Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 2 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Tuan Haji Mohd
Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan perancangan Kementerian bagi melahirkan atlet negara berprestasi
tinggi semenjak alam persekolahan lagi dan nyatakan setakat ini bilangan atlet
berprestasi tinggi dan bidang sukan yang telah dikenal
pasti mampu melonjakkan nama negara di bidang sukan antarabangsa.[ Soalan Tambahan : BN Sabak Bernam, PKR Bukit Katil ]
2. Dr. Ong Kian Ming
[ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah yang akan
dilakukan untuk menghukum orang yang menggunakan ijazah palsu atau pun ijazah
daripada universiti yang tidak diiktiraf seperti mana yang diamalkan di
Singapura.[ Soalan Tambahan : DAP Serdang ]
3. Dato' Ahmad Fauzi
bin Zahari [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status kejayaan
enam agensi awam iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji
(LTH), UDA Holdings Berhad, Perbadanan Nasional Berhad FELDA dan RISDA yang
diwujudkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sama ada benar-benar telah
mencapai matlamat Kerajaan dalam mengurangkan serta membasmi kejayaan dan menyusun
semula masyarakat daripada aspek keseimbangan ekonomi.[ Soalan Tambahan : BN Setiawangsa, PKR Nibong Tebal ]
4. Tuan Ng Wei Aik [
Tanjong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada
Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) di benarkan
untuk menukar tarif elektrik bagi kegunaan harta-harta bersama (seperti
koridor, lif, pam air dan sebagainya) dari jenis tarif komersial kepada jenis
tarif domestik.[ Soalan Tambahan : DAP Tanjong, BN Kuala Selangor ]
5. Dato' Hasbullah
bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bahawa masalah
pengangguran di negara adalah rendah dan terkawal jika hendak dibanding dengan
negara-negara luar yang maju. Apakah langkah-langkah dan juga program-program
yang sedang dan akan diadakan dalam mengurangkan peratus pengangguran terutama
di kalangan siswazah.[ Soalan Tambahan : BN Gerik ]
6. Puan Hajah Zuraida
binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan permohonan Perintah Perlindungan
Interim (IPO) yang diterima dan ditolak majistret dari 1 Januari 2010 sehingga
31 Julai 2013 mengikut negeri serta suspek yang ditahan kerana melanggar IPO.[ Soalan Tambahan : PKR Ampang, BN Masjid Tanah ]
7. Tuan Haji Shabudin
bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah
Kementerian bercadang untuk menggunakan sistem merit mengikut kaum dan kawasan
di Malaysia untuk kemasukan pelajar ke IPTA dan sekiranya ada, bilakah ia akan
dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : DAP Tasek Gelugor, PKR Bayan Baru ]
8. Tuan Mohamed
Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
(a) adakah
Kementerian akan membenarkan pihak CTOS meneruskan operasi menyimpan maklumat
peribadi dalam data maklumat mereka dan digunakan secara tidak wajar untuk
tujuan perniagaan atau keuntungan yang lumayan; dan
(b) adakah
Kementerian sedar bahawa perniagaan yang CTOS jalankan adalah melibatkan
pencerobohan privasi peribadi seseorang.[ Soalan Tambahan : PAS Sepang ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
36. Dato' Haji Mahfuz
bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes
jenayah berat yang telah berlaku sepanjang tahun 2010 hingga 2013 serta sejauh
manakah taraf keselamatan awam di negara ini mengikut indeks negara dan bandar
raya selamat di dunia.
42. Dato' Kamarudin
bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan
bercadang untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di
Pengkalan Chepa dan apakah sebab-sebab yang menghalang pemanjangan landasan
tersebut.
45. Tuan Ahmad Marzuk
bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik
kemalangan kereta mengikut kategori jenama dan umur kereta. Apakah langkah
Kerajaan dalam memastikan kereta keluaran tempatan memenuhi ciri-ciri
keselamatan yang tinggi.
56. Tuan Wan Hasan
bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mekanisme tersebut
yang diguna pakai bagi penyelesaian masalah tanah generasi pertama Felda yang
melibatkan penceraian dan yang ketiadaan pewaris.
61. Raja Dato'
Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
kenapakah mengikut peruntukan dalam Petroleum Development Act 1974 di bawah
Perkara Lima (5) di mana peruntukan untuk menubuhkan Petroleum Advisory Council
yang terdiri daripada negeri-negeri atau pihak-pihak yang berkenaan yang
mempunyai kepentingan sehingga hari ini belum diwujudkan dan adakah Kerajaan
bercadang untuk menubuhkannya.
77. Dato' Seri Abdul
Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah maklum balas
Kerajaan terhadap laporan bersama Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi
(IDEAS) dan Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) sebagai badan pemantau pilihan raya
yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), yang menyimpulkan Pilihan
Raya Umum ke-13 sebagai agak bebas tetapi tidak adil.
78. Dr. Hajah Siti
Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah
penerima BR1M 2.0 dan jumlah murid sekolah yang menerima bantuan RM100. Berapakah
keseluruhan perbelanjaan untuk kedua-dua program tersebut.
82. Tuan Wan Hasan
bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah
peneroka Felda di Terengganu yang tidak menyerahkan urus tadbir ladang dan
kenapakah pihak Felda tidak membantu golongan ini tidak dibantu untuk proses
tanam semula.
