Dewan Rakyat 20 April 2010
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri* Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. [Timbalan Menteri Kewangan ( BN Senator) ]
[ Perbahasan : BN Ledang, PAS Bachok, BN Putatan, PKR Lembah Pantai, PAS Tumpat, BN Ranau, BEBAS Tawau, DAP Kota Melaka, PKR Selayang, PAS Kuala Selangor]
[ Menggulung : Timbalan Menteri Kewangan ( BN Senator) - Celahan - PAS Kuala Selangor, PKR Lembah Pantai, PKR Indera Mahkota]
2. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (BN Sandakan) ]
REHAT
[ Perbahasan : DAP Ipoh Timur] [PKR Subang- PKR Lembah Pantai] [ BN Tangga Batu]
[ PAS Pokok Sena] [ BN Batang Sadong - PKR Balik Pulau] [ PAS Parit Buntar- PAS Kuala Selangor] [ BN Ledang] [PKR Balik Pulau] [DAP Telok Intan] [ PAS Kubang Kerian] [ DAP Bagan] [ PKR Indera Mahkota] [ DAP Batu Gajah]
[ Menggulung : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (BN Sandakan) - DAP Ipoh Timur, DAP Batu Gajah]
3. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. [Timbalan Menteri Pelajaran (BN Batu Pahat)]
[ Perbahasan : PAS Kubang Kerian] [ BN Hulu Terengganu] [ DAP Kepong] [ BN Ledang] [ PAS Sik]
[ Menggulung : Timbalan Menteri Pelajaran (BN Batu Pahat) - Celahan - DAP Kepong]
4. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010.[Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan(BN Bera)]
[ Perbahasan : BN Kota Belud, DAP Kota Melaka, BN Tuaran, PAS Pendang, BN Silam]
5. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
6. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
7. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
8. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
(Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010
(Menteri Pelancongan)
10. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
11. (D.R. 15/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
12. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung(Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
13. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)
14. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)
15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan sub perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.
16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ .”
17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ .”
18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ .”
19. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera’ .”
20. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“BAHAWA pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib 1Malaysia”.
BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan kenakan ke atas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh.”
0 comments:
Post a Comment