Dewan Rakyat, 3 Disember 2009 (Khamis)
Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan strategi-strategi dan langkah-langkah yang telah diambil bagi memperkasakan sekolah kebangsaan dan apakah kayu pengukur yang digunakan untuk keberkesanannya. [ Soalan tambahan: BN Pengerang, DAP BUkit Mertajam ]
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah status terkini dua tahanan iaitu Mohd Farik bin Amin dan Mohammed Nazir bin Lep yang ditahan di kem Guantanamo. [ Soalan tambahan: PKR Kelana Jaya (10.17 pagi), BN Kalabakan ]
3. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) punca yang menyebabkan perpaduan di kalangan rakyat semakin membimbangkan dan apakah usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian dalam mempertingkatkan perpaduan di kalangan rakyat; dan
(b) apakah cadangan Kerajaan dalam memperkasakan peranan Jabatan Perpaduan di peringkat daerah. [ Soalan tambahan: BN Lenggong, PKR Gopeng (1031. petang), DAP Ipoh Barat ]
4. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kawasan-kawasan KESEDAR di Kelantan yang terpaksa di tanam semula kelapa sawit dan berapakah peruntukan yang sebenar yang diperlukan. [ Soalan tambahan: PAS Pengkalan Chepa (10.46 pagi), BN Kinabatangan ]
5. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mewujudkan semula Pasukan Pengakap Sempadan(Border Scouts) di negeri Sarawak. [ Soalan tambahan: BN Serian, BN Mambong ]
6. Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan peruntukan RM50 juta di bawah Bajet 2009 yang di umum pada 29 Ogos 2008 bagi kerja-kerja pemuliharaan tapak warisan di Melaka dan Pulau Pinang dan nyatakan secara terperinci peruntukan kepada Melaka dan Pulau Pinang serta senaraikan kegunaan dan projekprojek peruntukan tersebut. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bendera, BN Jasin ]
7. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan Kementerian dalam penglibatan Malaysia dengan Program Angkasa Lepas. Apakah yang telah terjadi dengan Program Angkasawan Negara sehingga hari ini, apakah ianya akan diteruskan atau sebaliknya. [ Soalan tambahan: BN Maran, PAS Pokok Sena (11.13 pagi) ]
8. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah sekolah-sekolah agama rakyat negeri yang masih beroperasi dan apakah Kerajaan persekutuan berhasrat untuk memberi bantuan tahunan bagi meneruskan operasi pengajian agama ini. [ Soalan tambahan: PAS Jerai (11.19 pagi), Bebas Pasir Mas ]
9. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah yang diambil Kerajaan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam khususnya di bandar-bandar dan menghubungkan desa dan kota supaya lebih cekap dan efisien. [ Soalan tambahan: BN Sabak Bernam ]
Soalan-soalam MP PAS yang disenaraikan:
10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pelaksanaan sistem e-voting yang dilaksanakan di dalam pilihan raya kampus tidak bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
12. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah peruntukan dalam bentuk geran disediakan sebagaimana dinikmati Indah Water Konsortium (IWK) untuk membangunkan prasarana pembetungan di negeri Kelantan kerana negeri itu tidak pernah mendapat kemudahan seperti itu sebelum ini.
Soalan No. 22. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengemukakan kertas putih mengenai penggunaan wang sebanyak RM253.6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan dari tahun 2004 hingga 2009 seperti yang didedahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Soalan No. 23. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan dalam menyambut kemerdekaan yang ke 52 baru-baru ini, kenapakah sambutan dari rakyat amat hambar sehingga jumlah yang mengibarkan Jalur Gemilang cukup berkurangan. Jika benar, apakah punca sambutan yang hambar itu dan sikap tidak ambil peduli tersebut.
Soalan No. 26. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan terkini pengeluar kereta Malaysia (Proton dan Perodua) terutama selepas Pakej Perangsangan diberi kepada pembekal komponen kereta dan pengeluar kereta Malaysia.
Soalan No. 29. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah kajian telah dijalankan secara mendalam terhadap kesan menaikkan harga minyak RON97 pada 1September lalu. Sekiranya ada, apakah kesannya terhadap pengguna.
Soalan No. 32. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis yang bertugas dan jumlah kes pergaduhan yang dilaporkan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir baru-baru ini berbanding dengan pilihan raya kecil (Manek Urai, Penanti, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu).
Soalan No. 36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam isu penyiaran dokumen kabinet memorandum Menteri Kewangan bagi projek PKFZ yang disiarkan laman web 'Malaysia Today'.
B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Usul 18 (1) (2) oleh MP PAS Kuala Selangor mengenai Royalti Petroleum
2. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (3 Disember 2009)
2.1. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala B31/p31 Kementerian Pelancongan - DAP Kepong, BN Batu Kurau, PAS Jerai (12.10 tengahari), BN Arau - Celahan - BN Kinabatangan. PAS Pokok Sena (12.30 tengahari) - Celahan - BN Padang Besar, BN Tenggara, DAP Kota Kinabalu, BN Jasin ]
[ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Pelancongan (BN Raub) - Celahan - BN Lenggong, Bebas Pasir Mas, PKR Balik Pulau (3.04 petang), DAP Bukit Gelugor, DAP Taiping, PKR Batu (3.24 petang), PKR Indera Mahkota (3.26 petang), BN Kanowit, PKR Kulim Bandar Baru, BN Kalabakan, BN Jempol ]
2.1. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala B32/P32 Kementerian Wilayah Persekutuan - BN Labuan, PKR Lembah Pantai (4.14 petang) BN Maran, Bebas Pasir Mas, BN Ledang - Celahan - DAP Bukit Bintang, PKR Batu. PKR PJ Selatan (5.09 petang), PKR Batu (5.16 petang), DAP Bukit Bintang ]
Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK
0 comments:
Post a Comment