Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ] 1 Okt 2013
a. Pertanyaan bagi
jawab lisan
1. Datuk Seri
Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) bagaimana dengan
ada pihak-pihak berkuasa seperti polis trafik, JPJ, SPAD, LPKP dan perkhidmatan
online, seorang pemandu yang memiliki 16 saman (belum dijelaskan), dari 3
negeri (Johor, Selangor dan Melaka), masih boleh memandu bas pelancong yang
mengakibatkan tragedi kemalangan Genting Highlands baru-baru ini (STAR Pg 3
25/08/2013); dan
(b) berapa ramai
lagikah pemandu kenderaan pengangkutan awam yang mempunyai kes tertunggak
dengan pihak-pihak berkuasa tetapi masih memandu pengangkutan awam. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, DAP Ipoh Barat ]
2. Dato' Kamarul
Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN
KOMODITI menyatakan :-
(a) mengapa kadar
perahan minyak kelapa sawit (OER) diturun daripada 18.7% kepada 17.5% sedangkan
kadar prorata Malaysia hanya turun daripada 20.13% kepada 19.72%; dan
(b) mengapa
"processing fee" kepada pekebun kecil dinaikkan daripada RM50 kepada
RM60 per tan (FFB).[ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, BN Parit Sulong, BN Jerlun ]
3. Datuk Zahidi bin Zainul
Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-
(a) bilangan pakar
perubatan tradisional Melayu-Islam yang telah diiktiraf oleh Kementerian
berbanding pakar-pakar daripada perubatan tradisional yang lain serta adakah
ada kerjasama yang dijalinkan di antara Kerajaan dengan mereka; dan
(b) berdasarkan
maklumat, didapati Kementerian kurang memberi perhatian terhadap penglibatan
pakar perubatan tradisional Melayu-Islam, dari sudut pengiktirafan kepakaran,
produk ubatan dan sokongan terhadap aktiviti berkaitan. Mengapa ini berlaku.[ Soalan Tambahan : BN Padang Besar, PAS Kota Raja ]
4. Tuan M.
Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-
(a) kursus-kursus
yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Mara; dan
(b) bilangan pelajar
dalam kursus-kursus ini mengikut kaum bagi pelajar-pelajar tempatan dan luar
negara.[ Soalan Tambahan : DAP Ipoh Barat, BN Mersing ]
5. Datuk Raime bin
Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-
(a) kos perbelanjaan
bulanan dan tahunan operasi, pentadbiran dan pengurusan BERNAMA TV pada 2008,
2009, 2010, 2011, 2012 dan lapan bulan pertama tahun 2013; dan
(b) apakah
pembaharuan-pembaharuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan BERNAMA TV
dalam usaha saluran berita rasmi Kerajaan itu berdaya saing dengan saluran
berita antarabangsa seperti CNN, Al Jazeera, Sky News dan BBC.[ Soalan Tambahan : BN Tenom, PKR Bukit Katil ]
6. Dr. Mohd.
Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan penerima dan nilai rumah bantuan nelayan bagi Parlimen
Kuala Nerus pada tahun 2012/2013 serta bagaimana kaedah pemilihan tersebut.[ Soalan Tambahan : PAS Kuala Nerus, Sibuti ]
7. Dato' Seri Tiong
King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah pihak
Kerajaan berhasrat untuk membina kuarters kediaman kepada kakitangan Kerajaan
Persekutuan yang berkhidmat di Bahagian Bintulu, Sarawak pada masa terdekat
ini; dan
(b) berapa jumlah
kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Bintulu yang masih belum
mendapat kuarters kediaman tersebut.[ Soalan Tambahan : BN Bintulu ]
Soalan MP PAS yang
disenaraikan:
12. Tuan Idris bin
Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan benarkah
Kementerian bercadang untuk mahasiswa Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi
diberi elaun semasa mereka belajar di IPG kerana lebihan tenaga guru.
18. Dr. Hajah Siti
Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dan jenis
subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia dan bagaimanakah Kerajaan
bercadang untuk mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah berikutan
kenaikan minyak pada 2 September 2013.
22. Dato' Kamarudin
bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan
sama ada Kementerian sedar bahawa dalam pemberian pelbagai subsidi kepada
petani, sering berlaku diskriminasi di mana petani yang disyaki menyokong parti
pembangkang dinafikan subsidi dan apakah cadangan Kementerian untuk
memberhentikan amalan ini.
50. Dr. Haji Izani
bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
TANI menyatakan usaha kementerian untuk menyuburkan pembiakan hasil laut dan
meningkatkan kuantiti hasil laut bagi menjamin masa depan nelayan pantai.
55. Dr. Che Rosli bin
Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) berapakah jumlah
kematian akibat dari serangan menggunakan senjata api yang berleluasa sepanjang
2013 ini; dan
(b) apakah
langkah-langkah Kerajaan dalam membendung jenayah senjata api mutakhir ini.
56. Dato' Haji Mahfuz
bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah PATI warga
Indonesia yang berdaftar dalam Program Amnesti 6P dan berapakah yang terima
permit kerja serta berapa yang pulang ke Indonesia.
62. Dr. Haji Izani
bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
statistik gejala berunsur jenayah di sekolahsekolah di seluruh negara mengikut
negeri-negeri dan tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi
mengatasi masalah-masalah tersebut.
65. Dr. Hajah Siti
Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan
proses pembangunan dan mekanisme yang digunakan untuk membangunkan Kampung
Baru. Adakah Akta Pengambilan Tanah akan digunakan untuk mengambil tanah MAS di
Kampung Baru ini dalam proses pembangunan tersebut.
69. Dr. Mohd Hatta
bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI
DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah yang akan diambil bagi mengelakkan kenaikan
harga barangan keperluan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.
