Dewan Rakyat 8 November 2011 (Selasa)
Aturan Urusan Mesyuarat [ KLIK ]
a. Doa
b. Pertanyaan bagi jawab lisan
1. Datuk Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha dan langkah yang diambil dalam menyedia dan menyiapkan golongan muda negara bagi mendepani isu globalisasi yang memberikan pilihan yang terbuka dan banyak namun terbatas dari segi objektif terutama dari aspek pembangunan infrastruktur berbanding budaya, siasah dan jati diri. [ Soalan Tambahan : BN Pengerang, PKR Indera Mahkota ]
2. Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah bajet diberi untuk menaik taraf Bayan Lepas Expressway dari Batu Maung ke Jambatan Pulau Pinang (FT3113) dari RMKe-10 dan apakah status pembinaan jejambat dan naik taraf jalan sedia ada. [ Tidak Hadir ]
3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh mana kemajuan industri herba dari sudut penyelidikan dan potensi kepada ekonomi negara juga kepada tahap kesihatan rakyat di negara kita. [ Soalan Tambahan : BN Ledang, PKR Petaling Jaya Selatan ]
4. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia dengan sokongan pembangkang untuk memansuhkan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi semangat dan inti pati kepada proses demokrasi. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Gelugor, BN Pasir Salak ]
5. Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah insentif pertanian yang dikeluarkan pada tahun 2009 dan 2010. Sejauh manakah insentif tersebut dapat meningkatkan hasil pertanian. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Terengganu, DAP Bukit Mertajam ]
6. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tahap persediaan serta langkah-langkah persiapan yang diambil bagi setiap kedutaan, Pejabat Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Malaysia di seluruh dunia untuk memastikan semua warganegara Malaysia luar negara mendapat hak mengundi serta proses pengendalian kertas undi bagi pengundi luar negara. [ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, BN Kinabatangan, DAP Batu Gajah ]
7. Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) semenjak dilancarkan 2010 khususnya pencapaian NKRA dan MKRA sehingga kini selari dengan pendekatan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan serta merealisasikan Wawasan 2020. [ Soalan Tambahan : BN Sepang, Bebas Pasir Mas ]
8. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kementerian sedar lebuh raya merentasi Durian Burung sempadan Thailand ke Baling-Kulim telah terbengkalai hampir empat tahun dan tidak disiapkan sepenuhnya. Jika sedar, apakah tindakan dan bila dijadualkan boleh siap sepenuhnya. [ Dikemukakan Tanpa Soalan Tambahan ]
Soalan MP PAS yang disenaraikan.
10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) perkembangan program Susu Satu Malaysia, adakah benar berlaku keracunan di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar Padang Terap akibat susu yang dibekalkan pada tahun ini; dan
(b) apakah tindakan yang diambil.
22. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah rusuhan di London dilihat oleh Kementeriannya sebagai sesuatu yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0.
24. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jelaskan tentang Program MBBM dan MBI yang mengantikan PPSMI tidak berjalan dengan baik kerana sekolahsekolah bandar masih kekurangan guru-guru Bahasa Inggeris. Apakah sebabnya selepas lebih setengah abad Merdeka hal ini tidak dapat diatasi. Tidakkah Kementerian berhajat untuk mengatasi secara bersungguh-sungguh masalah ini.
34. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah YAB Perdana Menteri bersedia untuk menziarahi semula sejarah perjuangan kemerdekaan bagi mengadili semua pihak yang telah terlibat dalam apa jua pendekatan, bentuk dan organisasi mereka bagi merakamkan kembali serta mengiktiraf sumbangan semua pihak dalam satu pendekatan ”keterangkuman-keadilan-kemurnian sejarah” untuk diabadikan sebagai khazanah naratif negara dan warisan generasi masa-depan.
36. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha SPR untuk memastikan daftar pemilih yang bersih sepanjang PRU-13.
Usul 12(1) bahawa Dewan tidak akan ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.
c. RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011.
2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011
3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011
4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri * Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) (No.2) 2011
Usul 18(1) dari DAP Bakriberkenaan Isu 11 Orang PDRM dan Gangguan Seksualiti yang telah ditolak dalam kamar.
Usul 90(1) oleh DAP Bukit Gelugor berkenaan Usul 78 mengikut aturan urusan mesyuarat.
d. Perbahasan Rang Undang-Undang Bacaan Kali Kedua dan Usul-Usul
1. Menyambung semula pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (D.R.29/2011) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2012 seperti berikut:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh satu bilion dua ratus empat puluh lapan juta sembilan ratus ribu ringgit (RM51,248,900,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2012, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2011, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” Dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis (3 November, 2011)
Perbahasan Dalam Jawatankuasa
[ Kementerian Pertanian, Perladangan & Komoditi ]
[ Perbahasan - BN Jasin, Bebas Tawau, BN Sri Gading, BN Silam, PAS Parit Buntar, BN Simpang Renggam, BN Hulu Selangor, DAP Beruas, BN Hulu Selangor, PAS Kubang Kerian ]
[ Penggulungan - BN Larut - Bersambung ] [ Rehat ] [ Bersambung - DAP Beruas ]
[ Kementerian Pertanian & Asas Tani - BN Rembau, PKR Permatang Pauh, BN Bintulu, PAS Baling, BN Arau, PKR Machang, BN Sri Gading, PSM Sungai Siput (DAP Beruas), BN Jempol, Bebas Pasir Mas, BN Lenggong, PKR Ampang ( PKR Kuala Kedah), BN Pasir Salak ]
[ Penggulungan - BN Tanjong Karang - PKR Kuala Kedah, PKR Ampang, BN Rembau, PKR Machang, BN Rembau, PKR Machang, BN Kota Belud, PKR Machang, PKR Balik Pulau, BN Rembau, PKR Machang, BN Pasir Salak, PKR Gombak, PKR Balik Pulau, PKR Gombak, BN Rembau, PKR Indera Mahkota, PAS Pokok Sena, PKR Batu, BN Pasir Salak, PKR Batu, PAS Pokok Sena, Bebas Pasir Mas, PAS Pokok Sena, DAP Beruas, Bebas Pasir Mas, BN Pasir Salak, ]
[ Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah - BN Lipis, Bebas Sepanggar, BN Kanowit, PAS Padang Terap, BN Bintulu, DAP Beruas, BN Tenom, BN Putatan, Bebas Pasir Mas, PAS Kubang Kerian, BN Tenggara, PKR Indera Mahkota, BN Labuan, BN Parit Sulong, DAP Bakri, BN Hulu Rajang ]
[ Penggulungan - BN Selangau - PAS Padang Terap, BN Putatan, BN Tenom, DAP Beruas, BN Simpang Renggam ]
Dewan ditangguhkan pada jam 10.42 malam
2. (D.R. 30/2011) Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
3. (D.R. 31/2011) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011 [ Kementerian Kewangan ]
4. (D.R. 37/2009) Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009
[ Kementerian Kewangan ]
5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keenam Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 16) sebanyak USD119,275 (RM368,208).”
6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61), mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan melalui Menteri Kewangan (Pemerbadanan) membuat pelaburan dengan memperoleh sejumlah 10,000,000 unit saham biasa Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) pada nilai RM1 bagi satu unit saham.”
0 comments:
Post a Comment