Dewan Rakyat 21 Oktober 2010 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menempatkan atau memberi kursus kesedaran kepada pelajar-pelajar bermasalah dari segi disiplin supaya mengikuti kursus Ala Program Latihan Khidmat Negara selepas sesi tamatnya program PLKN pada hujung tahun; dan
(b) berapakah jumlah pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini di setiap negeri. [ Soalan Tambahan : BN Bintulu, PKR Gombak ]
2. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah kajian telah dibuat untuk menentukan sama ada kos tersembunyi seperti harga tanah yang sengaja dinilai tinggi, dan rasuah dalam proses kelulusan projek telah menyumbang kepada kenaikan harga rumah yang di luar kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia. [ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, BN Putatan,]
3. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimanakah langkah kawalan supaya tidak berlaku ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel dan elaun sara hidup nelayan yang menyebabkan penerimaan bantuan berkenaan tiba-tiba hilang kelayakan atau tidak menerima bantuan dalam bulan-bulan tertentu sedangkan status mereka kekal dan sama seperti sebelumnya. [ Soalan Tambahan : BN Tanjong Piai, PAS Tumpat]
4. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan projek-projek teknologi hijau dijalankan dan nyatakan rancangan-rancangan yang akan dijalankan di Pulau Pinang. [ Soalan Tambahan : DAP Tanjong, DAP Seputeh]
5. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status kemajuan Kementerian untuk menambahbaikkan jalan sepanjang Jalan Betong-Sarikei. Nyatakan juga sejauh manakah keberkesanan langkah-langkah Kementerian yang diambil dapat mengurangkan kadar kemalangan sepanjang jalan tersebut dari tahun 2001 hingga sekarang. [ Soalan Tambahan : BN Sarikei, ]
6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan butiran lanjut projek pembangunan 'Little India' di Brickfield, Kuala Lumpur, manfaatnya kepada penduduk-penduduk dan halangan yang berbangkit. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Bintang, BN Hulu Selangor]
7. Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini Empangan Bakun Sarawak yang sedang dibina tetapi menghadapi masalah 'pembeli elektriknya'. [ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, PKR Gopeng]
8. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) apakah langkah yang diambil berkaitan penyeliaan, pengawalan dan penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman di media elektronik dan siber; dan
(b) apakah langkah dan tindakan yang diambil terhadap TV3 yang menyiarkan iklan “Sinari Lebaran” yang jelas menghina dan mengaibkan Islam. Berikan butiran mereka yang terlibat dengan pembikinan dan penyiaran iklan tersebut. [ Soalan Tambahan : Bebas Kulim Bandar Baru, ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) status pembinaan Kolej Komuniti Kuala Nerang, Kedah; dan
(b) kontraktor yang terlibat, kos dan jangkaan siap serta boleh guna.
18. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah projek jalan raya laluan kedua Kota Bharu ke Kuala Krai akan dimulakan dan berapakah kos pembinaannya.
26. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dalam isu kehilangan 2 buah enjin jet pejuang, Sarjan N. Thamandran telah dituduh mencuri enjin tersebut. Apakah kedudukan siasatan terhadap beliau.
36. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa anggaran jumlah kanak-kanak di bawah umur yang bekerja untuk menyara hidup mereka ataupun membantu keluarga dan apakah usaha spesifik Kerajaan untuk menangani permasalahan buruh kanak-kanak yang semakin meningkat.
37. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan isu penting dan tertunggak yang masih belum diselesaikan dengan negara-negara ASEAN khususnya Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei, dan sejauh manakah tindakan penyelesaian yang telah diambil.
38. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Malaysia bercadang untuk memainkan satu peranan aktif dan positif dalam rundingan damai dua hala antara Palestin dengan Israel sekarang.
41. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan secara terperinci perkembangan dan status perundingan “Points of Agreement” di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura serta lain-lain perkara yang tidak termasuk dalam pakej.
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (20 Oktober, 2010)
Sambungan Perbahasan Baget 2011 :-
[Bebas Bagan Serai (DAP Teluk Intan)][PAS Pokok Sena (PAS Pendang, PKR Indera Mahkota, DAP Batu Gajah, BN Ledang, PKR Machang)][BN Simpang Renggam (BN Ledang, DAP Klang, BN Ledang, BN Maran, BN Arau)][DAP Bagan (BN Lenggong)][Rehat]
[DAP Bagan] [BN Tanjong Piai] [PKR Sungai Petani(PAS Shah Alam, PAS Tumpat, PAS Shah Alam)] [BN Kuala Krau (BN Lenggong, PKR Padang Serai, PAS Shah Alam)] [DAP Bukit Mertajam (DAP Batu Gajah, BN Lenggong)][BN Gelang Patah (DAP Batu Gajah, BN Simpang Ranggam)][DAP Jelutong][PAS Kuala Selangor][Tamat]
Tamat Jam 5.30 petang dan bersambung pada 25 Oktober 2010 jam 10.00 pagi
2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
0 comments:
Post a Comment