Dewan Negara 27 April 2010 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan
1. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Malaysia memerlukan Model Ekonomi Baru (MEB), apakah matlamatnya dan apakah strategi-strategi dan program-program yang telah dikenal pasti supaya dapat menjana pendapatan tinggi kepada 40 peratus daripada isi rumah Malaysia yang kini masih memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan pada tahun 2008.
2. Puan Doris Brodie minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan pendidikan seks di dalam kurikulum dan nyatakan adakah Kerajaan telah menjalankan kajian mendalam mengenai perkara ini serta bila ianya akan dilaksanakan.
3. Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah rumah yang dapat dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sehingga Februari 2010 dan nyatakan bilangan rumah yang telah ditawarkan untuk disewa dan dijual kepada penghuninya.
4. Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada kepantasan dan prestasi cemerlang Kementerian dalam memproses dan meluluskan permohonan kerakyatan baru-baru ini dapat diteruskan di Sabah dan Sarawak agak rakyat di sana turut dapat menikmati kepantasan kelulusan bagi permohonan-permohonan kerakyatan yang telah sekian lama dikemukakan. [ Soalan Tambahan : Puan Hajah Mumtaz Binti Md Nawi]
5. Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah kesan pemanasan global kepada Malaysia dari sekarang hingga hujung abad dari segi perubahan suhu, hujan serta paras laut dan seterusnya kepada pertanian, perikanan, ekosistem hutan serta laut dan kepada masyarakat. Apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk mengatasi kesan-kesan itu.
6. Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimanakah cara Kementerian untuk menyegerakan proses kelulusan permohonan tabung bantuan perubatan supaya lebih berkesan membantu pesakit-pesakit dari golongan miskin dan kurang upaya dan adakah cadangan untuk menambahkan geran kepada badan NGO yang sedang mengendalikan pusat dialisis.
7. Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah mekanisme Kerajaan dalam mengawal dan menyelaras masa pelepasan/ketibaan pesawat penumpang AirAsia, Firefly dan MAS. Tanpa penyelarasan yang rapi, kekerapan perubahan masa pelepasan/ketibaan sangat tinggi yang boleh menjejaskan ketepatan masa penumpang; dan
(b) adakah penstrukturan semula MAS menunjukkan impak positif dari segi pendapatan dan kecekapan pengurusannya.
8. Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kenapa kenaikan harga barang bagai tidak terkawal yang mendorong berlakunya inflasi dan apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan barangan keperluan asas tidak dinaikkan harga sesuka hati oleh para peniaga.
9. Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan dan dasar Kerajaan terhadap Industri Sarang Burung Walit yang kian berkembang di Malaysia.
10. Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha-usaha atau program-program yang telah dan akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah keciciran yang tinggi di kalangan murid Orang Asli, terutamanya keciciran yang amat tinggi bagi kemasukan murid ke tingkatan satu.
11. Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan di manakah sasaran peruntukan RM18 bilion yang akan dibelanjakan dalam masa tiga tahun akan datang ini untuk memberikan infrastruktur asas dan memperbaiki kehidupan luar bandar di bawah Program Transformasi Kerajaan dan daripada jumlah ini berapakah yang dijangka akan dibelanjakan di Sabah.
12. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sekiranya Kerajaan akan menimbangkan kemungkinan melantik Atase Kebudayaan di kedutaan-kedutaan tertentu di luar negeri terutama di negara-negara di mana terdapat masyarakat keturunan 'diaspora' Melayu seperti di Afrika Selatan dan Sri Lanka dan di negara-negara terpilih lain yang menunjukkan minat untuk mempelajari Bahasa Melayu dan kebudayaan Malaysia.
C. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. Yang Berhormat Dato’ Azian bin Osman akan mencadangkan:-
“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-
“ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kedua Belas.” Menyambung semula Perbahasan Atas Masalah (26 April 2010)
[ Perbahasan : Tuan Ahmad bin Husin]
[ Perbahasan : Datuk Akbar bin Ali] REHAT
[ Perbahasan : Tuan Hj Ahmad Rusli bin Hj Iberahim]
[ Perbahasan : Tuan Ng Fook Heng] [ Perbahasan : Dr Malasingam a/l Muthukumaru]
[ Perbahasan : Puan Zaitun binti Mat] [ Perbahasan : Lee Cheam Choon] [ Perbahasan : Hj Fatimah bin Hamat] [ Perbahasan : Puan Hajah Mumtaz bin Md Nawi]
2. (D.R. 2/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 (Menteri Kewangan)
3. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (Menteri Kewangan)
4. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan Strategik 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 35/2009) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi 2009 (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
6. (D.R. 36/2010) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 (Menteri Kewangan)
7. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
8. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010 (Menteri Pelajaran)
9. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
10. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010 (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
11. (D.R. 8/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
12. (D.R. 12/2010) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
13. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
14. (D.R. 10/2010) Rang Undang-undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010(Menteri Pelancongan)
15. (D.R. 9/2010) Rang Undang-undang Keretapi (Pindaan) 2010 (Menteri Pengangkutan)
16. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
0 comments:
Post a Comment