Dewan Rakyat 9 November 2011 (Rabu)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang agar banduan yang menjalani hukuman di luar penjara akan diserapkan atau ditempatkan sebagai buruh bagi menggantikan tenaga pekerja asing di pelbagai sektor yang selama ini dikuasai oleh mereka selain ia juga dapat menyediakan para banduan bagi menghadapi kehidupan selepas mereka bebas nanti. [ Soalan tambahan: BN Kuala Krau,
2. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah kriteria akademik untuk didaftar masuk di IPTA selain dari STPM; dan
(b) adakah kelulusan 'A' Levels diterima sebagai kriteria untuk memasuki IPTA.
[ Soalan tambahan:
3. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apa insentif khusus yang diberikan kepada sektor pembuatan untuk menarik minat mereka membuka kilang di luar bandar.
[ Soalan tambahan: BN Kota Belud, DAP Kepong ]
4. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapa ada pecahan struktur yang serius terjadi di lantai slab pada tempat letak kereta 5 tingkat di QEH2 Kota Kinabalu. Apakah kerja-kerja perlu diambil untuk memperbaiki dan bila.
[ Soalan tambahan: DAP Kota Kinabalu, BN Ranau, BN Putatan ]
5. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan pendekatan Kerajaan bagi mengatasi masalah belia terutama mereka yang masih bersekolah dan terlibat dengan pelbagai masalah yang akan membawa kerugian besar kepada negara. [ Soalan tambahan: BN Kanowit, Bebas Sepanggar ]
6. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengenai kebenaran berita berhubung ramainya pensyarah tempatan meninggalkan Universiti Malaya dan pengambilan pelajar baru menurun dan apakah tindakan yang diambil untuk mengatasinya. [ Soalan tambahan: PAS Shah Alam, Bn Kinabatangan, PAS Tumpat ]
7. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah Klinik Kesihatan 1Malaysia yang telah ditubuhkan atau dibuka di kawasan luar bandar di Sarawak. Kawasan manakah Klinik-klinik berkenaan dibuka atau ditubuhkan sehingga ke hari ini. [ Soalan tambahan: Tidak Hadir ]
8. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan rumah-rumah anak yatim, orang kurang upaya dan orang uzur di kawasan Parlimen Puchong serta lokasinya dan apakah langkah-langkah yang telah pun dan /atau akan diambil oleh Kerajaan untuk menyelenggara, menyumbang dan / atau membantu rumah-rumah dan / atau pusat-pusat tersebut.
[ Soalan tambahan: DAP Puchong, BN Sri Gading, PAS Kota Raja ]
9. Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah Kerajaan untuk memastikan kecemerlangan sukan negara khususnya langkah memperkasakan lagi Majlis Sukan Negara (MSN) dan pertubuhan sukan seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persatuan Memanah dan lainnya bagi melahirkan atlit pelapis negara bertaraf dunia dari berbagai bangsa. [ Soalan tambahan: BN Sabak Bernam ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan:
10. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan terus berhasrat membina Reaktor Nuklear dan sejauh mana pendidikan kepada orang awam dibuat dalam menjelaskan baik buruk penggunaan tenaga nuklear.
18. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah penempatan guru-guru baru lepasan Maktab Perguruan KPLI dan PPC luar negara yang telah pun tamat kursus mereka sejak Julai lalu bila hendak dilakukan memandangkan Kerajaan telah banyak berbelanja untuk program ini. Mengapa mereka ini dibiarkan begitu lama menganggur.
36. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bagaimanakah unit pertama bakal diterima pada dalam bulan September ini dari perolehan sejumlah 38 unit EMU-6 koc dari China South Locomotive, sementara siasatan dakwaan 'irregularity' harga berjumlah RM500 juta oleh pihak SPRM masih terus berjalan.
38. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah Kerajaan bercadang menaik taraf jalan dan jambatan bagi laluan utama jajahan Pasir Puteh antara sempadan Kelantan - Terengganu di Bukit Yong hingga ke sempadan Pasir Putih - Bachok di Kampung Jerus.
1. Peraturan Mesyuarat 36(12) oleh DAP Serdang mengenai Isu Perumahan antara perbezaan Maklumat yang diberikan oleh Menteri Di JPM (KPI) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
2. Peraturan Mesyuarat 12 oleh Menteri cadang mesyuarat ditangguhkan sehingga 10.30 malam.
3. Peraturan 22(1) oleh BN Kinabatangan.
c. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (8 November, 2011)
[ Perbahasan Bagi Kepala Bekalan/ Pembangunan B 29/P29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - BN Bintulu (BN Kinabatangan), DAP Petaling Jaya Utara, BN Kudat, PKR Lembah Pantai, BN Putatan, Bebas Pasir Mas, PAS Kuala Selangor, BN Jempol, BN Kota Belud, DAP Ipoh Barat, BN Langkawi, Bebas Bagan Serai, BN Labuan ] [ Rehat ]
[ Sambung perbahasan dalam Jawatankuasa - DAP Bukit Mertajam, BN Kapit, PAS Padang Terap, BN Lenggong, Bebas Sepanggar ]
[ Penggulungan - BN Miri - PAS Kota Raja, PAS Shah Alam, BN Arau, DAP Klang, PKR Lembah Pantai, PAS Shah Alam, BN Pasir Salak, DAP Klang, PAS Shah Alam, PAS Kuala Selangor, PAS Padang Terap, DAP Beruas, DAP Bakri, BN Sri Gading, DAP Beruas, DAP Ipoh Barat, BN Kota Belud, DAP Ipoh Barat, BN Kota Belud ] - Lulus
Peraturan 66 mengenai Perbahasan Perbekalan oleh DAP Batu Gajah.
[ Perbahasan - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) - BN Arau, PAS Tumpat, BN Jasin, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas, DAP Kota Melaka, BN Lipis, BN Pasir Salak, DAP Seputeh, BN Silam, PAS Kuala Krai, DAP Bakri, PAS Padang Terap, BN Tangga Batu ]
[ Penggulungan - BN Jerlun - DAP Klang, BN Kota Belud, BN Jasin, DAP Kota Melaka, BN Jasin, DAP Seputeh, BN Kota Belud, DAP Seputeh, Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena, BN Kota Belud, Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena, Bebas Pasir Mas, DAP Seputeh, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, BN Jasin, PAS Kuala Selangor, PKR Indera Mahkota, Bebas Pasir Mas, DAP Bakri, PAS Pokok Sena, DAP Kota Melaka ] - Lulus
[ Perbahasan - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan - DAP Batu Gajah, BN Sri Gading, PAS Pasir Puteh, BN Kota Belud (PAS Tumpat, PAS Pokok Sena, PKR Sungai Petani, DAP Batu Gajah), PAS Jerai, BN Labuan, Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena (PKR Kuala Kedah), PAS Pendangn, PKR Balik Pulau, PAS Kubang Kerian, DAP Kota Melaka, PAS Sik, PKR Indera Mahkota ]
[ Penggulungan - BN Batang Lupar - DAP Batu Gajah, PKR Balik Pulau - Bersambung ]
Dewan Ditangguhkan pada jam 10.38 malam.
0 comments:
Post a Comment