Dewan Rakyat, 8 Disember 2009 (Selasa)
Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) adakah kawasan pedalaman di seluruh negara disempurnakan dengan sekurang-kurangnya klinik kesihatan khususnya di negeri Sarawak; dan
(b) adakah setiap klinik kesihatan tersebut dilengkapi kakitangan dan alat perubatan serta berapakah peruntukan tahunan Kementerian untuk tujuan tersebut. [ Soalan tambahan: BN Bintulu, PAS Titiwangsa (10.16 pagi) ]
2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak. [ Soalan tambahan: PAS Kota Raja (10.23 pagi), BN Lipis ]
3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tahap keselamatan bangunan-bangunan dan lokasi penting yang boleh dianggap "kawasan larangan kelas pertama" dan penting bagi pertahanan dan operasi pentadbiran negara. [ Soalan tambahan: BN Ledang, DAP Kepong ]
4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan Institusi Penyelarasan Undang-undang Syariah antara Negeri-negeri dari sudut pencapaiannya yang terkini serta apakah jaminan supaya undang-undang syariah dan Institusi Syariah dipelihara dan tidak dibiarkan tanpa memelihara kedaulatannya dan kesuciannya sebagai undang-undang yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan. [ Tidak hadir]
5. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada projek Empangan Hidro Liwagu yang diberhentikan kira-kira 8 tahun yang lalu atas sebab mendapatkan bekalan elektrik dari Empangan Hidro Bakun. Adakah Kementerian masih ada cadangan untuk meneruskan projek tersebut. [ Soalan tambahan: BN Ranau ]
6. Tuan Charles Anthony A/L R. Santiago [ Klang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengenai cadangan Kerajaan untuk membina jambatan ketiga di Klang. Bilakah kerja pembinaan akan bermula. [ Tidak hadir ]
7. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan mengkaji semula untuk menurunkan kos penerbangan antara Limbang/Miri/Limbang yang dikendalikan oleh pihak Mas Wing menggunakan pesawat Fokker/ATR yang terlalu tinggi berbanding dengan sektor domestik lain yang lebih murah kerana ini adalah satu-satunya pengangkutan penting di Limbang selain pengangkutan darat yang terpaksa melalui Negara Brunei Darussalam. [ Soalan tambahan: BN Limbang ]
8. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan penjelasan terhadap kegiatan pembalakan hutan di kawasan tadahan air yang sememangnya adalah kawasan larangan untuk aktiviti pembalakan, tetapi menggunakan Detail EIA bagi meneruskan aktiviti tersebut, dan apakah pula tindakan kementerian terhadap pihak yang didapati terlibat melakukan aktiviti demikian. [ Soalan tambahan: PKR Kuantan, BN Jempol ]
9. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes bunuh diri di kalangan rakyat Malaysia mengikut kumpulan remaja, dewasa dan tua bagi 5 tahun yang lalu. Apakah puncapunca tindakan membunuh diri diambil. [ Soalan tambahan: BN Tebrau, DAP Batu Gajah ]
10. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) sejak Tabung Khas Pelancongan ditubuhkan, berapakah jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan dan kepada berapa pengusaha-pengusaha pelancongan sehingga Ogos 2009; dan
(b) adakah program ini berkesan dan mencapai matlamatnya, jika tidak apakah sebab-sebab kegagalan dan senaraikan peminjam-peminjam yang gagal membayar pinjaman dan
dikategorikan sebagai Non Performing Loan (NPL). [ Soalan tambahan: PKR Sungai Petani ]
11. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan trend dan statistik kematian setiap tahun dalam 5 tahun yang lalu yang disebabkan oleh beberapa jenis penyakit utama (seperti denggi, penyakit jantung, darah tinggi, A (H1N1), AIDS/HIVs)
dibandingkan dengan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya, bencana alam (seperti banjir, tanah runtuh), kemalangan masa kerja (seperti di kawasan-kawasan pembalakan, kilang-kilang). Apakah langkah-langkah Kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.
