Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 24 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan William @ Nyallau anak Badak [
Lubok Antu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah
status pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah
diluluskan semenjak tahun 2009 di kawasan Titok, Bunuk Begeing, Brenggang,
Gelong dan Bukit Tungku setakat ini.[ Soalan Tambahan : BN Lubuk Antu, DAP Ipoh Barat ]
2. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [
Raub ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sejak 2012 berapakah jumlah premis
yang dibina atau disediakan di bawah EPP2 iaitu pasar-pasar komuniti dan
karavan; dan
(b) adakah pihak Kementerian bercadang
membina premis-premis atau kawasan tetap untuk pasar-pasar komuniti tersebut..[ Soalan Tambahan : DAP Raub, BN Kalabakan ]
3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya
Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pencapaian yang
telah dicapai mengikut program Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar
Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar,
Perluasan Liputan Selular (Time 3) dan Komputer 1Malaysia di bawah Inisiatif
Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)..[ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, DAP Kepong ]
4. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah banduan di setiap penjara di
Malaysia sehingga 30 September 2013. Nyatakan perbelanjaan makanan bagi setiap
banduan setiap hari dan jumlah kos perbelanjaan penjara di seluruh negara bagi
tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013..[ Soalan Tambahan : DAP Seputeh, BN Sri Mersing ]
5. Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman
Said [ Pengerang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah penduduk bandar yang
telah berjaya membeli rumah di bawah pelbagai initiatif-initiatif Kerajaan di
bawah PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Jabatan Perumahan Negara
dalam tempoh bermula Januari 2013 sehingga kini dan apakah perangkaan berkaitan
bagi keseluruhan tahun-tahun 2011-2012 masing-masing; dan
(b) apakah statistik terkini pecahan dan
kadar peratusan penduduk kawasan bandar yang memiliki rumah sendiri berbanding
dengan yang menduduki rumah sewa bagi setiap negeri atau bandar-bandar utama
setiap negeri..[ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PAS Kota Bharu ]
6. Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bilangan Rumah Orang Tua di setiap
negeri; dan
(b) bilangan orang tua di Rumah Orang Tua
di Sibu dan apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi ketidak cukupan tempat
untuk orang tua yang tiada keluarga atau penjaga..[ Soalan Tambahan : DAP Lanang, BN Parit Sulong, BN Bintulu ]
7. Datuk Bung Moktar bin Radin [
Kinabatangan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan
tentang:-
(a) usaha Kerajaan dalam membantu
mempertingkat ekonomi masyarakat luar bandar; dan
(b) langkah-langkah Kementerian dalam
mengeluarkan golongan sasar daripada kepompong kemiskinan..[ Soalan Tambahan : BN Kinabatangan, PAS Temerloh ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [
Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan yang akan diambil
terhadap 198 peminjam-peminjam tegar (sehingga 30 September 2013) pinjaman
pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
27. Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun
] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Projek Kertih-Kuantan Railway tidak
beroperasi sedangkan ia telah menelan belanja lebih RM200 juta dan telah pun
siap.
29. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit
Buntar ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kes tindakan disiplin
melibatkan anggota tentera yang menjejaskan keistimewaannya sebagai pesara
tentera.
38. Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit
Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah panjang landasan
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh (LTSAS) yang mula beroperasi pada 1
November 2012 yang menelan kos sebanyak RM42 juta sehingga yang beroperasi
hanya penerbangan Firefly sahaja.
43. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [
Kubang Kerian ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah
nisbah bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia setahun, dan apakah usaha
yang Kementerian telah laksanakan untuk meningkatkannya.
48. Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [
Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan jangka panjang untuk
memperkasakan institusi media Islam khususnya TV Al-Hijrah dan Radio Institut
Kefahaman Islam Malaysia.
49. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu
Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah
dan usaha-usaha yang diambil dalam pemuliharaan sungai-sungai bagi menjamin
bekalan air bersih dan sungai yang cantik untuk aktiviti rakyat.
53. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [
Sepang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) statistik jenayah pecah rumah bagi
tahun 2012 -2013 di Kawasan Parlimen Sepang; dan
(b) di manakah di kawasan Parlimen Sepang
dikira kawasan “hot spot” jenayah.
Usul 12(1) bahawa dewan tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Agenda 1 & 2 mengikut aturan Urusan Mesyuarat.
b. Perbahasan Rang Undang-Undang dan
Usul-Usul
1. (D.R. 11/2013) Rang
Undang-undang Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 - Menyambung
semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undangundang ini
dibacakan kali yang kedua sekarang” (23 Oktober, 2013)
[ Perbahasan - BN Jasin, PAS Sepang, PKR Bayan Baru, BN Setiu, PKR Bukit Katil, DAP Tanjong ]
[ Penggulungan - DAP Beruas, PAS Sepang, PAS Kota Bharu, DAP Beruas, PKR Padang Serai ]
2. (D.R. 14/2013) Rang
Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 [
Menteri Dalam Negeri ]
[ Perbahasan - DAP Seputeh, DAP Puchong, BN Kinabatangan, DAP Bakri, PKR Kapar, DAP Kulai, PKR Batu, PKR Padang Serai ] - Lulus
[ Penggulungan - ]
0 comments:
Post a Comment