Dewan Negara bermula hari ini, 9 Disember 2009 (Rabu)
Doa
A. Mengangkat Sumpah
B. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan meminda akta di bawah ‘Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980’ bagi membolehkan sistem e-mahkamah di Malaysia dapat dimantapkan lagi apabila penyimpanan data dan rekod dalam bentuk digital disimpan dalam komputer atau disalin dalam bentuk cakera padat (CD) untuk kegunaan jangka masa panjang.
2. Prof. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian berpuas hati bahawa sistem pelbagai aliran sekolah (di peringkat rendah) di negara ini tidak akan menggagalkan usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum dan pembentukan negara bangsa.
3. Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi minta PERDANA MENTERI menyatakan tahun 2010 dijangka menyaksikan pertumbuhan ekonomi dunia kembali pulih pada kadar 3.1 peratus dari kelembapan tahun 2009 iaitu -1.1 peratus. Dalam jarak 10 tahun, selepas dilanda krisis ekonomi Asia Timur 1997/98, wawasan Malaysia untuk berganjak ke status ekonomi berpendapatan tinggi dan maju pada tahun 2020 (Wawasan 2020) sekali lagi tergugat. Sejauh manakah Wawasan 2020 terjejas mengambil kira dua krisis ekonomi ini dan adakah wawasan ini masih relevan untuk Malaysia.
4. Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan prosedur sebenar pengeluaran pengeluaran baucar SUBUR, siapakah yang layak memohon, siapa yang layak membuat sokongan, boleh memberikan pengesahan, serta peranan Ahli Parlimen dalam memastikan pengurusan SUBUR telus dan adil kepada rakyat.
5. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perkembangan berkaitan isu usaha ekstrak air bawah tanah di kawasan Batang Padang, Perak oleh Sime Darby yang disifatkan FOMCA, Persatuan Pengguna Islam dan lain-lain pihak akan menjejaskan ekosistem dan alam sekitar termasuk kepupusan
habitat flora dan fauna setempat.
6. Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina projek perumahan kos rendah ke atas 450 buah kampung baru di Semenanjung Malaysia.
7. Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kekurangan doktor dan pakar yang berlaku di hospital-hospital Kerajaan dan apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi kekurangan doktor ini yang sering menjadi masalah.
8. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan membeli balik syarikat-syarikat konsesi tol dan seterusnya menurun dan mengekalkan kadar tol sebanyak 20 peratus yang mana cara sedemikian lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat.
9. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah warga tua dan orang kurang upaya menikmati bayaran istimewa dalam penggunaan pengangkutan awam yang dimiliki oleh pihak swasta.
10. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada benar atau tidak bahawa satu sebab kenapa kemiskinan di kalangan Orang Asli di Semenanjung masih berleluasa ialah dasar dan strategi Jabatan Orang Asli tidak digemari oleh mereka dan oleh itu mereka kerap kali tidak cenderung untuk respons
kepada usaha-usaha jabatan tersebut.
11. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah implikasi kewujudan pasar raya besar di bandar-bandar kecil yang boleh mengancam perniagaan kedai-kedai runcit dan apakah
Kementerian tidak menyediakan kertas dasar terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.
12. Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah visi YAB. Perdana Menteri untuk mengangkat Malaysia sebagai negara Islam yang moderate, progresif dan maju di pandangan dunia. Bagaimanakah peranan dan hubungan Malaysia dalam jaringan kesatuan-kesatuan Islam seperti OIC dan World
Islamic League.
13. Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah bentuk galakkan yang diberikan oleh Kerajaan dalam meningkatkan mutu kejururawatan di Malaysia dan adakah terdapat piawaian dan galakkan untuk khidmat jururawat dan bidan persendirian.
14. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah rancangan dan tindakan Kementerian dalam menangani masalah keperluan rumah ataupun tempat tinggal yang begitu ketara dan mendesak di kalangan rakyat dalam bentuk jangka pendek dan panjang di seluruh negara.
15. Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah rancangan mencegah banjir kilat di Bandar Melaka fasa 2 akan dilaksanakan dan berapa banyak jumlah peruntukan telah disediakan.
C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Rang Undang-Undang Bacaan Kali Yang Kedua
1.1. (D.R. 12/2009) Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. (Kementerian Kewangan)
1.2. (D.R. 13/2009) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Pindaan) 2009. (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
1.3. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan )
1.4. (D.R. 21/2009) Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. (Perdana Menteri)
1.5. (D.R. 22/2009) Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) Pindaan) 2009. (Perdana Menteri)
1.6. (D.R. 32/2009) Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (Menteri Kewangan)
Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK
0 comments:
Post a Comment