[ Soalan tambahan: BN Kanowit, PAS Kuala Krai (11.28 pagi) ]
12. Dato' Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah tidak dilakukan kerja-kerja membaik pulih dan penyeliaan terhadap Lebuh Raya Jelutung Express Way sehingga kini, sedangkan keadaan jalan tersebut amat teruk, berlopak-lopak dan ada bahagian jalan yang telah mendap, serta keadaan landskapnya amat mendukacitakan.
Soalan-Soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah tindakan yang diambil oleh pengurusan UiTM berikutan aduan kes pencabulan kehormatan mahasiswi UiTM di asrama UiTM dan berapakah jumlah kejadian pencabulan seperti itu di UiTM.
Soalan No. 23. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai bidang tugas pegawai JPP di Negeri Pakatan Rakyat di dalam usaha menyatukan rakyat di dalam konsep 1 Malaysia serta tahap kerjasama mereka dengan kerajaan negeri-negeri tersebut.
Soalan No. 27. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama-nama syarikat yang mempunyai perjanjian pengeluaran dengan Petronas bagi Telaga Bergading, Lawit, Bintang dan telaga dalam kawasan JDA dan jumlah cukai yang telah dibayar oleh syarikat-syarikat ini kepada negara kita sehingga tahun ini.
Soalan No. 38. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kaitan Konsep 1 Malaysia dengan 1 UMNO seperti yang dinyatakan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung UMNO Kota Bharu baru-baru ini.
B. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (8 Disember 2009)
1.1. [ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Pelajaran (BN Batu Pahat) - Celahan - DAP Bukit Mertajam, BN Tuaran, PAS Rantau Panjang (12.01 tengahari), BN Lenggong, BN Maran, DAP Ipoh Timur, BN Pasir Salak, PAS Pokok Sena (12.28 tengahari), PAS Titiwangsa (12.35 tengahari), BN Hulu Terengganu, PAS Rantau Panjang (12.43 tengahari), BN Kinabatangan ]
[ Sesi Petang - Menteri sambung menggulung - celahan - PAS Sik (2.38 tengahari), BN Putatan, BN Tenom, Bebas Pasir Mas, BN Maran, BN Jempol, DAP Bandar Kuching, PAS Pasir Puteh (3.19 petang), PAS Pokok Sena (3.21 petang) ]
1.2. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan Pembangunan B42/P42 Kementerian Kesihatan - BN Kuala Krau, PKR Permatang Pauh (3.50 petang), BN Maran, PAS Titiwangsa (3.56 petang), BN Jempol, DAP Ipoh Barat, BN Labis, PKR Gopeng, BN Putatan - celahan - BN Sri Gading, PKR Kulim Bandar Baru, BN Silam. Bebas Pasir Mas, PSM Sungai Siput - celahan - BN Tuaran. BN Tenggara]
[ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Kesihatan (BN Bentomg) - Celahan - PKR Gopeng, PAS Kuala Krai (5.51, 5.59 petang), PAS Kota Raja (5.59 petang), DAP Bandar Kuching, BN Jempol, PSM Sg Siput, PKR Gopeng, PKR Machang, BN Kota Belud, Bn Sekijang, PAS Kuala Selangor ]
1.3. [Perbahasan Usul Potong Gaji Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM10.00 oleh PSM Sg. Siput - Perbahasan - BN Ledang, DAP Ipoh Barat, BN Labis, PKR Teluk Kemang, BN Tebrau, PAS Kota Raja ]
[ Penggulungan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (BN Lumut) - Celahan - PKR Batu, PAS Kota Raja, PSM Sg Siput, ] Keputusan - Usul tidak disetujukan
1.4. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan/Pembangunan B43/P43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Perbahasan - BN Simpang Renggam (8.58 malam), ]
Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK.
0 comments:
Post a Comment