Dewan Rakyat 10 November 2011 (Khamis)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memastikan “peminta-peminta sedekah jalanan” berstatus warganegara Malaysia diberikan bantuan sara hidup serta apakah langkah susulan yang diambil dalam memastikan golongan ini dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari dan berdaya saing tanpa mengharapkan bantuan secara berterusan. [ Soalan Tambahan : BN Paya Besar, DAP Ipoh Barat ]
2. Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah hitung panjang perbelanjaan Kerajaan bagi satu murid untuk satu tahun untuk pendidikan di IPTA, IPTS, Kolej Matrikulasi, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bagi 3 tahun kebelakangan. Juga bandingkan perbelanjaan tersebut dengan perbelanjaan yang sama di negara-negara ASEAN. [ Soalan Tambahan : PKR Merbok, BN Ledang ]
3. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan Jejak Inovasi, siapakah kumpulan sasaran dan apakah pencapaian yang dihasratkan oleh Kementerian. [ Soalan Tambahan : BN Batang Sadong, PAS Kubang Kerian ]
4. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah pihak Menteri akan membuat lawatan ke negara Palestin. [ Soalan Tambahan : PAS Tumpat, BN Sri Gading ]
5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pengiktirafan yang diberikan kepada pertubuhan belia sebagai “One Stop Centre” bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan belia dan masyarakat. [ Soalan Tambahan : BN Parit, PAS Kuala Selangor ]
6. Dato' Ibrahim bin Ali [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan bukan Melayu yang memegang jawatan penting dalam Petronas yang dilantik dalam masa beberapa bulan lalu sehingga sekarang. Apakah pelantikan ini satu keperluan atau sekadar bertujuan memenuhi keperluan badan-badan kepunyaan Kerajaan (GLC) yang juga mempunyai pegawai-pegawai kanan dari pelbagai kaum. Jika ini dijadikan alasan, usaha Kerajaan untuk menentukan syarikat korporat bukan Bumiputera turut melantik pegawai kanan yang terdiri di kalangan Bumiputera supaya dilihat seimbang dan adil. [ Soalan Tambahan : Bebas Pasir Mas, BN Dungun ]
7. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah Pakatan Keselamatan Siber Global (GCSA) mampu menangani ancaman siber terutama daripada penggodam antarabangsa khususnya di kalangan negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), ASEAN dan negara membangun lainnya. [ Soalan Tambahan : BN Tenggara, DAP Kepong ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
8. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan SAPS diperkenalkan secara tergesa-gesa tanpa kajian teliti. Hingga ke hari ini (6 September 2011) Pengetua/Guru Besar dan Pentadbir Sekolah belum menerima pekeliling dan taklimat jelas dalam hal ini. Apakah langkah susulan pihak Kementerian mengenai hal tersebut.
12. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan bersedia untuk mengiktiraf semua pihak yang menentang penjajah British sebagai pejuang kemerdekaan.
14. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan tentang perkembangan kelahiran anak di luar nikah dan pembuangan bayi mengikut bangsa dan negeri sehingga 30 Jun 2011, setelah usaha-usaha pencegahan dibuat.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (9 November, 2011)
Dalam Jawatankuasa
[ Penggulungan ( Sambungan ) - Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan - BN Labuan, BN Limbang, PAS Baling, BN Arau, Bebas Pasir Mas, BN Jempol, DAP Bukit Mertajam, Bebas Padang Serai, PAS Kuala Selangor, Bebas Pasir Mas, BN Sri Gading, Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena, PKR Lembah Pantai, BN Maran, BN Simpang Renggam, BN Jempol, PKR Lembah Pantai, BN Lenggong, PAS Kubang Kerian, BN Sri Gading ] - Lulus
[ Perbahasan - Kementerian Kerjaraya - BN Sri Gading, PAS Pendang, BN Bintulu (BN Arau, BN Sri Gading, BN Labuan, DAP Teluk Intan, DAP Batu Gajah)] [ Rehat ]
[ Sambungan Perbahasan - DAP Batu Gajah, BN Tenggara (BN Padang Besar, PKR Pasir Salak, BN Sekijang, BN Tangga Batu), PAS Pokok Sena, BN Arau (BN Kinabatangan, BN Putatan), PKR Petaling Jaya Selatan (BN Kota Belud, BN Kinabatangan), BN Kinabatangan (BN Kota Belud, BN Silam, BN Tenggara), DAP Segambut, BN Pasir Salak (BN Lipis), Bebas Pasir Mas, BN Padang Besar, PKR Teluk Kemang, BN Limbang, DAP Serdang, BN Sekijang, PAS Baling, BN Dungun, PKR Kelana Jaya, BN Hulu Terengganu, PAS Kota Raja, BN Putatan, DAP Bakri, BN Jasin, BN Lenggong, Bebas Tawau, BN Labuan, BN Kota Belud, BN Maran, DAP Seputeh, DAP Batu Gajah (2) ]
[ Penggulungan - BN Stampin - Bersambung ]
Dewan Ditangguhkan pada jam 5.30 petang.
0 comments:
Post a Comment