Dewan Rakyat, 7 April 2010 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul [ KLIK ]
A. Doa
B. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pihak Kementerian melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhasrat untuk mengkaji semula perkataan ''BENCANA'' yang hanya melibatkan kejadian bencana alam seperti kediaman dilanda ribut, banjir, gempa bumi dan lain-lain yang mana Bencana Kebakaran tidak diistilahkan sebagai bencana.
2. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan akan mewajibkan sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu sebagai "Hari Tanpa Beg Plastik" untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika tidak, mengapa. [Soalan Tambahan : BN Putatan]
3. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah kes pembuangan dan penderaan bayi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri dan apakah di antara sebab-sebab kejadian ini semakin menjadi-jadi serta tindakan drastik Kerajaan dalam menangani gejala ini. [Soalan Tambahan : BN Maran]
4. Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penduduk negara ini yang layak mengundi di setiap negeri berbanding dengan bancian penduduk pada tahun 2000 dan unjuran sehingga tahun ini. [Soalan Tambahan : BN Lawas]
5. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah ada undang-undang yang mewajibkan semua pemaju sama ada Kerajaan mahupun swasta agar menyediakan tapak letak kereta yang mencukupi sesuai dengan saiz bangunan yang dicadang untuk dibangunkan; dan
(b) jika ada mengapakah di Sabah banyak bangunan termasuk bangunan Kerajaan yang dibenarkan pembinaannya tanpa menyediakan tapak letak kereta yang mencukupi. [Tidak Hadir]
6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah dana yang perlu disediakan oleh PTPTN untuk pembiayaan pelajar IPT sepanjang 2010; dan
(b) sejauh manakah pencapaian PTPTN dalam tahun 2009 lepas mendapat balik pinjaman dari siswazah yang telah menamatkan pengajian mereka. [Soalan Tambahan : PAS Hulu Langat]
7. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapakah negara kita masih berhadapan dengan masalah kekurangan air terutama pada musim kemarau dan penggunaan air dicatu seperti 20 tahun dahulu di sesetengah tempat. [Soalan Tambahan : BN Tangga Batu]
8. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap kegemukan melampau (obesity) telah pun menjadi satu masalah kesihatan yang serius dan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi keadaan ini seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung dan buah pinggang. [Soalan Tambahan : DAP Bukit Gelugor]
9. Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan memandangkan Kerajaan amat serius dengan tekadnya untuk membantu rakyat di luar bandar menerusi NKRA dan GTP dan oleh yang demikian telah memberi peruntukan terbesar kepada Kementeriannya, kaedah-kaedah yang diambil agar peruntukan tersebut digunakan sepenuhnya bagi tujuan tersebut.
10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah Kementerian membuat pemantauan kepada pelaksanaan Program Bantuan Tuisyen kerana terdapat banyak rungutan daripada ibu bapa terutama di Parlimen Bukit Gantang bahawa pelaksanaan program ini hanya sekadar melepas “batuk di tangga”.
11. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh mana dasar bagi menyelaraskan harga barang keperluan tertentu telah dilaksanakan di negeri Sarawak setakat hari ini.
12. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini projek naik taraf Jalan Seremban - Senawang, tarikh siap asal projek tersebut dan berapakah tambahan kos projek serta jumlah kos yang terlibat.
Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
16. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan cadangan sebuah universiti al-Quran di negara ini.
18. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sama ada pemantauan ada dibuat terhadap prosedur-prosedur keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri, bot-bot kecil untuk ke pulau-pulau dan peralatan rekreasi seperti jet ski dan sebagainya.
22. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sebabnya syarikat pengurup wang atau money changer yang tidak ada lesen untuk menghantar wang atau melakukan 'remittance of funds' khususnya ke luar negara dengan jumlah yang agak besar, sangat disukai oleh golongan VIP meskipun banyak terdapat institusi-institusi kewangan yang dilesenkan untuk penghantaran terdapat secara sah atau legal.
32. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah OSCC (one stop crisis centre) telah diwujudkan dan hasil yang rakyat peroleh daripada OSCC ini serta penyelesaian masalah yang boleh diperoleh daripadanya.
34. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan secara terperinci perkembangan projek tanaman Kenaf sehingga sekarang. Berapa luas kawasan yang telah ditanam, berapa ramai petani yang terlibat dan syarikat yang turut menjayakan projek ini.
40. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang dimainkan oleh pihak Kerajaan untuk mengatasi sensitiviti agama di negara ini di mana kebelakangan ini ternyata telah cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak.
44. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula hubungan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri dalam Malaysia. Tidakkah sampai masanya hubungan ini dipertingkatkan bagi memenuhi semangat federalisme.
47. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes kanak-kanak yang didera oleh ahli keluarga (seperti ibu/ayah) yang terdekat dan berapa kes yang berjaya didakwa di mahkamah.
53. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah jumlah duta negara yang bukan pegawai Kerajaan sepenuh masa dan di negara-negara manakah mereka ditempatkan.
60. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Mahkamah Khas Syariah yang membicarakan kes-kes tertentu dan rumit di Mahkamah Syariah. Jika ya, bagaimanakah struktur Mahkamah Syariah itu nanti.
67. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci butiran peruntukan khas untuk Parlimen Rantau Panjang melalui JPP Kelantan yang telah dan akan dilaksanakan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.
70. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan semua parti politik bersabit perubahan-perubahan peraturan-peraturan pilihan raya.
Peraturan Mesyuarat 18 (2) oleh PKR Batu
Peraturan Mesyuarat 36 (12) oleh DAP Ipoh Timur
USUL Supaya BN Pasir Salak di hadapkan ke Jawatankuasa Hak Asasi dan Kebebasan Parlimen
C. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN * Rang Undang-undang Persaingan 2010
2. MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN * Rang Undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010
D. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul-Usul
1. (D.R. 2/2010)Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009)2010 – Menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (6 April, 2010) DAN
[Menggulung Perbahasan - BN Alor Setar ( Timbalan Menteri Kewangan) - Celahan- PKR Ampang, PKR Balik Pulau, BN Kota Belud, REHAT- Sambung - BN Kuala Kurau, DAP Ipoh Timur, BN Pasir Salak, DAP Ipoh Timur, PKR Indera Mahkota, DAP Bandar Kuching]
Peraturan Mesyuarat 36(12) oleh DAP Bandar Kuching
4.32 Petang - Undian Bermula.
Peraturan Mesyuarat 36(12) oleh BN Kuala Krau
Kekecohan
Dewan direhatkan selama 15 minit
5.32 Petang - Peraturan
Usul dibuat oleh Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion tiga ratus lapan puluh lapan juta tiga ratus tujuh puluh sembilan ribu lapan puluh dua ringgit (RM2,388,379,082) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2009, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2009 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.” Menyambung semula perbahasan atas masalah (6 April, 2010)
Bacaan Kali Yang Kedua
2. (D.R. 3/2010) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 DAN
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak dua bilion lapan ratus sebelas juta tujuh ratus sembilan puluh sembilan ribu enam ratus ringgit (RM2,811,799,600) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2010, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2010 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 2010 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek)dalam ruang kesebelas dan kedua belas penyata tersebut.”
3. (D.R. 36/2009) Rang Undang-undang Agensi Pelaporan Kredit 2009. (Menteri Kewangan)
4. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Jabatan Perdana Menteri)
5. (D.R. 1/2010) Rang Undang-undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. (Menteri Pelajaran)
6. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009. (Menteri Kewangan)
7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju, mengikut peruntukan sub perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], supaya Kerajaan Malaysia, melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan), membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 5,000,000 unit saham biasa GovCo Holdings Berhad, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham”.
8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan memotong daripadanya butiran seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Pelarasan Industri’ .”
9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Sokongan Keluarga’ .”
10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
" Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut :-
‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Inovasi Negara’ .”
0 comments:
Post a Comment