Dewan Negara 26 April 2010 (Isnin)
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Mengangkat Sumpah
C. Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana perkembangan mutakhir mengenai keberkesanan konsep '1Malaysia' (Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan).
2. Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah Kementerian bagi membendung serta membasmi isu keganasan terhadap wanita yang semakin berleluasa dewasa ini ; dan
(b) adakah undang-undang yang sedia ada memadai atau apakah kementerian mempunyai sebarang rancangan untuk menilai kembali atau 'review' undang-undang ini. [ Soalan Tambahan : Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram]
3. Tuan Ramakrishnan a/l Suppiah minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggunakan pendaftaran automatik dan mewajibkan semua rakyat untuk mengundi. [ Soalan Tambahan :
4. Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan manusia termasuk melindungi mangsa jenayah terbabit yang didalangi sindiket antarabangsa.
5. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khusus kepada pemantauan siaran filem dan drama di televisyen di negara ini bagi mengekang kesan negatif kepada masyarakat akibat pemaparan imej dan gaya hidup dengan nilai barat yang kurang sesuai; dan
(b) bilakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan siaran televisyen Islam seperti yang diwarwarkan sebelum ini. [ Soalan Tambahan :Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi, Tuan Pau Cheng Ung]
6. Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah jangkaan pelaburan asing dalam sektor ekonomi negara, dan nyatakan secara terperinci jumlah ekuiti yang bakal Kerajaan lupus dalam pelaburan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan ekuiti pelaburan strategik Kerajaan dalam syarikat-syarikat multinasional. [ Soalan Tambahan : Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok, Dato' Sri Mohd Effendi bin Nawawi]
7. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah kaedah terkini untuk menentukan bahawa tanah-tanah rizab masjid tidak lagi ditukar milik untuk pembangunan komersial. Setakat ini,
berapa banyak tempat di Kuala Lumpur yang asalnya tanah masjid tetapi telah dibenarkan untuk pembangunan komersial. Apakah sebab kebenaran ini diberikan oleh DBKL dan namakan projek-projek yang telah pun berjalan. [ Soalan Tambahan : Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid]
8. Puan Doris Sophia ak Brodi minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi membantu petani dan pengusaha ladang terutama di Sarawak yang menjadi mangsa pemanasan global yang menyebabkan kerosakan dan kerugian terhadap hasil tanaman mereka. [ Soalan Tambahan : Puan Doris Sophia ak Brodi]
9. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat menetapkan kuota pengambilan calon guru lelaki bagi menangani masalah kekurangan guru lelaki yang semakin kritikal sekarang ini. [ Soalan Tambahan : Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad]
10. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa kakitangan pangkat rendah sejumlah besarnya tergolong di bawah paras kemiskinan dan semakin terdesak apabila bersara. Jika sedar apakah langkah yang akan diambil untuk mengatasinya.
11. Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu Dasar Pembangunan Orang Asli yang meliputi pembangunan prasarana (jalan, air bersih, elektrik dan kemudahan awam lain), keusahawanan, sosio ekonomi, belia dan beliawanis, pendidikan serta ilmu warisan Orang Asli bagi tempoh 10 tahun menjelang tahun 2020 yang akan menjadi sebuah negara maju, sedangkan masyarakat ini masih jauh ketinggalan dalam segala bidang berbanding dengan masyarakat arus perdana lain.
12. Dato' Azian bin Osman minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan keberkesanan laman portal JobsMalaysia.com.
13. Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah konkrit dalam tahun 2010-2011 untuk menyekat "Brandrain" and "Capital Drain" dari Malaysia dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin atau menggalakkan pertumbuhan FDI & DDI untuk menjana ekonomi negara.
14. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah tapak pelupusan sisa pepejal dan tapak pelupusan sanitari yang masih beroperasi dan nyatakan bilakah Akta Pengurusan Sisa Pepejal Negara akan dikuatkuasakan.
15. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mencantumkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), JPM dan Pasukan Polis Marin PDRM bagi tujuan menggelakkan pertindihan kuasa supaya dapat
memantapkan lagi penguatkuasaan di perairan Malaysia setaraf dengan ‘United States Coast Guard.
D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “
2. Yang Berhormat Dato’ Azian bin Osman akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.”
[ Perbahasan : Dato’ Azian bin Osman - Celahan - Puan Hajah Mumtaz bin Md Nawi , Dato' Hj Abdul Rashid bin Ngah, Datuk Akhbar bin Ali REHAT - sambung- ]
[ Perbahasan : Tan Sri Datuk Dr Mohamed Jins bin Shamsudin]
[ Perbahasan : Dr Syed Husin Ali]
[ Perbahasan : Tuan Ahmad bin Husin]
3. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 (Menteri Kewangan)
4. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (Menteri Kewangan)
5. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009 (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
7. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 (Menteri Kewangan)
8. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010 (Menteri Pelajaran)
10. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
11. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
12. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
13. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
14. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
(Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
15. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010
(Menteri Pelancongan)
16. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
17. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
0 comments:
Post a Comment