Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 22 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun
Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah strategi
khusus Kementerian dalam memupuk minat dan membudayakan para pelajar di dalam
bidang rekaan, inovasi, penciptaan dalam sains dan teknologi. [ Soalan Tambahan : BN Kota Tinggi, DAP Kepong ]
2. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan secara terperinci kos yang
terlibat serta perkembangan terkini rancangan Program Angkasawan Negara Ke-2. [ Soalan Tambahan : DAP Rasah, BN Merbok ]
3. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur
bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bolehkah Kementerian menyenaraikan
projek infrastruktur yang telah dan akan dilaksanakan dalam program ESSCOM
Sabah; dan
(b) berapakah nilai projek-projek
berkenaan dan apakah kaedah pelantikan kontraktor-kontraktor pelaksananya. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Ipoh Barat ]
4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching
] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah FDI
(Foreign Direct Investment) negara kita dalam tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013
(hingga 30hb September, 2013). Apakah angka pecah untuk masing-masing negeri
dan wilayah di negara kita. [ Soalan Tambahan : DAP Bandar Kuching, BN Kota Tinggi ]
5. Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim
[ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan langkah yang diambil bagi membendung tindakan sesetengah pihak yang
cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang ekoran tindakan Kerajaan untuk
menyelaraskan harga subsidi minyak serta kenyataan pemaju perumahan yang
berhasrat menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus atas alasan yang sama. [ Soalan Tambahan : BN Baling, PAS Bukit Gantang ]
6. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar
] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah terperinci yang
diambil oleh Kerajaan untuk meringankan beban pesakit kanser, memandangkan
pesakit kanser memerlukan rawatan dan pembedahan yang berkos tinggi dan ini
telah membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana; dan
(b) usaha-usaha terperinci yang diambil
oleh Kerajaan untuk membawa kesedaran masyarakat umum mengenai penyakit kronik
ini. [ Soalan Tambahan : PKR Kapar ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul
Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pelan tindakan pihak
Kementerian untuk membasmi kegiatan jenayah dan gengsterisme di kalangan belia.
32. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [
Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan
perkara yang terangkum dalam 5 strategi Memperkasakan Ekonomi Bumiputera
seperti yang diumumkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 14 September
2013 yang lalu.
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan
Usul-Usul
1. (D.R. 9/2013) Rang Undang-undang Kanun
Keseksaan (Pindaan) 2013 Menyambung semula Perbahasan atas
masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua
sekarang” (21 Oktober, 2013)
[ Sambungan Perbahasan Semalam - DAP Bandar Kuching, PAS Pengkalan Chepa, PAS Bukit Gantang, BN Setiu, DAP Bagan PKR Kuantan ]
[ Rehat ]
[ PKR Kuantan, BN Bagan Serai, PKR Batu Pahat, BN Masjid Tanah, PKR Kapar, PKR Bayan Baru, DAP Kulai ]
[ Penggulungan - ] - Usul 54(2) membawa RUU ke Jawatan Khas - Di Tolak
[ Peringkat Jawatankuasa - ]
Dewan ditangguhkan pada jam 8.20 malam.
0 comments:
Post a Comment