Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 29 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit
Sulong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan dan program yang
dijalankan oleh Kerajaan terhadap wanita tempatan yang menjadi mangsa
pemerdagangan manusia.[ Soalan Tambahan : BN Parit Sulong, DAP Kepong ]
2. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu
Kawan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah inisiatif realistik
untuk menubuhkan pasukanpasukan khas untuk menangani masalah 'rempit' di
Malaysia, kos yang terlibat untuk menangani masalah ini serta usaha menangani
gejala “dropout” dari sekolah yang biasanya akan direkrut ke dalam geng
jenayah.[ Soalan Tambahan : DAP Batu Kawan, BN Jerlun ]
3. Datuk Johari bin Abdul Ghani [
Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) bajet kewangan DBKL bagi Tahun 2013
adalah berjumlah RM2.188 bilion ringgit. Daripada jumlah ini, berapakah peruntukan
yang diagihkan bagi tujuan penyelenggaraan Perumahan Awam (PA) dan Projek
Perumahan Rakyat (PPR) yang dilihat memerlukan penyelenggaraan berkala bagi
menjamin keselesaan dan keselamatan penduduk ; dan
(b) berapa pula jumlah peruntukan pihak
DBKL untuk tujuan kebersihan di Bandaraya Kuala Lumpur.[ Soalan Tambahan : BN Titiwangsa, PAS Kota Bharu ]
4. Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal
] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha yang
dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan tanah terbiar di seluruh negara yang
berpotensi dimajukan untuk projek-projek pertanian.[ Soalan Tambahan : PKR Nibong Tebal, BN Baling ]
5. Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ]
minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status jawatankuasa khas yang telah
ditubuhkan untuk menyiasat punca kemalangan bas Genting Highlands pada 21 Ogos
serta menjelaskan mengapa pemandu bas yang disahkan mempunyai rekod kesalahan
dibenarkan memandu bas tersebut. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh
pihak Kementerian agar kejadian sebegini tidak akan berulang lagi.[ Soalan Tambahan : BN Bentong, DAP Bukit Bintang ]
6. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota
Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah rakyat berpendapatan rendah yang
berdaftar dengan pengkalan daftar e-KASIH dan sejauh mana dan bagaimana data
dan sistem e-KASIH ini dimanfaatkan dalam menjejak dan membantu golongan ini.[ Soalan Tambahan : PAS Kota Raja, BN Kepala Batas]
7. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek
Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status cadangan
pembangunan Sek. Men. Keb. Agama (SMKA) di Seberang Perai Tengah dan kemudahan
lain yang berkaitan di atas tapak No. H.S(D) 48862, Lot PT11, Mukim 18 Daerah
Seberang Perai Utara. Sekiranya ada, bilakah cadangan ini akan dilaksanakan.[ Soalan Tambahan : BN Tasek Gelugor, DAP Ipoh Barat ]
8. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah tempoh pelaksanaan dan usaha memperbaiki
MRR2 Kepong, jumlah kosnya, kontraktor-kontraktor dan pampasan yang dituntut
kerana kerja memperbaiki keretakkannya.[ Soalan Tambahan : DAP Kepong ]
9. Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang
] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah doktor pakar yang berkhidmat di
Hospital Kapit dan Hospital Belaga dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk
membesarkan saiz kedua-dua hospital ini bagi menampung jumlah pesakit yang
semakin bertambah di kawasan ini.[ Dikemukakan Tanpa Soalan Tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
24. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [
Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
apakah langkah perlindungan untuk melindungi sektor yang mudah terjejas jika
TPPA dilaksanakan seperti sektor industri automobil dan pengeluaran beras
tempatan yang bakal menghadapi saingan hebat dari produk dari negara maju.
36. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [
Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah syarat dan
kriteria yang masih diperlukan oleh Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota
Bharu, Kelantan bagi membolehkan ia digunakan sebagai pengkalan untuk bakal
haji menuju terus ke Mekah.
54. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [
Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah
perundingan telah dibuat dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri sebelum Malaysia
menyertai siri perundingan Trans Pasific Patnership Agreement
(TPPA).
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.
b. Perbahasan Rang Undang-undang dan
Usul-Usul
1. (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang
Perbekalan 2014 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang
Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (28 Oktober, 2013)
DAN Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan
dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen
4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu
suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh enam bilion empat ratus
sembilan puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu
ringgit (RM46,499,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi
tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang
dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan 2014, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42
Tahun 2013, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan
jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam
dan tujuh senarai tersebut.” Menyambung semula Perbahasan atas masalah (28
Oktober, 2013)
[ Sambungan Perbahasan - PAS Rantau Panjang, BN Titiwangsa, DAP Ipoh Barat, BN Putatan ] [ Rehat ]
[ Perbahasan - BN Putatan, PKR Sungai Siput, BN Batu Sapi, PKR Kelana Jaya, BN Johor Bahru, DAP Bandar Kuching, BN Sipitang, PAS Bukit Gantang, BN Bagan Serai, PKR Selayang, BN Jasin, DAP Taiping, BN Labis, PAS Temerloh, BN Parit Sulong ]
Dewan Ditangguhkan pada jam 9.30 malam.
0 comments:
Post a Comment