Dewan Rakyat, 9 Disember 2009 (Rabu)
Doa
A. PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam memainkan peranan untuk menguatkan lagi penyerapan nilai-nilai murni di kalangan
masyarakat melalui media elektronik. [ Soalan tambahan: BN Batang Sadong, PAS Pendang (10.11 pagi) ]
2. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jenayah internet banking yang berjaya dikesan dan tindakan yang diambil ke atas penjenayah dan bilangan aduan yang diterima dan amaun kehilangan yang dialami oleh pemegang akaun. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Bintang, BN Kuala Krau]
3. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pendirian dan ketetapan Kerajaan bagi Persidangan Perubahan Cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen, Denmark yang dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 18 Disember 2009. [ Soalan tambahan: BN Rembau, PKR Machang (10.35 pagi) ]
4. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah mekanisme dan syarat-syarat untuk syarikat asing memiliki saham dalam syarikat tempatan yang berkepentingan negara. [ Soalan tambahan: PAS Pokok Sena (10.40 pagi) ]
5. Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) sejak dilancarkan, berapa kali penggunaan 'Sea Ambulance' membawa pesakit dari Langkawi ke Tanah Besar; dan
(b) berapa lama masa yang diambil bagi satu-satu perjalanan dan mengapakah kebelakangan ini pesakit terpaksa dibawa dengan feri, sistem yang lama juga. [ Soalan tambahan: BN Langkawi, ]
6. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan peruntukan undang-undang yang akan dikaji untuk mengelakkan wanita daripada didiskriminasikan. [ Soalan tambahan: PAS Bachok (10.57 pagi) ]
7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) bentuk dan jumlah pelbagai subsidi Kerajaan kepada rakyat melalui Kementerian, dalam sektor perikanan, pertanian dan penternakan; dan
(b) kenapa masih ramai petani dan nelayan yang layak mendapat subsidi ini tidak mengetahuinya. Apakah langkah Kementerian mengatasi masalah berkenaan. [ Tidak hadir ]
8. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah satu peraturan diwartakan yang membolehkan guruguru sekolah memberi kelas tuisyen. Bukankah ianya lebih baik jika guru ini menggunakan kemudahan sekolah di mana mereka bertugas dan diberi ganjaran sewajarnya, supaya kos kelas tambahan itu boleh dikawal dan dapat dinikmati oleh pelajar yang kurang berkemampuan. [ Soalan tambahan: PKR Merbok]
9. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh mana kejayaan Program Latihan dan Penempatan (3P) bagi pekerja yang diberhentikan, graduan dan remaja penganggur yang dianjurkan oleh Kementerian serta nyatakan peluang
pekerjaan yang dapat diwujudkan setelah menamatkan program tersebut. [ Soalan tambahan: BN Dungun ]
10. Tuan Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) bilangan kegunaan tayar toreh (regrooved tyres) di kalangan masyarakat di Malaysia; dan
(b) bilangan kemalangan yang disebabkan oleh tayar toreh (regrooved tyres) bagi 5 tahun yang lalu. [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, BN Ranau ]
11. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan status cadangan pembinaan jambatan menghubungkan pulau bebas cukai Labuan ke Menumbok di tanah besar Sabah.
12. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) apakah yang menyebabkan tertangguhnya pengembalian tanah seluas 270 ekar di Lapangan Terbang Lama, Jalan Utara, Tawau oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kepada Kerajaan Negeri Sabah; dan
(b) bilakah Kementerian merancang untuk berbuat demikian memandangkan Tawau sangat memerlukan tanah tersebut untuk pembangunan sebuah pusat pentadbiran awam.
Soalan-Soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 20. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) adakah Menteri sedar sumbangan Hari Raya Aidilfitri baru ini dibuat oleh ADUN Pangkor YB Dato' Dr. Zambery Kadir kepada anggota tentara laut (navy) termasuk pegawai tentera laut di Lumut, Perak; dan
(b) berapakah jumlah sumbangan dan apa barangan yang diberikan dan atas niat apa di beri kepada anggota dan pegawai navy tersebut.
Soalan No. 33. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa RON 95 ditetapkan harga RM1.80 seliter sama dengan harga RON97 sebelumnya sedangkan kualiti RON95 jauh berbeza dengan RON97, apakah nilai RON95 telah dikompromikan hanya untuk menguntungkan pihak Kerajaan sedangkan pengguna terpaksa menerima kualiti petrol yang rendah.
Soalan No. 35. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) sejauh manakah perkembangan Enakmen Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan yang disemak semula; dan
(b) apakah halangan-halangan utama dalam menyediakan enakmen ini supaya ia mengikut al-Quran dan as-Sunnah.
Soalan No. 37. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan rasionalnya melantik seorang yang bergelar Ahli Parlimen sebagai Duta Malaysia ke negara-negara luar dan tidakkah ianya akan mengganggu tugas-tugasnya di dalam kawasan yang diwakilinya.
Soalan No. 38. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa skandal “Pelabuhan Klang Free Zone” (PKFZ) yang berusia lebih tujuh tahun serta beberapa pendedahan mengenai apa yang berlaku dalam operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Selangor dan beberapa kes lain benar-benar menghakis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pusat dalam usahanya mencegah rasuah.
C. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (D.R. 32/2009) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2010 seperti berikut :
“Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada lima puluh tiga bilion dua ratus sembilan belas juta enam ratus lima puluh tujuh ribu ringgit (RM53,219,657,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2010, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2010, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2009, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut.” - Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (9 Disember 2009)
1.1. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - ] PAS Jerai (11.33 pagi), PKR Batu (11.30 pagi), PAS Kuala Selangor (11.52 pagi), BN Maran ]
[ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Pelancongan (BN Raub) - Celahan - DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat, DAP Telok Intan, BN Putatan, DAP Kota Melaka, BN Jempol, PKR Balik Pulau, DAP Batu Gajah, ]
[ Sesi Petang - Menteri sambung menggulung - celahan - BN Kuala Krau, PKR Kulim Bandar Baru, PKR PJ Selatan (2.48 petang), PAS Kuala Selangor (3.34 petang), BN Hulu Terengganu, Bebau Tawau, ]
1.2. [ Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Bagi Kepala Bekalan Pembangunan B45/P45 Kementerian Belia dan Sukan - BN Sri Gading, PAS Pokok Sena (4.03 pagi), Bebas Pasir Mas, BN Arau, PKR Nibong Tebal (4.23 petang), BN Sekijang, DAP Rasah, BN Kota Belud, PAS Jerai (4.44 petang), PKR PJ Selatan, BN Tenom, PAS Kuala Krai (5.00 petang), BN Limbang, BN Silam, PKR Lembah Pantai, DAP Bakri, PAS Padang Terap (5.28 petang) ]
[ Penggulungan oleh Menteri Kementerian Belia dan Sukan (BN Muar) - Celahan - PAS Pokok Sena (5.38 petang),BN Sekijang, DAP Rasah, BN Bintulu, DAP Rasah, PAS Pokok Sena (6.17 petang), PKR PJ Selatan, ]
2. (D.R. 30/2008) Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang (22 Oktober 2009)”. - (Perdana Menteri)
3. (D.R. 33/2009) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2009. - (Kementerian Kewangan)
4. (D.R. 24/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir
Labuan (Pindaan) 2009. - (Kementerian Kewangan)
Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK
0 comments:
Post a Comment