Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 3 Okt. 2013
Usul menangguhkan Perbahasan Rang Undang-Undang mengikut aturan mesyuarat 1 hingga 12 dan menyambung perbahasan atas usul kementerian kewangan kemudian dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan di tetapkan.
a. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk Bung Moktar
bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha
Kerajaan dalam membantu belia-belia luar bandar untuk turut sama terlibat dan
berpeluang meneroka industri sukan negara memandangkan kebanyakan belia luar
bandar tidak dapat diketengahkan untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang
sukan seperti mana yang pernah dilakukan dalam program My Team disebabkan
kedudukan geografi dan infrastruktur yang masih berada dalam keadaan yang serba
kekurangan.[ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, ]
2. Puan Siti Zailah
binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
menyatakan tentang projek Tebatan Banjir Sungai Golok Rantau Panjang yang
tertangguh sekian lama menyebabkan kerugian besar akibat banjir sedangkan
kerajaan Thailand telah pun menyiapkannya, kesannya air banjir melimpahi
sempadan negara kita dan menjejaskan operasi perkhidmatan agensi Kerajaan dan
perniagaan serta pertanian rakyat tempatan. Bilakah projek tebatan banjir akan
dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang, BN Baling ]
3. Tuan Liang Teck
Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha yang
diambil bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya ubat yang
diharamkan tidak mudah diakses melalui laman web oleh kalangan orang awam.[ Soalan Tambahan : BN Simpang Renggam, PAS Tumpat ]
4. Tuan Shamsul
Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
berapakah jumlah bayaran yang telah dibuat kepada agensi perhubungan awam untuk
menghasilkan tema : "Endless Possibilities" iaitu tema sama yang
digunakan sewaktu kempen "Eye on Mongolia" pada Ogos 2011 dan juga
Israel.[ Soalan Tambahan : PKR Bukit Katil, BN Kuala Kangsar ]
5. Datuk Jumat bin
Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) apakah punca
begitu banyak penangguhan penerbangan awam yang berlaku semenjak kebelakangan
ini; dan
(b) apakah langkah
Kementerian untuk menyelesaikan perkara ini.[ Soalan Tambahan : BN Sepanggar, DAP Ipoh Barat ]
6. Tuan Sim Tze Tzin
[ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah dasar-dasar
Kerajaan tentang isu perumahan pekerjapekerja asing. Bagaimanakah untuk
menyelesaikan masalah pekerja asing yang membanjiri kawasan rumah kos rendah,
rumah pangsa dan tamantaman perumahan.[ Soalan Tambahan : PKR Bayan Baru, BN Pasir Gudang ]
7. Dato' Ir. Haji
Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN
INDUSTRI menyatakan apakah benar Kerajaan akan menghentikan pembuatan kereta
jenis Proton Perdana. Adakah Kerajaan akan menggantikan kenderaan Kerajaan dari
jenis Proton
Perdana kepada jenis
Honda Accord. Adakah ini menunjukkan bahawa Kerajaan tidak menyokong syarikat
Proton sebagai sebuah syarikat kereta nasional.[ Soalan Tambahan : BN Langkawi ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
8. Dr. Haji Izani bin
Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN
KOMODITI menyatakan kadar pertumbuhan industri hiliran dalam bidang pembalakan
dan perkayuan di Malaysia.
30. Dato' Kamarudin
bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian
akan meluluskan pendaftaran Parti Pakatan Rakyat.
35. Puan Siti Zailah
binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan
apakah usaha dan tindakan Kerajaan Malaysia dalam membantu keganasan terhadap
umat Islam dalam krisis di Mesir dan Syria.
57. Dato' Seri Abdul
Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian
terkini Kerajaan terhadap Resolusi Amman Message yang turut dipersetujui oleh
Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan apakah usaha-usaha
Kerajaan untuk menyahut resolusi tersebut.
