Dewan Rakyat 3 November 2011 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan jawab lisan
1. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status Tawau sebagai pintu masuk dan kini menjadi pusat transit aktiviti penyeludupan manusia antarabangsa seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Tawau baru-baru ini satu perkara baru. [ Soalan Tambahan : BN Kalabakan, PAS Tumpat ]
2. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah subsidi yang diberikan kepada AirAsia semasa mereka melaksanakan khidmat Rural Air Services (RAS) sebelum mereka kemudiannya menarik diri. [ Soalan Tambahan : PAS Pendang, Bebas Wangsa Maju, BN Maran ]
3. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah bagi memastikan tahap pencemaran terutamanya di kawasan pesisiran pantai terkawal, adakah terdapat program-program untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan memelihara kebersihan persekitaran pantai dan mengitar semula sampah di kalangan penduduk setempat. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Rajang, DAP Beruas, BN Putatan ]
4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembinaan pusat pemeriksaan Kastam di pintu No.1, Rantau Panjang yang tidak mengikut spesifikasi yang betul dan tepat serta melibatkan pencerobohan tanah rakyat yang berdekatan. [ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang, Bebas Pasir Mas ]
5. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah jumlah eksport getah negara (dalam Ringgit dan Ton Metrik) bagi tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011. [ Soalan Tambahan : BN Sekijang, PAS Bachok ]
6. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang sedang dan akan diambil berkaitan dengan kes pembuangan bayi dan janin yang semakin serius. [ Soalan Tambahan : PAS Jerai, BN Kinabatangan, BN Batang Sadong ]
7. Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, khususnya yang di luar bandar, dan bilakah anggota-anggota badanbadan ini dapat menikmati peluang naik pangkat yang lebih menarik dengan "career development" yang memberangsangkan. [ Soalan Tambahan : BN Padang Besar, Bebas Padang Serai ]
8. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah beliau bersedia membentuk satu Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji semula penulisan sejarah kemerdekaan negara
sebagai usaha permurnian semula sejarah terutamanya pejuang-pejuang kemerdekaan yang digelapkan fakta sejarahnya oleh penjajah British. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Ledang ]
9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkahlangkah drastik untuk mengawal isu pencemaran sungai dan kawasan tadahan air yang lain dan adakah peruntukan undang-undang yang
sedia ada mencukupi bagi menghukum pesalah alam sekitar kerana kesan pencemaran sungai memberi kesan yang dahsyat kepada ekologi alam sekitar dan juga manusia. [ Soalan Tambahan : Dikemukakan tanpa soalan tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) jumlah pusat pelupusan sanitari yang beroperasi di Semenanjung Malaysia; dan
(b) adakah Kementerian berhasrat membina Incinerator di bandaraya-bandaraya dalam usaha menyelesaikan masalah pelupusan sampah dan mengurangkan kos pengangkutan.
22. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan dan pencapaian Pusat Pemulihan Aqidah yang telah diwujudkan sejak lebih 10 tahun yang lalu hingga kini selaras dengan dasar sebenar ia diwujudkan.
24. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kempen 'Tak Nak Merokok' yang melibatkan struktur bangunan yang bebas rokok.
28. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah kedudukan terkini kontrak pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra II dan berapakah jumlah kos terkini projek serta bila akan siap.
29. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Kerajaan bercadang hendak memulakan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.
32. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) berapakah perkampungan di seluruh Padang Terap yang masih berdepan dengan masalah gangguan bekalan air; dan
(b) apakah bantuan yang Kerajaan Pusat sediakan bagi mengatasi masalah ini.
39. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sehingga 31 Ogos 2011 berapa ramai yang telah menuntut hak mereka untuk mengundi secara pos menggunakan Jadual 1 di bawah Peraturan 3 (b)-f) di bawah Peraturan-peraturan Pilihan raya (Pengundian Pos) 2003 dan berapakah pertambahannya sejak 8 Mac 2008 serta nyatakan peratusan mereka berbanding pengundian biasa.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (2 November, 2011)
Perbahasan Peringkat Jawatankuasa :-
[ Penggulungan - Kementerian Kewangan - PKR Machang, PKR Permatang Pauh, PKR Machang, PKR Indera Mahkota, PAS Kuala Selangor, PKR Machang, DAP DAP Batu Gajah, PKR Machang, PKR Indera Mahkota, DAP Teluk Intan, PKR Indera Mahkota, DAP Petaling Jaya Utara, PAS Kuala Selangor, PAS Pokok Sena, BN Arau, DAP Petaling Jaya Utara, PAS Kuala Selangor, Bebas Wangsa Maju, PKR Indera Mahkota ] - Lulus [ Rehat ]
[ Perbahasan Bagi Kepala B13/ P13 - Kementerian Luar Negeri - PAS Kubang Kerian, BN Kinabatangan, PAS Parit Buntar, BN Batang SAdong, DAP Ipoh Barat, Bebas Kulim Bandar Baru, DAP Teluk Intan, BN Hulu Selangor, PKR Machang, PAS Kota Raja (PAS Shah Alam, Bebas Kulim Bandar Baru), DAP Jelutong, PKR Balik Pulau ( PAS Shah Alam, BN Kota Belud) ]
[ Penggulungan - BN Senator - BN Kota Belud, PKR Kota Belud, PAS Parit Buntar, PKR Balik Pulau, BN Pasir Salak, ]
[ Perbahasan - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi - BN Kapit, - ]
Mesyuarat Ditangguhkan jam 5.30 petang
[ Penggulungan ]
2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009
[ Kementerian Kewangan ]
5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA
16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”
6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”
0 comments:
Post a Comment