Dewan Rakyat 2 November 2011 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan mekanisma baru bagi menyokong atau menggantikan Ops Sikap yang dilihat gagal membendung peningkatan jumlah kematian akibat kemalangan terutamanya pada musim perayaan. [ Soalan Tambahan: BN Silam ]
2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos dan kesan imej YAB. Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia akibat penggunaan syarikat media asing bagi menonjolkan imej Malaysia yang lunak di peringkat antarabangsa. [ Soalan Tambahan: PAS Kuala Krai, BN Sri Gading ]
3. Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah persediaan yang dibuat untuk menyertai Sukan Olimpik London 2012 amnya bagi acara badminton khasnya. [ Tidak Hadir ]
4. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berkenaan dengan lawatan dua (2) hari YAB. Perdana Menteri ke Turkmenistan dari 11 Julai 2011 hingga 12 Julai 2011. Berapakah kos yang ditanggung Kerajaan bagi membiayai lawatan tersebut; dan
(b) apakah yang menjadi objektif lawatan tersebut dan adakah objektif tersebut tercapai. [ Soalan Tambahan: DAP Seremban, BN Arau ]
5. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Agama Islam sebagai subjek wajib lulus UPSR untuk murid-murid beragama Islam. [ Soalan Tambahan: BN Kuala Nerus, Bebas Pasir Mas]
6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan minyak masak yang telah diguna pakai dan di kitar semula tidak digunakan untuk memasak (home use). Adakah sebarang akta untuk dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah tersebut. [ Tidak Hadir ]
7. Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dasar serta langkah yang diambil bagi mewajibkan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara menggunakan kaedah baru bagi menangani masalah pembuangan sampah dan sisa pepejal lain di kawasan tanggungjawab mereka supaya tidak terus menimbulkan masalah alam sekitar seperti bencana banjir kilat dan pencemaran sungai dan udara. [ Tidak Hadir ]
8. Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah Kerajaan membanteras gejala penipuan Short Messaging Service (SMS) oleh syarikat-syarikat telekomunikasi khidmat ini, yang menghantar SMS dan mengenakan bayaran tanpa keizinan pengguna. [ Soalan Tambahan: PKR Kuala Kedah ]
9. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah untuk meringankan beban guru di sekolah rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang terlalu dibebankan dengan kerja pentadbiran di samping tugas hakiki sebagai pengajar. [ Soalan Tambahan: BN Tanjong Piai, PAS Kubang Kerian ]
10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) jumlah projek yang diluluskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kedah bagi Parlimen Padang terap; dan
(b) nyatakan projek yang telah dan sedang dilaksanakan serta kos setiap projek tersebut. [ Tidak hadir ]
11. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah mekanisme yang diambil kira Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi melaksanakan Program Keusahawanan Bumiputera yang diumumkan pada 21 Julai lalu bagi mengelak tanggapan wujudnya monopoli dan tidak telus. [ Soalan Tambahan: BN Tenom, PKR Indera Mahkota ]
12. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Bank Negara mengawal syaratsyarat yang dikenakan oleh bank komersial di dalam melantik panelpanel peguam bagi menguruskan dokumentasi pinjaman mereka. [ Soalan Tambahan: PAS Bachok, BN Ledang ]
13. DAtuk Haji Mohamed Bin Haji aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kementerian dalam memberi rawatan serta ubat secara percuma kepada rakyat bagi tahun 2010 dan anggaran tahun 2011. [ Soalan Tambahan : BN Sri Gading ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
20. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejak Ops Sikap dilaksanakan, apakah kesan terhadap sikap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal, apakah kadar kemalangan dan kemalangan maut hasil dari Ops yang dilaksanakan saban tahun serta berapakah kos setiap kali Ops ini diadakan.
26. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan melalui media massa, pihak Kementerian telah mengumumkan bahawa PPSMI telah ditarik balik tetapi di peringkat sekolah, Pentadbiran Sekolah (Pengetua / Guru Besar) belum menerima arahan khusus mengenai hal ini. Adakah ini benar. Jika tidak, mohon jelaskan pekeliling arahan mengenai hal ini.
31. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan nama dan jumlah 'operator-operator' air seluruh negara yang telah dan belum 'migrasi' kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) dalam usaha penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara.
Usul 12(1) bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul
1. Pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (1 November, 2011)
Perbahasan Peringkat Jawatankuasa : -
Usul 66 (9) Memotong Gaji Perdana Menteri oleh YB Batu :-
[ Perbahasan - YB Batu, ]DAP Jelutong, BN Tangga Batu [ (PKR Gopeng - 36(6), BN Sri Gading, BN Jempol, BN Pasir Salak ], BN Jasin (BN Kota Belud, BN Pasir Salak), Usul 22(1) oleh Bebas Pasir Mas - ( BN Sri Gading, PKR Batu, DAP Jelutong ] [ Penggulungan - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ] - Usul Ditolak [ Rehat ]
[ Perbahasan - Bebas Tawau, PKR Permatang Pauh, Bebas Pasir Mas, DAP Batu Gajah ( PKR Balik Pulau), BN Tenom, PAS Pokok Sena, BN Hulu Selangor (BN Kota Belud), DAP Ipoh Barat, BN Sri Gading, DAP Beruas, BN Limbang, Bebas Wangsa Maju ( Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, BN Padang Besar ), BN Kinabatangan (Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, BN Padang Besar, PKR Kuala Langat), PSM Sungai Siput, PKR Petaling Jaya Selatan, DAP Bukit Mertajam (DAP Batu Gajah, Bebas Padang Bebas), PKR Kuantan (PKR Ketereh, PKR Tanah Merah)]
[ Penggulungan ]
[ Menteri Perundangan - BN Padang Rengas - PAS Pendang, DAP Bakri, DAP Serdang, DAP Batu Gajah, DAP Ipoh Barat, Bebas Wangsa Maju, PAS Pokok Sena, PKR Permatang Pauh, PKR Indera Mahkota ]
[ Menteri Di JPM - KPI - DAP Ipoh Barat, DAP Serdang, Bebas Pasir Mas, BN Pasir Salak ]
[ Menteri Di JPM - EPU - BN Pasir Salak, PKR Permatang Pauh, PKR Machang, BN Kota Belud, Bebas Pasir Mas, BN Pasir Salak, Bebas Pasir Mas ]
[ Perbahasan Kementerian Kewangan - PKR Machang, Bebas Pasir Mas, BN Rembau, PAS Kuala Selangor, Bebas Wangsa Maju, PAS Pokok Sena, DAP Kepong, BN Silam, PKR Indera Mahkota, DAP Bakri, BN Kapit ]
[ Penggulungan - BN Senator - BN Sri Gading ( PAS Pokok Sena), ] - Menteri sambung esok -
Dewan Ditangguhkan pada Jam 10.30 malam
Agenda Esok :-
1. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bagi Kementerian Luar Negeri.
2. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi.
0 comments:
Post a Comment