Dewan Rakyat, 2 Disember 2009 (Rabu)
Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana kebenaran buku rujukan komersial lebih baik daripada buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah serta tidak merangsang kefahaman pelajar. [ Soalan tambahan: BN Kuala Krau, DAP Ipoh Barat ]
2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pihak Kementerian tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan untuk JKM dalam RMK-10 bagi membolehkan penerima bantuan JKM juga dapat dinaikkan kadar maksima daripada RM450 kepada kadar yang lebih sesuai. [ Soalan tambahan: PKR Kuala Langat (10.16 pagi), ]
3. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah keberkesanan pemberian subsidi kepada pengusaha ladang / pekebun kecil bagi buahbuahan oleh pihak Kerajaan setakat ini. [ Soalan tambahan: BN Tenom, PKR Bagan Serai (10.31 pagi) ]
4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah miskin tegar di bandar mengikut negeri-negeri yang telah menerima pemberian 10,000 unit Amanah Saham 1Malaysia sehingga 30 September 2009. [ Soalan tambahan: PAS Jerai (10.40 pagi), BN Sri Gading ]
5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F. Apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor. [ Soalan tambahan: BN Parit, PAS Pokok Sena (10.48 pagi) ]
6. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah usaha untuk membangunkan pelancongan kesihatan dapat memperbaiki sistem perubatan di Malaysia dan bagaimanakah ia dapat membantu pesakit-pesakit yang berpendapatan rendah. [ Soalan tambahan: PKR Padang Serai (10.56 pagi), BN Arau ]
7. Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah aktiviti atau program yang telah dirancang oleh pihak Kementerian mengenai produk pertanian secara komersial di bawah RMK-9. Nyatakan juga apakah rancangan aktiviti pihak Kementerian dan peruntukan di bawah RMK-10 serta jumlah bajet tahun 2010 khasnya di negeri Sarawak masih banyak tanah kosong boleh diusahakan untuk pertanian komersial. [ Soalan tambahan: BN Sarikei, DAP Bukit Mertajam ]
8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Di-Raja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini. [ Soalan tambahan: PAS Titiwangsa (11.24 pagi) ]
9. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) prestasi pendaratan ikan tuna di seluruh negara mengikut kawasan dan adakah Malaysia mencapai kuotanya; dan
(b) adakah Kerajaan bercadang untuk membuka laluan kepada Langkawi sekiranya ada pelabur yang berminat untuk mendaratkan ikan tuna. [ Tidak Hadir ]
10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tidak adakah cadangan untuk menjadikan RTM sebagai wadah untuk melahirkan satu bentuk pola pemikiran, nilai dan budaya yang baru yang benar-benar menggambarkan amalan rakyat didahulukan prestasi diutamakan bukan sebagai alat propaganda Kerajaan sahaja. [ Soalan tambahan: PKR Ketereh, BN Labuan ]
Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
12. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memulihkan eksport ke negara rakan niaga bagi barangan elektronik dan minyak sawit.
Soalan No. 14. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) mengenai kenyataan Menteri baru-baru ini mengenai kemasukan pelajar luar negara yang kurang berkualiti ke IPTS; dan
(b) berapakah jumlah pelajar dari luar negara mengikut pecahan negara yang mengikuti program pasca siswazah di IPTS dan peratus pencapaian mereka sejak 2005.
Soalan No.17. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimanakah tahap pencapaian JKM daerah diukur dalam memastikan urusan kebajikan rakyat terlaksana. Apakah status penilaian Kerajaan terhadap perkhidmatan JKM Pasir Mas.
Soalan No. 21. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan yang telah diambil terhadap individu atau kumpulan yang terlibat menghina DYMM Sultan Terengganu semasa bantahan pelantikan Menteri Besar Terengganu dengan mempamerkan kain rentan"KAMI NAK DERIS, NATANG".
Soalan No. 22. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan selain dari dijadikan slogan, apakah tindakan konkrit yang telah diambil dalam mengubah struktur dan sistem Pentadbiran Awam untuk memastikan Konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya.
B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (2 Disember 2009)
1.1. [ Perbahasan Bagi Kepala B29/ P29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - ] BN Ledang, PAS Hulu Langat (11.245 pagi), BN Batang Sadong, DAP Klang, BN Labuan, Bebas Tawau, Bebas Pasir Mas, BN Jasin, PKR Batu, BN Jempol, BN Hulu Terengganu, PAS Pokok Sena (12.50 tengahari), PKR Indera Mahkota (12.52 tengahari) ]
[ Sesi Petang - Sambung Perbahasan - BN Sekijang, DAP Kota Kinabalu, BN Silam, DAP Bakri, PAS Sik (2.52 petang)]
[ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (BN Miri) - Celahan - PKR Machang (3.02, 3.31 petang), PAS Padang Terap (3.32 petang), PKR Batu (3.35 petang), DAP Taiping, BN Lipis, DAP Bandar Kuching, PAS Kuala Selangor (3.48 petang), PAS Padang Terap (3.53 petang), BN Jempol, BN Pasir Salak, BN Kuala Krau, DAP Klang, PAS Kuala Selangor (4.11 petang), Bebas Pasir Mas, BN Ledang, PKR Batu, PAS Pokok Sena (4.41 petang) ]
1.2. [ Perbahasan Bagi Kepala B30/ P30 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - ] BN Ledang, PKR Lembah Pantai (5.06 petang), BN Kuala Krau, Bebas Pasir Mas, BN Maran, PAS Pendang (5.13 petang), BN Batang Sadong, PKR PJ Selatan, BN Parit, PAS Hulu Langat (6.13 petang), BN Arau, PKR Gopeng, BN Limbang, PAS Padang Terap (6.34 petang), BN Kapit, PAS Kuala Selangor, PKR Sungai Petani,]
[ Penggulungan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (BN Marudu) - Celahan -
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam. Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK.
0 comments:
Post a Comment