Dewan Rakyat 27 Oktober 2010 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan di dalam jangka masa dua tahun kebelakangan ini, berapakah dana yang telah dialokasi untuk pembinaan jalan raya di pedalaman Sarawak dan apakah jalan raya serta jambatan di pedalaman yang dirancang untuk kawasan Baleh dan Belaga. [ Soalan tambahan: BN Hulu Rajang, BN Kapit, PAS Shah Alam ]
2. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) dari segi undang-undang, adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil nasihat atau panduan dari Jabatan Peguam Negara; dan
(b) adakah SPRM itu satu badan yang bebas dan tidak ada berkaitan dengan Jabatan Peguam Negara. [ Soalan tambahan: DAP Telok Intan, DAP Kepong ]
3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan tahanan warga asing di depoh tahanan seluruh negara dan nyatakan langkah keselamatan yang telah diambil bagi memastikan kejadian tahanan warga asing melarikan diri dari depoh tahanan Imigresen tidak berulang. [ Soalan tambahan: BN Kuala Krua, PAS Bachok]
4. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) yang diumum serta dijanjikan oleh Kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut. [ Soalan tambahan: DAP Taiping, Usul 36 (12) oleh BN Rompin - Di tolak, BN Ledang]
5. Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bilakah Kerajaan menyediakan saluran siaran radio atau pun televisyen khas bagi Sabah dan Sarawak sedangkan pihak ASTRO sudah pun menyediakan saluran khas untuk kedua-dua negeri ini.
[ Soalan tambahan: BN Tuaran, PAS Kuala Krai]
6. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan setakat mana pelaksanaan Program Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharu (SREP) dan bilangan pengeluar elektrik yang tandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga Elektrik Yang Boleh Diperbaharu (Renewable Electricity Purchase Agreement (REPA).
[ Soalan tambahan: PKR Gopeng, BN Arau]
7. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah kejayaan usaha Kerajaan di dalam pemuliharaan alam sekitar sepanjang 5 tahun lalu dan mengapa kes-kes pencemaran sumber air, pembalakan haram dan seumpamanya masih berlaku sedangkan tahap penguatkuasaan telah dipertingkatkan.
[ Soalan tambahan: BN Parit]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian berhasrat melakukan kerja-kerja membaik pulih beberapa lokasi di Jalan Raya Gurun–Jeniang yang menjadi rungutan penduduk berikutan kedudukannya yang membahayakan serta menyusahkan pengguna.
20. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan dakwaan bahawa Projek Hidro Elektrik Bakun yang telah menelan belanja RM7.3 bilion akan menjadi ‘gajah-putih’ kerana tidak ada ketentuan di segi pembelinya (no takers). Apakah yang telah dipelajari oleh Kerajaan dari pengurusan projek mega dari pengalaman kegagalan Projek Hidroelektrik Bakun yang tidak wajar diulangi lagi.
28. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Jawatankuasa Syariah-Sivil akan dapat memberi kesan kepada rakyat agar undang-undang sivil dan syariah dapat diselaraskan dalam hal-hal tertentu memandangkan kadar jenayah semakin kejam mutakhir ini.
44. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memastikan 34% pekerja Malaysia yang bergaji bawah RM700 sebulan dinaikkan gaji supaya melepasi garis kemiskinan.
Usul 12 (1) oleh Padang Rengas menyambung perbahasan sehingga jam 7.30 malam dan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, 28 Oktober 2010
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (26 Oktober, 2010)
Sambungan Perbahasan [PAS Pendang (PAS Pokok Sena)][BN Hulu Rejang][DAP Sibu (BN Lenggong)][BN Pengerang][PAS Kuala Terengganu] [Rehat]
[Sambungan Perbahasan ]-[PAS Kuala Terengganu] [Bebas Nibong Tebal][PKR Telok Kemang (PKR Petaling Jaya Selatan)][BN Parit(BN Sri Gading, PAS Pokok Sena)][PKR Petaling Jaya Selatan][BN Kanowit (BN Kapit)] [PAS Parit Buntar] [BN Mas Gading (BN Ledang, PAS Kubang Kerian, )] [DAP Telok Intan (DAP Bukit Mertajam, DAP Ipoh Barat, Bebas Kulim Bandar Baru, PAS Tumpat] [BN Lubuk Antu]
[Sambungan Perbahasan] - [PAS Padang Terap (Bebas Kulim Bandar Baru)][BN Kuala Nerus (PKR Indera Mahkota)] [PKR Ampang] [BN Bukit Katil(BN Maran)] [DAP Puchong] [BN Setiu (BN Ledang, DAP Puchong, BN Lenggong, BN Maran)][PAS Pasir Puteh]
Tamat jam 7.30 malam dan bersambung pada jam 10.00 pagi esok 27 /10/ 2010
2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
4. (D.R. 31/2010) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010. [ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi]
0 comments:
Post a Comment