di kedai-kedai jimat (Supersave) yang menjual barang dari China yang tidak diketahui tahap keselamatan kepada pengguna. Apakah langkah Kementerian mengawal kemasukan barangan tersebut. [Soalan Tambahan : Tidak Hadir]
2. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sebab kadar penyertaan tenaga buruh wanita (LFPR) tidak meningkat dalam 20 tahun dari 1990 hingga 2010 kepada 46 peratus sahaja. Nyatakan secara lanjut bagaimana Kerajaan mampu meningkatkan kadar ini kepada 55 peratus menjelang 2015 dalam RMK-10. [Soalan Tambahan : Tidak Hadir]
3. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk memasang kamera, cctv di kawasankawasan luar bandar kerana banyak jenayah sejak kebelakangan ini. [Soalan Tambahan : BN Sekijang, PAS Bachok]
4. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perbandingan antara negara jiran dan Malaysia, galakan-galakan yang diberi kepada pelabur baru untuk menarik pelaburan ke Malaysia. Apakah tarikan utama yang Malaysia tawarkan yang tidak ditawarkan oleh negara jiran. [Soalan Tambahan : DAP Beruas, BN Sri Gading]
5. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah pendirian Kementerian ke atas isu 'Professional Code of Ethic' bagi jurutera, arkitek dan lain-lain yang tidak dipatuhi sendiri oleh Jabatan Kerajaan seperti meminta jurutera dan arkitek memberi diskaun ke atas 'Consultant Fee', sedangkan fee itu termaktub di dalam Akta yang mengkehendaki supaya ia dituruti.(MOF telah mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan supaya konsultan memberi diskaun sehingga lebih 30%. Kerajaan yang menyediakan Akta, Kerajaan juga yang melanggar Akta) [Soalan Tambahan : BN Ledang, DAP Ipoh Barat]
6. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian untuk orang miskin dan orang kurang upaya. Adakah Kementerian bersedia menambah jumlah wang yang diberikan kepada golongan-golongan ini memandangkan kos hidup semakin hari semakin meningkat. [Soalan Tambahan : DAP Beruas, BN Bintulu]
7. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) sejauh manakah Lembaga Kenaf Negara dapat membantu/kejayaan untuk penanaman tembakau beralih kepada penanaman kenaf; dan
(b) negeri-negeri manakah penumpuan diberi dan jumlah insentif yang diberikan kepada penanam. [Soalan Tambahan : BN Langkawi, PAS Rantau Panjang]
8. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesediaan Kerajaan untuk memulakan perundingan EU-Malaysia FTA. Adakah Kerajaan membuat analisis kos-faedah mengenai FTA ini dan adakah analisa kos-faedah ini akan dibincangkan di Parlimen. [Soalan Tambahan : DAP Klang]
9. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana penguatkuasaan kepada pengusaha Cyber-Café benar-benar berkesan terhadap pematuhan syarat-syarat yang dikenakan memandangkan terlalu banyak perlanggaran syarat yang telah menjadi rungutan awam. [Soalan Tambahan : BN Tanjong Piai, DAP Batu Gajah]
10. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status pelaksanaan projek pembinaan Hospital Shah Alam dan adakah benar bahawa kontraktor baru telah dilantik melalui proses rundingan terus untuk menggantikan syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd. [Soalan Tambahan : PAS Shah Alam, DAP Petaling Jaya Utara]
11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan Ops Noda yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi membendung lambakan GRO (Guest Relations Officer) di Labuan dan usaha bersepadu bagi menurunkan kadar kemasukan pekerja GRO tidak sah daripada terus membanjiri Pulau Labuan. [Soalan Tambahan : BN Labuan]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
18. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana kajian dibuat terhadap cadangan pembinaan sekolah mengandung di Malaysia serta jumlah statistik pelajar yang mengandung ketika di bangku sekolah sejak tahun 2000 hingga tahun 2010.
35. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kriteria yang di guna pakai oleh Kementerian dalam menentukan siapakah yang layak menerima komputer riba (net book) yang dibekalkan baru-baru ini, mengapakah penyerahan komputer tersebut dibuat di pejabat UMNO dan hampir keseluruhan penerimanya adalah terdiri dari ahli dan penyokong UMNO sahaja.
41. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah benar Kementerian akan menyalurkan peruntukan kepada pembinaan SRJK Tamil, Sungai Tok Pawang seperti jawapan bertulis sebelum ini dan nyatakan status peruntukan tersebut.
Usul 18 oleh DAP Bandar Kuching - ditolak dalam kamar
Usul 66(3) DAP Batu Gajah - Pertukaran Jadual Jawapan Menteri
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (27 Oktober, 2010)
Sambungan Perbahasan : [PAS Pasir Puteh (PKR Indera Mahkota)] [BN Dungun (BN Lenggong, BN Hulu Terengganu, PAS Kota Raja] [PKR Bandar Tun Razak ] [Rehat]
Sambungan Perbahasan: [DAP Ipoh Timur (PAS Tumpat)] [BN Padang Besar (PAS Pokok Sena, BN Arau)] [PAS Kota Raja (BN Lenggong)][BN Johor Bharu][Bebas Kulim Bandar Baru (BN Lenggong)][BN Kapit (DAP Batu Gajah)][PAS Tumpat][DAP Seputeh][PAS Kuala Krai][DAP Beruas]
Tamat Jam 5.30 ptg dan bersambung isnin depan.
2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
4. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]
9. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan]
0 comments:
Post a Comment