63. Tuan Haji Khalid
bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan adakah benar tarif elektrik akan dinaikkan dan nyatakan alasan
kenaikan.
64. Tuan Mohamed
Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan
bersedia mengakui bahawa keputusan Fitch Ratings yang merendah taraf (
downgraded ) wajah (outlook) Malaysia daripada stabil kepada negatif berpunca
dari ketiadaan disiplin fiskal (lack of fiscal discipline) oleh Kerajaan dan
juga meletakkan perkembangan ekonomi negara dalam risiko yang tinggi.
76. Tuan Ahmad Marzuk
bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan
kawasan penanaman kelapa sawit yang dikenalpasti melakukan pembakaran terbuka
sehingga menyebabkan keadaan jerebu setempat. Nyatakan jumlah operasi pemantauan
dan
penguatkuasaan di
kawasan penanaman kelapa sawit oleh Jabatan Alam Sekitar.
77. Dr. Mohd Hatta
bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) faktor yang
menghalang SPR untuk mendaftarkan warganegara secara automatik apabila mencapai
usia 21 tahun memandangkan sistem SPR telah diselaraskan dengan sistem ALIS di
JPN; dan
(b) sama ada SPR
bercadang mengkaji semula status pemilih dalam Daftar Pemilih Induk untuk
menghapuskan kewujudan pengundi hantu.
81. Tuan Wan Hasan
bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapa berlaku
perbezaan dalam kos petisyen PRU-13.
91. Tuan Wan Hasan
bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah
Terengganu telah menerima Wang Royalti (Ehsan) sejak tahun 2000-2012 dan
nyatakan projek-projek dan kos setiap projek pembangunan yang dijalankan
menggunakan peruntukan tersebut.
94. Tuan Idris bin
Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara jelas
kadar kemiskinan mengikut negeri-negeri di Malaysia dari 2000 sehingga kini.
100. Tuan Haji
Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah
peruntukan yang diberikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi Awam dari tahun 2010-2012.
103. Dr. Mohd.
Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
perkembangan terkini Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
109. Dato' Dr.
Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
perkembangan Kolej Vokasional dan sambutan yang diterima daripada pelajar
lepasan SPM.
113. Tuan Idris bin
Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa Jabatan
Kerja Raya membina pembahagi jalan sebelum jalan dilebarkan di Simpang Halt ke
Aulong (Jalan Utama Butterworth-Ipoh) sehingga kerap berlaku kemalangan di
tempat tersebut.
117. Tuan Ahmad
Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan 20 daerah terbanyak penerima bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Nyatakan nisbah terkini pegawai kebajikan dan penerima
bantuan bagi
setiap pejabat JKM
Daerah.
121. Dato' Dr.
Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA
DAN MASYARAKAT menyatakan apakah faktor keganasan rumah tangga dan usaha
mengurangkannya.
129. Raja Dato'
Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
memandangkan kebanyakan negara-negara pengeluar minyak dunia secara puratanya
tidak menggunakan lebih dari 38% pendapatan tahunan minyak negara mereka,
adakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk berbuat perkara yang sama juga
memandangkan sekarang ini tiada (limit) had yang ditetapkan dan sering
peratusan wang minyak yang digunakan Kerajaan Malaysia jauh melebihi daripada
50%.
135. Tuan Nik Mohamad
Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan
peruntukan yang telah diberikan kepada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia
Malaysia bagi membiayai kajian-kajian baru dalam tempoh 2010-2012.
137. Dr. Hajah Siti
Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
dana-dana dan program-program yang diadakan khusus untuk rakyat berketurunan
India yang miskin untuk
melanjutkan
pendidikan dan juga untuk mempertingkatkan ekonomi mereka.
138. Raja Dato'
Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian
bagi menggalakkan usahawan-usahawan Bumiputera tempatan menubuhkan syarikat
pasar raya tempatan Bumiputera untuk bersaing dengan syarikat-syarikat pasar
raya terkenal dan antarabangsa memandangkan kesukaran yang dihadapi oleh
syarikat-syarikat tempatan berbuat demikian hari ini.
