Dewan Rakyat 21 April 2010 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan* Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010
2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan* Rang Undang-undang Pelindungan Pengguna (Pindaan) 2010
3. Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
C. Perbahasan Rang Undang-Undang (Bacaan Kali Kedua) dan Usul-Usul
1. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (20 April, 2010) Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan (BN Bera) : [DAP Kepong, BN Kinabatangan, PKR Balik Pulau, DAP Kepong, DAP Rasah, ]
- Peringkat Jawatankuasa - Fasal 1 hingga 27 - [ DAP Kepong, PKR Indera Mahkota]
- Menggulung : Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan (BN Bera)
2. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010. (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
[ Perbahasan : DAP Ipoh Timur, BN Labuan, PAS Tumpat, BN Rembau, DAP Kota Melaka, PAS Kubang Kerian, PKR Machang ( BN Hulu Selangor), BEBAS Sepanggar, REHAT][ PKR Indera Mahkota, DAP Bandar Kuching-celahan- BN Padang Besar]
[ Menggulung : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (BN Bera) - Celahan- Bn Labuan, DAP Batu Kawan, BN Rembau]
3. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 :Menteri di Jabatan Perdana Menteri(BN Tasik Gelugor)
[ Perbahasan : BN Arau, PAS Kubang Kerian, BN Sri Gading, DAP Bukit Bendera, BN Tangga Batu, BN Jasin, BN Sekijang, DAP Tanjong, BN Padang Besar, DAP Bakri, PKR Indera Mahkota, BN Ledang]
[ Menggulung : Menteri di Jabatan Perdana Menteri(BN Tasik Gelugor) - DAP Kepong, DAP Batu Gajah, PKR Machang]
4. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (BN Bera)
[ Perbahasan : BN Arau, DAP Rasah, BN Lipis, DAP Tanjong, BN Tangga Batu,] [ DAP Kepong-DAP Rasah] [BN Kota Belud]
[ Menggulung : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (BN Bera) ]
[Fasal 1 : BN Ledang, BN Sekijang]
[Usul dari Fasal 13 : DAP Batu Gajah] [BN Jasin]
[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri (BN Bera)
[ Perbahasan Fasal 13 : DAP Batu Gajah]
5. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan(Pindaan) 2010(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
6. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan)2010 Menteri Pelancongan)
7. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
8. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
9. (D.R. 13/2010) Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 14/2010) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2010. (Menteri Kewangan)
11. (D.R. 15/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
12. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)
13. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-
“BAHAWA pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib 1Malaysia”.
BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan kenakan ke atas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh.”
14. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan sub perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah
5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”
15. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ .”
16. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ .”
17. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ .”
18. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Dana Automotif Bumiputera’ .”
19. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 11 subseksyen 2 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam berikut dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil ST.23, ST.24, ST.25, ST.26, ST.27, ST28, ST.29, ST.30, ST.32 dan ST.33 tahun 2010 disahkan.”
20. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 5(3) Akta Cukai Perkhidmatan 1975 supaya Perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.14 tahun 2010 disahkan.”
0 comments:
Post a Comment