85. Dr. Mohd Hatta
bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha SPR dalam
melaksanakan proses persempadanan semula bagi menjamin kerusi yang diperoleh
dalam pilihan raya itu sejajar dengan undi yang diberikan rakyat kepada sesuatu
pihak yang bertanding sesuai saranan Suruhanjaya Reid bahawa setiap undi itu
harus mempunyai nilai setara.
97. Dr. Mohd Hatta
bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) mengapakah SPR
enggan menjalankan proses persempadanan semula sebelum PRU-13 pada tahun 2013
sedangkan tempoh interval 8 tahun telah luput selepas persempadanan pada 2003
sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan;
dan
(b) adakah SPR telah
melanggar Perkara 113 Perlembagaan tersebut.
106. Tuan Haji
Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
mendedahkan projek-projek pembinaan sekolah yang tidak dapat disiapkan dalam
tempoh yang dijanjikan dari tahun 2010 hingga Jun 2013.
108. Dr. Haji Izani
bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN
INDUSTRI menyatakan sejauh mana Kerajaan meneliti kesan perjanjian TPPA ke atas
kos ubat-ubatan dan peralatan perubatan.
114. Dr. Haji Izani
bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN
INDUSTRI menyatakan apakah insentif-insentif yang diberikan oleh pihak Kerajaan
bagi menaik taraf kawasan perindustrian Pengkalan Chepa supaya mampu bersaing
ke peringkat antarabangsa.
119. Dato’ Dr. Nik
Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
berapa banyak kes-kes pembunuhan atau cubaan membunuh menggunakan senjata api
dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Dari bilangan ini berapa banyakkah
kes-kes yang dapat diselesaikan dan pembunuh dapat ditangkap.
126. Dato' Takiyuddin
bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan
bercadang untuk mengadakan Peraturan bagi membenarkan Penukaran Nombor
Kenderaan Bermotor (interchange) antara nombor kenderaan yang sudah berdaftar
dengan nombor lain yang juga sudah berdaftar.
152. Tuan Ahmad
Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) jumlah dan status
siasatan laporan polis berkaitan kesalahan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum
ke-13; dan
(b) berapakah kes
yang telah dibuat pendakwaan dan telah pun dijatuhkan hukuman.
153. Tuan Idris bin
Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
faktor-faktor yang menyebabkan kemiskinan di kalangan Bumiputera masih tinggi
walaupun negara sudah merdeka selama 56 tahun.
161. Dr. Che Rosli
bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan:-
(a) status terkini
(2013) penjanaan tenaga elektrik yang disambung ke sistem Grid Nasional dan
jumlah permintaannya; dan
(b) keupayaan atau
pecahan penjanaan tenaga elektrik oleh TNB dan Loji Penjanaan IPP serta kos
yang ditanggung oleh masingmasing.
166. Tuan Haji Khalid
bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan isu KUDETA
Mesir (Rampasan Kuasa Mesir).
172. Dato' Takiyuddin
bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Jawatankuasa
Khas Mengkaji Isu Bayaran Tunai Daripada Hasil Petroleum kepada negeri-negeri
Pantai Timur Semenanjung yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
baru-baru ini sudah bermesyuarat, jika sudah bermesyuarat apakah statusnya dan
kedudukannya sekarang.
173. Dato' Dr.
Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
TANI menyatakan usaha-usaha meningkatkan kehidupan petani, pesawah dan nelayan.
b. RANG UNDANG-UNDANG
KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Kesihatan
* Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013
Usul 12 (1) bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan CPA & Ucapan penangguhan.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 8/2013) Rang
Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 - Menyambung
semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali
yang kedua sekarang” (1 Oktober, 2013) [ Menteri Dalam Negeri ]
[ Sambungan Perbahasan - BN Baling, DAP Puchong ]
[ Rehat ]
[ DAP Puchong, BN Tanjong Karang, PKR Gombak ]
[ Penggulungan - DAP Bagan, PAS Temerloh, PKR Batu, PAS Kota Bharu, DAP Bukit Gelugor, DAP Beruas, BN Pengerang, BN Kinabatangan, PKR Bukit Katil, DAP Kulai, DAP Taiping, DAP Puchong, PKR Gombak, DAP Ipoh Barat, PKR Subang ]
Undi - Sokong 115 Bantah 66 - Lulus
[ Peringkat Jawatankuasa ]
Fasal 3 - PAS Sepang - BN Tanjong Karang, DAP Puchong ] [ Penggulungan -... ] - Undi - Sokong 64 Bantah 113 - Di Tolak
[ Seksyen 3 - PAS Tumpat, PKR Gombak, BN Tanjong Karang ] [ Penggulungan -...]
Fasal 4 - 5
Fasal 6 - Pindaan oleh Menteri Dalam Negeri - PKR Subang, PKR Batu - Penggulungan - PKR Batu
Fasal 7 - 8 - Lulus
Fasal 9 - Pindaan - Lulus
Fasal 10 - Lulus
Fasal 11 - PKR Subang - PKR Padang Serai - Tidak Setuju
Pindaan oleh Menteri - PKR Batu
Fasal 12 & 13 - DAP Taiping - PKR Padang Serai,
Ucapan-Ucapan Penangguhan :-
1. Tajuk :- Tapak Pelupusan Sampah Haram Sg Klang, PJS3. Oleh :- YB Tuan Hee Loy Sian (PKR Petaling Jaya Selatan)
2. Tajuk :- Isu Yang Akan Membantu Kanak-Kanak Mendapatkan Persekolahan. Oleh :- YB Tuan Sim Tze Tzin (PKR Bayan Baru)
0 comments:
Post a Comment