144. Tuan Nik Mohamad
Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan
jumlah projek pembinaan kompleks sukan yang masih terbengkalai atau tertunda
dari tahun 2008-2012.
151. Dato' Takiyuddin
bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kerajaan
Persekutuan akan melanjutkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sehingga
ke negeri Kelantan memandangkan jumlah Aliran Trafik ke negeri-negeri di Pantai
Timur semakin meningkat dengan pesatnya, terutamanya di musim perayaan.
168. Dato’ Dr. Nik
Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan berapa luaskah tanah-tanah yang digunakan untuk penanaman
padi di Malaysia (mengikut negeri-negeri). Berapa luas pula tanah-tanah ini
menjadi bendang terbiar atau ditukar guna kepada pertanian dan pembangunan.
Apakah sebab-sebab petani-petani meninggalkan usaha menanam padi.
b. Perbahasan
Usul dan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua
1. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun
Keseksaan (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ][ Tangguh ]
2. (D.R. 11/2013) Rang Undang-undang Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri ][ Tangguh ]
3. (D.R. 14/2013) Rang Undang-undang Penjara (Pindaan)
2013 [ Menteri Dalam Negeri ][ Tangguh ]
4. (D.R. 10/2013) Rang Undang-undang Kanun Tatacara
Jenayah (Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ][ Tangguh ]
5. (D.R. 12/2013) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan)
2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ][ Tangguh ]
6. (D.R. 13/2013) Rang Undang-undang Bahan-bahan
Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Dalam Negeri
][ Tangguh ]
7. (D.R. 15/2013) Rang Undang-undang Lambang dan Nama
(Mencegah Penggunaan Tak Wajar)
(Pindaan) 2013 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ][ Tangguh ]
8. (D.R. 16/2013) Rang Undang-undang Rumah Perjudian
Terbuka (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ][ Tangguh ]
9. (D.R. 17/2013) Rang Undang-undang Loteri (Pindaan)
2013 [ Menteri Kewangan ][ Tangguh ]
10. (D.R. 18/2013) Rang Undang-undang Pertaruhan Pool
(Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ][ Tangguh ]
11. (D.R. 19/2013) Rang Undang-undang Fi (Jabatan
Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 [ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan][ Tangguh ]
12. (D.R. 20/2013) Rang Undang-Undang Dadah
Berbahaya (Pindaan) 2013 [ Menteri Kesihatan ]
[ Tangguh ]
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan Usul Menteri Dan Ucapan-Ucapan Penangguhan.
Usul 20 Oleh DAP Ipoh Barat mengenai Jawapan Bertulis oleh Menteri.
Usul 18(1) mengenai masalah Hospital Umum Sarawak ( Mesin Radio Tarapi ) oleh DAP Bandar Kuching.
13. Menteri Kewangan akan mencadangkan:
“Bahawa Majlis ini akan mengambil ketetapan iaitu
menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam
1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini
sebagai Kertas Statut bil.ST.47, ST.48, ST.49, ST.50 dan ST.51 tahun 2013
disahkan”.
[ Perbahasan - PAS Tumpat, DAP Kepong, PKR Bayan Baru ]
[ Penggulungan - BN Jasin, BN Kinabatangan, PKR Bukit Katil, BN Titiwangsa, PKR Kuala Kedah, ]
Ucapan-Ucapan Penangguhan :-
1. Tajuk :- Peningkatan Taraf Penyelenggaraan Kemudahan Awam di Bandar Awam.
Oleh :- YB Tuan Er Teck Hwa ( DAP Bakri )
2. Tajuk :- Pendekatan Pengagihan Kuasa Pasaran Ke Negeri Bantu Selesai Masalah Perumahan.
Oleh :- YB Tuan Shamsul Iskandar Mohd Akin ( PKR Bukit Katil )
0 comments:
Post a Comment