Dewan Rakyat, 1 Disember 2009 (Selasa)
Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai dan langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini khususnya bagi melindungi hak dan nasib pembeli. [ Soalan tambahan: BN Tenggara, PAS Rantau Panjang (10.16 pagi) ]
2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah menengah khususnya di sekolah menengah kebangsaan di kawasan bandar dan pinggir bandar. [ Soalan tambahan: PAS Marang (10.23 pagi), BN Sri Gading ]
3. Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pendirian Kerajaan berkaitan tuntutan gaji pembantu rumah yang amat mahal serta kemudahan bercuti di hujung minggu. [ Soalan tambahan: BN Jempol, ]
4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan Kementerian seterusnya kepada pihak CELCOM (M) Sdn. Bhd. yang sehingga hari ini gagal mematuhi arahan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk merobohkan menara telekomunikasi yang terletak di Lot 2778, Taman Jati Indah, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor. [ Soalan tambahan: PAS Kota Raja (10.45 pagi), BN Putatan ]
5. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapa bilangan pemegang PhD. yang terkini dan adakah terdapat di antara mereka yang boleh diragui seperti kelulusan mereka tidak dinaik taraf oleh Kerajaan. [ Soalan tambahan: BN Ranau, PKR Balik Pulau (10.56 pagi)]
6. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah AirAsia diberi hak keistimewaan berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) RM65 juta (setakat 28-02-2009) yang telah dibayar oleh pelanggan dan apakah tindakan MAHB yang telah diambil terhadap AirAsia untuk mendapatkan bayaran hutang tersebut dan apakah jumlah hutang terkini. [ Soalan tambahan: PKR Wangsa Maju ]
7. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana zakat telah dapat menjana ekonomi golongan fakir dan miskin serta mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan. [ Soalan tambahan: BN Dungun, PAS Baling (11.16 pagi) ]
8. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab Kementerian mengharamkan buku bertajuk “Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism” dan nyatakan di muka surat apa buku tersebut mengandungi isi-isi yang akan mengancam ketenteraman awam. [ Soalan tambahan: DAP Serdang ]
9. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan memandangkan masalah ketiadaan air di luar bandar Sarawak termasuk mereka yang bergantung kepada “System Gravity Feed” semakin hari semakin meruncing, apakah rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut. [ Soalan tambahan: BN Serian ]
10. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah bentuk kerjasama dan usaha yang diberikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Projek Mega Kerajaan Negeri Kedah iaitu projek penapisan minyak 'Hub Hidrokarbon (SULIHH)' di Sungai Limau Yan, Kedah untuk menarik pelabur luar sebanyak mungkin. [ Soalan tambahan: PAS Baling ]
Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 21. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah cadangan pembentukan Majlis Pembangunan Pertanian kawasan Parlimen dilaksanakan dan berapakah jumlah kawasan Parlimen yang telah ditubuhkan majlis tersebut.
Soalan No. 24. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mempertingkatkan hubungan dua hala khususnya dalam usaha memperkukuhkan hubungan di antara negara-negara ASEAN.
Soalan No. 35. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah polisi DBKL dalam penjualan rumah-rumah PPR kepada penduduk yang sedia ada dan juga pihak lain yang mungkin layak serta bagaimana dengan PPR Jelatek yang merupakan pemindahan dari Kampung Bumiputera dan lain-lain adakah mereka akan diberi hak untuk membeli unit-unit tersebut, begitu juga bagaimana dengan kedudukan PPR Sri Perlis 1 dan 2.
Soalan No. 37. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara setelah tempoh lanjutan kontraknya selama dua tahun berakhir pada Jun ini. Tidakkah langkah perlanjutan seperti ini menghalang peluang pegawai-pegawai lain dalam sektor awam sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang boleh menjejaskan produktiviti.
Soalan No. 42. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk menyelamatkan wang rakyat setelah mendapati projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) tidak berdaya maju setelah dilaksanakan dan kos projek telah meningkat kepada RM4,632,000,00 berbanding kos asal projek sebanyak RM1,088 bilion.
B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (1 Disember 2009)
1.1 [ Menyambung Perbahasan Bagi Kepala B 28/ P28 Kementerian Pengangkutan -] DAP PJ Utara, BN Arau, PKR Kuantan, BN Libaran, Bebas Pasir Mas, BN Jempol, PAS Kota Raja (12.45 tengahari), BN Kinabatangan - Celahan - PKR Padang Serai ]
[ Sesi Petang - Menyambung Perbahasan - BN Kinabatangan, DAP Beruas, BN Maran, PKR Wangsa Maju, BN Putatan, DAP Batu Gajah, BN Jasin, PAS Shah Alam (3.46 petang), BN Labuan, PAS Tumpat (4.20 petang), BN Silam, PKR Bagan Serai, BN Limbang, PAS Baling (4.53 petang) - Celahan - BN Sri Gading, PAS Rantau Panjang (5.08 petang). BN Lipis, DAP Bukit Bintang, PKR Sungai Petani , PAS Kubang Kerian (5.50 petang), PKR Padang Serai, DAP Bakri ]
[ Penggulungan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan (BN Kudat) - Celahan - PAS Rantau Panjang (6.26 petang), PKR Kuantan, PAS Kubang Kerian (7.00), DAP Batu Gajah ]
1.2. [ Perbahasan Bagi Kepala B29/ P29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - PKR Machang (8.43 malam), BN Simpang Renggam, PAS Padang Terap (9.09 malam), BN Putatan, DAP Rasah, BN Kuala Krau, PSM Sungai Siput, BN Lipis, PAS Kuala Krai (10.18) ]
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam. Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK
0 comments:
Post a Comment