Dewan Rakyat 26 Oktober 2010 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah orang yang dilaporkan hilang sejak lima tahun lalu mengikut pecahan umur, jumlah mereka yang ditemui selamat serta mati dan sila sebutkan punca berlakunya keadaan itu serta apakah langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : BN Kuala Nerus, DAP Ipoh Barat]
2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pandangan daripada Bank Negara berkaitan cadangan pinjaman perumahan "loan-to-value ratio" ditetapkan pada kadar 80% atau lebih rendah dan kesannya terhadap pembangunan industri hartanah di Malaysia. [ Soalan Tambahan : DAP Segambut, BN Kuala Krau]
3. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada CIDB masih berurusan sebagai syarikat penyumberan luaran (outsource) bagi mengendalikan pekerjapekerja asing dalam sektor pembinaan dan berapakah caj yang dikenakan bagi setiap orang pekerja. [ Soalan Tambahan : BN Padang Besar, PKR Permatang Pauh]
4. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status pelaksanaan terkini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta pencapaian setakat ini dan berapakah elaun bulanan dan keistimewaan lain yang dibayar kepada pengerusi serta setiap anggota Suruhanjaya tersebut. [ Soalan Tambahan : DAP Rasah, BN Maran]
5. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak bertapaknya beberapa anak Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di WP Labuan seperti Petronas Carigali dan Petronas Methanol (Labuan) Sdn. Bhd., berapakah peluang pekerjaan yang ditawarkan dan berapa peratuskah guna tenaga kerja yang diberikan kepada anak jati Labuan. [ Soalan Tambahan : BN Labuan ]
6. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan tidak bercadang untuk mencari satu kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah berbangkit dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan. [ Soalan Tambahan : PKR Ketereh, BN Sri Gading, PKR Permatang Pauh]
7. Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah bantuan (mengikut kategori) Jabatan Kebajikan dan Masyarakat yang telah disalurkan pada tahun 2009 dan 2010. [ Soalan Tambahan : BN Gelang Patah, DAP Batu Gajah ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dalam RMK-9 Kerajaan menyediakan 23 projek pembangunan di kawasan Baling yang melibatkan agensi-agensi antaranya seperti KEMAS, MARA, JHEOA dan KEDA. Nyatakan sejauh mana projek-projek tersebut berjaya dijalankan setakat ini dan kalau gagal, kenapa. Serta nyatakan projek-projek yang berjaya dan projek-projek yang gagal.
16. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah sudah wujud satu garis panduan yang jelas (termasuk iklan-iklan) berkaitan sambutan hari-hari perayaan agama seperti Aidilfitri bagi menjamin kesucian Islam dan tidak disalahertikan.
18. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah telah sampai masanya sejarah bermulanya perjuangan kemerdekaan disemak dan ditulis semula dan adakah benar dakwaan yang menyatakan terdapat banyak penyelewengan fakta khususnya dalam menulis sejarah sebenar kemerdekaan negara.
20. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan Pelan Mitigasi (Mitigation Plan) sebagai satu elemen penting dalam pakej Pelan Rasionalisasi Subsidi Negara yang telah dilaksanakan.
28. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kenapakah kerja memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan yang dijanjikan akan dimulakan pada Jun 2010 belum berlaku lagi.
Usul 12 (1) oleh Padang Rengas melanjutkan tempoh perbahasan sehingga jam 7.30 petang.
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Perbekalan 2011 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (15 Oktober 2010) DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh satu bilion satu ratus lapan puluh satu juta lapan ratus sembilan puluh empat ribu ringgit (RM51,181,894,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2011, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 14 Tahun 2010, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (25 Oktober, 2010)
Perbahasan - [ BN Tangga Batu] [ DAP Seremban (PKR Sg Petani, BN Batang Sadong) ] [BN Sekijang (BN Tuaran, DAP Taiping)] [PSM Sungai Siput] [Rehat]
Menyambung Perbahasan -[PSM Sungai Siput] [BN Tuaran (BN Labuan, BN Sri Gading)][DAP Batu Gajah (BN Sri Gading, DAP Kota Melaka, PKR Gopeng)] [BN Labuan] [Bebas Wangsa Maju (Bebas Kulim Bandar Baru)] [BN Langkawi (BN Sri Gading, BN Lenggong)] [DAP Kota Melaka] [BN Paya Besar (BN Maran, BN Ledang, BN Silam, PAS Padang Terap)] [PKR Gopeng] [BN Silam (BN Maran)] [PAS Pendang (Bersabung)]
Sidang Tamat Jam 7.30 Malam dan bersambung pada 27 oktober 2010 , Rabu, jam 10.00 pagi
2. (D.R. 28/2010) Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2010 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (14 Oktober 2010)[ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]
3. (D.R. 32/2010) Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010 [ Kementerian Kewangan ]
0 comments:
Post a Comment