Dewan Negara 28 April 2010 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah terlalu ramai pekerja tempatan yang bertaraf kontrak tidak diberi taraf pekerja tetap walaupun setelah sekian lama berkhidmat untuk negara.
2. Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah cara pemberian tender sekarang menepati ciri-ciri yang dikatakan dan apakah kelemahannya dan adakah ianya dimanipulasikan oleh mana-mana pihak memandangkan rakyat sering diwar-warkan dengan kenyataan bahawa Kerajaan akan telus dalam banyak perkara termasuk dalam pemberian tender.
3. Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai yang menarik bagi pelaburan langsung asing (FDI). Seperti yang diketahui, FDI merosot dari RM46.6 bilion pada tahun 2008 kepada RM22.1 bilion pada 2009. Apakah cara yang akan diterajui Kerajaan untuk memastikan yang kemerosotan ini tidak berterusan.
4. Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sasaran Projek Terminal Makanan Negara (TEMAN) dalam meningkatkan penyertaan usahawan dan pemborong Bumiputera dalam sistem pemborongan dan pengedaran
makanan moden dan apakah kriteria-kriteria yang diambil pakai dalam menentukan lokasi yang dipilih untuk pusat ini memandangkan hanya terdapat dua lokasi yang baru dikenal pasti.
5. Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kandungan laman web atau blog mengikut Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.
6. Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kementerian atau pun TNB telah pun menyiapkan Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) Penggunaan Tenaga Nuklear bagi mengeluarkan tenaga elektrik di Malaysia, bilakah akan dilaksanakan dan apakah kebaikan dan keburukan projek tersebut.
7. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI KESIHATAN menyatakan setakat manakah sambutan rakyat jelata terhadap ‘Klinik 1Malaysia’.
8. Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kriteria untuk memilih guru mengikuti Kursus Program Pensiswazahan Guru-guru Sekolah Rendah (PGSR) dan siapakah yang berada dalam panel pemilihan tersebut. Berapa orang gurukah yang telah dipilih untuk mengikuti kursus ini sejak ia dimulakan. [ Soalan Tambahan : Hajah Fatimah binti Hamat]
9. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan penilaian semula keberkesanan logo HALAL yang banyak dipertikaikan oleh orang-orang Islam terutama sekali di kopitiam. Adakah pihak Kementerian bercadang untuk menyelaraskan pemantauan sijil ini melalui pihak agama negeri-negeri. [ Soalan Tambahan : Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn, Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd]
10. Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bolehkah orang awam menuntut ganti rugi dari DBKL jika mereka mendapat kemalangan akibat berjalan kaki di atas tempat pejalan kaki yang dibina tetapi tidak mengikut ciri-ciri keselamatan dan kadangkala terjatuh dalam lubang, patah kaki akibat penutup longkang dan penutup 'manhole' hilang.
11. Tan Sri Amirsham bin A. Aziz minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan boleh memastikan supaya 'deployment of civic servants' oleh Jabatan Perkhidmatan Awam di Kementerian dan agensi pusat yang strategik adalah berdasarkan kepakaran dan latar belakang yang relevan dengan bidang tugas.
12. Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) mengapakah pihak berkaitan melaksanakan semula polisi peti ikan "biru" yang sebelum ini telah pun dibatalkan sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati dan bantahan kuat daripada pihak nelayan; dan
(b) apakah sebabnya pihak berkaitan ingin menggunakan polisi peti ikan "biru" tersebut.
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Yang Berhormat Dato’ Azian bin Osman akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan Atas Masalah (27 April 2010)
[ Perbahasan : Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi]
[ Perbahasan : Datuk Hajah Azizah binti Abd Samad] [ Perbahasan : Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah] [Rehat ]
[ Perbahasan : Dato' Musa bin Sheik Fadzir ] [ Perbahasan : Dato' Kamaruddin bin Ambok ]
[ Perbahasan : Datuk Abdul Rahman Bakar ] [ Perbahasan : Dato' Firdaus bin Hj Abdullah ]
[ Perbahasan : Puan Doris Sophia ak Brodi ] [ Perbahasan : Datuk Roslan Awang Chik ]
[ Perbahasan : Datuk Nor Hayati binti Tan sri Onn ] [ Perbahasan : Datuk Paul Kong Sing Chu ]
[ Perbahasan : Dr Ramakrishnan a/l Suppiah ] [ Perbahasan : Dato' Dr Yeow Chai Thiam ]
2. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 (Menteri Kewangan)
3. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (Menteri Kewangan)
4. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009 (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
6. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 (Menteri Kewangan)
7. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
8. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010 (Menteri Pelajaran)
9. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
11. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
12. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
13. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
14. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010(Menteri Pelancongan)
15. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
16. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
0 comments:
Post a Comment