76. Dato' Seri Abdul
Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah
Kementerian ada menjalankan penyelidikan berkaitan dengan maklum balas
guru-guru terhadap pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), dan
sekiranya ada apakah tindakan susulan hasil daripada dapatan kajian tersebut.
92. Dato' Seri Abdul
Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan alasan pihak
Kerajaan tidak memanggil sidang tergempar Parlimen walaupun mendapat desakan
dari sebilangan ahli-ahli Parlimen Malaysia.
93. Tuan Ahmad
Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
kebelakangan ini, jenayah menggunakan senjata api semakin banyak terjadi,
apakah punca sebenar yang menyebabkan ianya berlaku dan daripada manakah datangnya
bekalan senjata api yang kelihatannya amat mudah dimiliki.
101. Tuan Haji
Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
kursus-kursus yang diklasifikasikan sebagai kritikal dan telah tepu.
106. Dr. Che Rosli
bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan dan
sumbangan MIGHT (Malaysian Industry-Government for High Technology) kepada
pembangunan negara dan hubungannya dengan Kementerian.
111. Dato' Haji
Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status
perkembangan gedung makanan negara dan apakah sasaran pengeluaran yang
ditetapkan yang melibatkan empat produk bernilai tinggi (high value products)
telah berjaya dicapai.
116. Dato' Kamarudin
bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan
mempunyai perancangan yang konkrit untuk meningkatkan mutu laluan atau laluan
baru kereta api daripada Kuala Lumpur ke Tumpat. Berapa kos yang terlibat dan
kontraktor yang akan dilantik.
119. Tuan Wan Hasan
bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan sejauh manakah Rancangan PPR telah mencapai matlamat untuk membasmi
kemiskinan.
128. Dr. Mohd.
Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
pulangan pelaburan zakat bagi negeri-negeri di Malaysia dari tahun 2010-2012.
134. Dato’ Dr. Nik
Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan adakah bekalan sembelihan korban mencukupi untuk perayaan
Aidil Adha bagi tahun 1434H (2013). Berapa banyakkah lembu yang diimport dari
luar negara.
143. Tuan Nik Mohamad
Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan
jumlah permohonan yang memohon Program Felo Perdana baru-baru ini.
151. Tuan Mohamed
Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-
(a) berapakah jumlah
pampasan yang wajib dibayar oleh Kementerian jika Kerajaan bersetuju untuk
mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES);
dan
(b) berapakah kos
sebenar yang telah dibelanjakan oleh syarikat bagi pemasangan AES ini dan
setakat Ogos 2013 berapakah jumlah kutipan saman AES yang telah dibayar kepada
Syarikat pengendali AES.
163. Tuan Idris bin
Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan kenapa TNB perlu menaikkan tarif elektrik sedangkan saban tahun TNB
mengaut keuntungan yang memberi kesan kepada kenaikan kos pengguna di negara
ini.
166. Raja Dato'
Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
adakah Kementerian menjalankan kajian aspek "viability" serta
"sustainability" dalam perancangan menempatkan pegawaipegawai kastam
di sebuah pusat bebas cukai di Hutan Pulau Bayas Tasek Kenyir Terengganu yang
sedang dibina sekarang memandangkan kos kewangan dan kesan kerosakan alam
sekitar yang tinggi.
169. Tuan Ahmad
Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan jumlah dan status siasatan laporan polis berkaitan sekatan pemberian
subsidi baja padi di seluruh negara akibat diskriminasi politik. Apakah
tindakan Kementerian dalam memastikan agihan pemberian baja subsidi kepada para
penanam padi dibuat secara adil.
174. Puan Siti Zailah
binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah
Royalti Petroleum untuk negeri Kelantan akan dibayar sebagaimana yang termaktub
dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.
178. Dato' Takiyuddin
bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah
Kerajaan bercadang untuk memberikan Taraf Kewarganegaraan kepada mana-mana ahli
sukan yang bertaraf dunia dari negara-negara luar yang berminat untuk berhijrah
ke negara ini seperti yang diamalkan di beberapa buah negara di dunia.
b. RANG UNDANG-UNDANG
KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan * Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia)
(Pengesahan) 2013.
Usul 18 (1) & (2) oleh PAS Sepang mengenai isu Kematian Pelatih PLKN.
Usul 12 (1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam.
c. Perbahasan Usul
dan Rang Undang2 Bacaan Kali Kedua
1. Menyambung Semula
Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 (D.R. 7/2013)
dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis. (30 September, 2013) [ Menteri Kewangan ]
[ Sambungan Perbahasan - Kementerian Dalam Negeri - PAS Bukit Gantang, PAS Kota Raja, DAP Tanjong, PKR Sungai Petani, PAS Kuala Krai, PKR Petaling Jaya Selatan ]
[ Penggulungan - PKR Subang, PAS Kota Raja, PKR Padang Serai, PAS Sepang ]
Usul 22 oleh PKR Gombak ( DAP Gelang Patah, PKR Subang, PKR Gombak, PKR Padang Serai )
2. (D.R. 8/2013) Rang
Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 [ Menteri Dalam
Negeri ]
[ Perbahasan :- DAP Bukit Gelugor, BN Kinabatangan, PAS Sepang, BN Silam, PKR Padang Serai, BN Baling ] Bersambung ...
Ucapan-Ucapan Penangguhan :-
1. Tajuk :- Isu Kenaikan Caj Perkhidmatan IWK. Oleh :- YB Tuan Ng Wei Aik (DAP Tanjung)
2. Tajuk :- Ancaman Kepada Kebebasan Bersuara Rakyat Daripada Kuasa kerajaan BN. Oleh :- YB Tuan Surendran a/l K.Nagarajah (YB Padang Serai)
0 comments:
Post a Comment