Dewan Rakyat 14 April 2010 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi melonjakkan kecemerlangan pengajian tinggi negara seiring dengan proses inovasi bagi mencapai matlamat membangunkan modal insan berkualiti tinggi. [ Soalan Tambahan: PAS Parit Buntar]
2. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah serta tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan pihak negara asing mendapatkan maklumat yang betul berkenaan kedudukan proses undang-undang serta pendakwaan yang dilakukan seperti yang berlaku di Parlimen Negara Australia baru-baru ini. [ Soalan Tambahan: PKR Indera Mahkota, BN Rembau,
3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan peranan CIDB dalam melatih dan memberi lesen kepada kontraktor dan kesan kepada industri pembinaan di negara ini. [ Soalan Tambahan: DAP Kota Melaka]
4. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kementerian memenuhi keperluan sekolah di setiap kawasan khususnya di kawasan perumahan baru seperti di Seksyen U10 Shah Alam. Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan keperluan di sesuatu kawasan. [ Soalan Tambahan:PAS Shah Alam]
5. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah terdapat perancangan pihak Kementerian dalam RMK-10 untuk mewujudkan Kolej Komuniti ataupun Politeknik di kawasan Parlimen Sibuti memandangkan terdapat banyak lepasan pelajar SPM di kawasan luar bandar seperti Parlimen Sibuti tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke tempat yang jauh dan pusat pengajian swasta. [ Soalan Tambahan: BN Sibuti]
6. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan pembasmian kemiskinan di Sabah dan apabila boleh sasaran Kemiskinan Sifar di Sabah boleh dicapai. [ Soalan Tambahan: DAP Kota Kinabalu, BN Putatan]
7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha dilakukan oleh Kementerian dalam membendung aktiviti penyeludupan dadah melalui KLIA dan pintu-pintu utama sempadan negara ini:-
(a) kenapa Malaysia dijadikan sasaran aktiviti penyeludupan sindiket dadah antarabangsa dan statistik tangkapan warganegara terlibat, jumlah dan jenis dadah diseludup, sejak 5 tahun kebelakangan ini; dan
(b) kenapa kawasan dan tempat strategik penting kebelakangan ini dikawal oleh warga asing dan apakah Kementerian tidak berhasrat mensyaratkan hanya warganegara ini yang menjadi pengawal keselamatan di tempat-tempat berkenaan. [ Soalan Tambahan: PAS Marang]
8. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah sumbangan derma awam yang diterima untuk mangsa gempa bumi di Haiti setakat Februari 2010, nama agensi-agensi Haiti yang menerima sumbangan ini serta jumlahnya. [ Soalan Tambahan:]
9. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) pencapaian serta prestasi kecapaian golongan bumiputera dalam bidang ekonomi terutama kontraktor kecil, menengah dan kontraktor kelas 'A' ; dan
(b) sejauh mana sistem ''Tender Terbuka'' berupaya membantu Kerajaan dalam melonjakkan prestasi kecapaian golongan usahawan dalam bidang ekonomi menjelang tahun 2020. [ Soalan Tambahan:]
10. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Bahagian Penguatkuasa Kementerian KPDNKK memantau kenaikan beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang yang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas seperti yang didakwa oleh laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). [ Soalan Tambahan:
11. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan kenderaan bermasalah seperti Toyota, Honda dan Peugeot yang dipasarkan di Malaysia selamat digunakan di jalan raya Malaysia. [ Soalan Tambahan:
12. Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada Negeri Melaka untuk projek mencegah banjir kilat dan menaik taraf sistem perparitan; dan
(b) jenis projek dan kawasan yang terlibat.
Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
14. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah warganegara asing yang telah diberi Visa Pelawat (VOA) semenjak 2005 - 2009, nyatakan secara terperinci mengikut negeri dan bangsa dan berapa ramaikah yang hilang bila sampai tempohnya dan apakah jenis tindakan yang telah diambil.
16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit kencing manis yang direkodkan dua bulan selepas kenaikan harga gula di pasaran negara awal tahun ini.
32. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan.
36. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) langkah-langkah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi meminimumkan impak sekiranya GST dilaksanakan; dan
(b) dengan model industri air yang baru, adakah ia dijangkakan dapat mengurangkan tarif air khususnya di samping meningkatkan tahap ‘efficiency’ syarikat operasi air dan mengurangkan tahap "Non Revenue Water" /NRW.
40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan prosedur pemberian lesen kepada klinik-klinik pergigian dan perubatan serta berapa peratus klinik-klinik ini yang beroperasi secara berdaftar dan berapa banyak pula tidak berdaftar dengan Kementerian.
50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes yang ditangani oleh One-Stop-Crisis-Centre (OSCC) di seluruh negara dan peratusan jenis-jenis kes yang didaftarkan.
60. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang dilakukan terhadap tanggapan sesetengah pihak yang menganggap Mahkamah Syariah lemah dan ada usaha untuk mengembalikan semangat Artikel 121 kepada asalnya dengan membuang pindaan 121 (1A).
64. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk memastikan Wasi terhadap amaun yang disimpan (contoh KWSP) melaksanakan tanggungjawab secara adil agar tidak berlaku kezaliman kepada pewaris yang lain.
67. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapa masih berlaku masalah bekalan ubat tidak mencukupi di hospital-hospital daerah, apa punca dan langkah-langkah mengatasinya bagi membuktikan Kerajaan
mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan * Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010
D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010)2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (13 April, 2010) DAN Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion lapan ratus sebelas juta tujuh ratus sembilan puluh sembilan ribu enam ratus ringgit (RM2,811,799,600) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2010, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projekprojek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (13 April, 2010)
[ Perbahasan: BN Kapit - Celahan - PAS Pengkalan Chepa]
[ Perbahasan: PAS Marang][ Perbahasan: BN Batang Sadong] [ Perbahasan: PKR Sungai Petani - Celahan - PAS Titiwangsa]
[ Perbahasan: BN Putatan - PAS Kuala Terengganu, DAP PJ Utara]
[ Perbahasan: DAP Bukit Mertajam] [ Perbahasan: PAS Bachok - PAS Padang Terap] [ Perbahasan: BN Jempol - BN Tangga Batu] [ Perbahasan: BN Labuan] [ Perbahasan: PKR Ampang - Celahan - PAS Titiwangsa, PAS Rantau Panjang, PAS Shah Alam] [ Perbahasan: DAP Ipoh Barat - PAS Kota Raja, BN Hulu Terengganu]
[ Menggulung: Timbalan Menteri Kewangan ( BN Senator) - Celahan- DAP Ipoh Timur, PAS Kuala Selangor, PKR Padang Serai, PKR Gopeng, BN Kapit]
2. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)
3. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Jabatan Perdana Menteri)
4. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)
5. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
6. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
7. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010
(Jabatan Perdana Menteri)
8. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan(Pindaan) 2010 (Jabatan Perdana Menteri)
10. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010
(Menteri Pelancongan)
11. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
12. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)
13. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan sub perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.
14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ .”
15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ .”
16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’
17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera’ .”
18. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“BAHAWA pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib 1Malaysia”.
BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan kenakan ke atas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh.”
0 comments:
Post a Comment