Dewan Rakyat, 7 Disember 2009 (Isnin)
Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah nilai rampasan dadah dari Januari hingga Jun 2009; dan
(b) apakah pelan tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah oleh Kementerian dan berapa jumlah peruntukan yang disediakan. [ Soalan tambahan: BN Jempol, PAS Rantau Panjang (10.10 pagi) ]
2. Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan lanjut yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap Kepulauan Spratly setelah Negara China berkata ia tidak mahu bertolak ansur terhadap tuntutan kepulauan berkenaan. [ Tidak Hadir ]
3. Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bentuk keuntungan yang bakal dinikmati oleh negara kita hasil dari penubuhan dana kerjasama Asean-China yang dijangkakan bernilai USD 10 bilion dengan kerjasama dalam bentuk pelaburan utama seperti infrastruktur, tenaga dan sumber teknologi maklumat dan komunikasi. [ Tidak Hadir ]
4. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengenai pinjaman TEKUN :-
(a) berapakah bayaran yang perlu dilakukan untuk mendapatkan borang tersebut dan adakah bayaran pemprosesan dikenakan untuk setiap permohonan; dan
(b) seberapa jauhkah efektifnya sistem TEKUN ini. [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, BN Putatan ]
5. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada telah mengenal pasti akan faktor dan sebab kegagalan Ops Sikap 2009 dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi menanganinya. [ Tidak Hadir ]
6. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah dan status pendidikan (rendah, menengah dan IPT) anak-anak Orang Asli dari tahun 2004 hingga 2009. [ Soalan tambahan: PKR Ketereh ]
7. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menggalakkan syarikat antarabangsa untuk menyenaraikan saham mereka dalam Bursa Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Pulai ]
8. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan status terkini rancangan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020, bila ia boleh diwartakan dan jumlah kos yang telah diguna dalam draf pelan ini setakat September 2009. [ Soalan tambahan: DAP Segambut, DAP Kepong ]
9. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menghapuskan dasar monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu mengimport barang-barang keperluan pengguna seperti gula, beras dan lain-lain. [ Soalan tambahan: BN Hulu Terengganu, BN Kinabatangan, PKR Machang (11.21 pagi) ]
10. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana ketika KDNK negara mengalami pengecutan dalam suku pertama dan kedua dalam tahun 2009, bandarbandar besar di Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi. Apakah ini bermaksud rawatan ekonomi yang dipreskripsikan oleh Kerajaan salah dan tersasar. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor (11.30 pagi) ]
Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 17. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membolehkan Menteri dan Timbalan Menteri dapat menggunakan Bahasa Malaysia di dalam Majlis-majlis rasmi dan semasa sidang akhbar.
Soalan No. 22. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengenai status pembelian pesawat pejuang A-4 Skyhawk dari Amerika Syarikat yang difahamkan hanya sebahagian sahaja di naik taraf dan dibawa pulang ke Malaysia. Bagaimana kedudukan sebahagian lagi yang masih disimpan di Padang Pasir Tucson. Berapakah sewa tempat simpanan yang dikenakan selama ini.
Soalan No. 24. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional keperluan mewujudkan dua jawatan Menteri bagi menangani isu prestasi Menteri dan Kementerian yang bertentangan dengan hasrat YAB Perdana Menteri bagi mengecilkan saiz kabinet.
Soalan No. 29. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan yang telah dan akan diambil ke atas pelaksanaan kawalan keselamatan dan komuniti berpagar (guarded and gated communities) yang tidak mematuhi undang-undang.
Soalan No. 30. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar dan strategi terkini Kerajaan untuk membantu Thailand bagi menyelesaikan konflik di Selatan Thailand.
B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (7 Disember 2009)
1.1. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B32/P32 Kementerian Wilayah Persekutuan - ] PKR Kulim Bandar Baru (11.35 pagi) - celahan - DAP Segambut. DAP Cheras - celahan - PKR Balik Pulau. PKR Wangsa Maju.
[ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (BN Senator) - Celahan - PKR Lembah Pantai (12.45 tengahari)
[ Sesi Petang - Menteri sambung menggulung - celahan - PAS Titiwangsa (2.39 petang), PKR Batu (2.41 petang), PKR Kulim Bandar Baru, PKR Balik Pulau, PKR Wangsa Maju ]
1.2. [Usul - DAP Beruas - celahan - BN Sri Gading, BN Ledang, DAP Kepong, BN Kota Belud, BN Hulu Terengganu, DAP Bukit Mertajam, BN Kalabakan, DAP Batu Gajah, ]
[ Usul di tolak oleh Menteri Kementerian Pelajaran (BN Batu Pahat)
1.3. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B41/P41 Kementerian Pelajaran - DAP Bukit Mertajam, BN Tuaran, DAP Ipoh Timur, BN Parit Sulong, PAS Pokok Sena, BN Lipis, Bebas Tuaran, BN Arau, PAS Sik ]
Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK
0 comments:
Post a Comment